Esok kita akan sambut tahun 2010. Maka berakhir la tahun 2009 yang penuh dengan kenangan2 pahit dan manis. Bagi aku, tahun ni merupakan antara tahun yang paling aktif dalam hidup aku. Banyak perkara2 besar berlaku dalam tahun ni. Ada yang aku ingat, ada juga yang dah mula luput dalam ingatan.
Salah satu perkara terbesar yang berlaku kat atas diri aku pada tahun 2009 ialah kejayaan aku untuk melangkah keluar dari comfort zone dunia makan gaji bersama satu syarikat GLC yang sangat kukuh. Bukan mudah untuk aku melakukan perkara tersebut. Berbulan2 aku mencari ilham, bertanya pendapat, muhasabah diri, mencari restu orang2 tersayang dan membuat persiapan. Keinginan aku untuk keluar dan mengorak kehidupan sendiri sebenarnya telah bermula dari tahun 2004 lagi. Pada ketika itu, perasaan ingin berdikari masih dalam fasa tenggelam timbul. Kejap ada kejap hilang. Cuma pada tahun ini, perasaan tersebut timbul tanpa dapat ditahan2. Ditambah pula dengan galakan dari mentor aku, keberanian yang ada akhirnya cukup untuk aku mengambil tindakan untuk bekerja sendiri.
Selain dari tu, tahun 2009 juga merupakan tahun aktif bagi dunia pelaburan hartanah aku. Banyak betul rumah lelong yang aku turut serta membida. Ada yang menang, banyak yang kalah. Di situ aku belajar erti tidak mengenal putus asa. Kadang2 tuhan sengaja menguji kita untuk menilai sejauh mana kita inginkan sesuatu perkara tersebut. Semakin susah kita berusaha untuk mendapatkan apa yang kita nak, semakin manis perasaan gembira yang akan kita rasai bila kita berjaya.
Untuk tahun 2010, aku baru sahaja mengemaskini resolusi aku. Tak banyak yang aku buat cuma mengemaskini resolusi tahun 2009. Ada yang dah tercapai, ada yang masih dalam proses.Pada yang belum buat sebarang resolusi tahun baru, better buat segera dan berusaha ke arah resolusi2 tersebut. Jangan pula lepas buat resolusi tu, simpan bawah katil. Sesia je. Tentang bagaimana nak buat resolusi yang bagus, rasanya tak perlulah aku olah disini. Dah banyak panduan di luar sana tentang bagaimana nak buat resolusi yang baik. Aku boleh bagi hint. Resolusi yang bagus mesti boleh dikira/dinilai, praktikal, ada jangka masa dan boleh dicapai.
Pada yang mengikuti blog aku, aku ucapkan terima kasih banyak2. Semoga korang sedikit sebanyak mendapat manfaat dari apa yang aku tulis disini. Aku harap aku mampu berkongsi lebih banyak ilmu dan manfaat pada korang sumer untuk tahun hadapan.
Selamat Tahun Baru!!!
1 comment:
sharing is caring..
Post a Comment