Thursday, December 24, 2009

Nostalgikyee

Semalam aku allocate the whole day untuk aktiviti mengemas meja kat pejabat lama. Sedey juga rasanya bila dah sampai opis lama hari tu. Aku saja allocate the whole day sebab nak spend time dengan kawan2 lama. Lepak2 dengan diorang, tanya2 perkembangan semasa. Lepas ni bukan senang aku nak datang opis lama aku tu lagi. Dah la parking mahal. Kalau tade sebab yang kukuh, memang la aku tak datang.

Selain dari kemas meja, aku pun kena setelkan beberapa urusan lain macam pulangkan balik laptop kompeni dengan selesaikan urusan HR tentang gaji terakhir aku. Part gaji ni, aku baru tahu kompeni takleh releasekan gaji aku untuk bulan ni sebab aku kena setelkan part tax declaration dengan LHDN. Leceh juga rupanya. Terpaksa la gaji aku bulan ni di tahan dulu. Nasib baik masih ada saving, setakat gaji lewat sebulan tu aku boleh cool lagi la.

Masa kat opis hari tu, tak ramai pulak kawan2 yang aku jumpa. Ramai yang tade either pergi meeting, atau bercuti, atau menghilangkan diri. Ye la nama pun dah hujung tahun. Ada department yang kena kerja giler2 macam department akaun etc. But most department dah rileks dah. Banyak keje dah diselesaikan sblm hujung tahun. So time2 macam ni, sumer dah mood cuti. Nasib baik la kawan2 rapat aku ada hari tu. Sempat la kitorang turun minum sekali. Tade la terkilan sangat. Lama gak kitorang borak. Ada la lebih 2 jam. Haha aku dengan selambanye mencuri masa pekerja kompeni lama aku tanpa rasa bersalah.

So lepas aku dah pack2 sumer, aku terus gerak ke LHDN kg attap pasal akaun cukai aku kat situ. Tak ramai orang hari tu. Cepat je giliran aku sampai. Tapi turn aku tu la lama. Dekat sejam. Ada borang yang aku kena isi. Sistem cakap aku tak declare income tahun 2004. Perghh cerita lama tu. Mana la aku ingat. Tak kisah la tu. Apa yang diorang soh wat, aku wat. Tup2 aku kena bayar cukai rm200 lebih. Hampeh tul. Ingatkan dapat rebate hehe. Tape la janji gaji aku lepas. Cukai tu nanti tolak dari gaji terakhir aku.

So lepas ni officially aku akan terus mara dengan kerjaya baru aku. Tade lagi nak toleh2 belakang dah. No more turning back option. Jalan yang ada hanya ke hadapan. Pada rakan2 kompeni lama aku, aku ucapkan selamat maju jaya pada korang sumer. Lepas ni kita akan melalui laluan kerjaya yang berlainan. Kalau ada rezeki, kita jumpa lagi di masa depan.


2 comments:

juruukur said...

broo.. jangan pandang belakang.. terus mara kedepan

bagus-bagus.. bisnes sendiri

mdizone said...

haha. tq2. aku baru nak bertatih. ko dah pawer. nanti boleh jadi mentor aku.