Dah 2 bulan rasanya aku dok diam2. Tak amik tau pon listing2 terbaru. Kalau ada pun, setakat browse2 macam tu je. Tade la nak pusing2 tengok rumah etc. Saje aku tanak amik tau. Sebab nanti geram je. Bukan boleh participate pon. Lagi pun banyak benda lain yang perlu aku setelkan sekarang. Duit yang ada ni pun kena berjimat cermat tak boleh guna sesuka hati. Aku dah la tade gaji tetap sekarang. Segala perbelanjaan rumah kena guna duit simpanan. Kalau tak berhati2, duit simpanan aku boleh habis sebelum aku mula dapat income, time tu memang pengsan la. Selain tu aku pun dah tak boleh nak apply loan sebab tade pendapatan tetap. Paling awal aku boleh apply loan balik pon maybe after 1 year from now. Tu pon kalau segalanya berjalan dengan lancar. Kalau ada hiccup, lagi lewat la kot.
Walaubagaimanapun, aku takkan tinggalkan dunia lelongan ni. Antara tujuan utama aku beralih angin (tukar keje) ni pun sebab aku nak increase income pastu rempit buat asset dengan hartanah. Kalau aku masih kat tempat lama, progress aku untuk tingkatkan asset teramat perlahan. Ye la, gaji bukan banyak, cukup2 untuk belanja rumah. Kalau dapat menyimpan rm1k pun dah kira cemerlang tahap dewa. Bayangkan, kalau berjaya simpan rm1k secara konsisten, baru dapat rm12k setahun. rm12k setahun tu cukup setakat nak beli rumah low cost je. Takkan selama2 nak beli lowcost kan? Aku teringin gak nak beli shoplot2 dan tanah yang harga rm500k ke atas. Masalahnya kalau makan gaji, income terhad. Ada limit walau seteruk mana pun kita kerja. Bonus plak bergantung pada majikan. Setakat aku pernah bekerja dulu, ada la purata dalam rm5k setahun. Setahun tu nak tunggu rm 5k!!!! Tu pun kalau nasib baik. Kalau nasib tak baik, habuk pun tak dapat. Fleksibiliti tu takde. Keje teruk gak, balik lewat malam gak. Kepala serabut gak. Tapi income takat tu je. Kalau nak naik gaji, kena jadi manager. Ada la naik setakat rm1-2k sebulan. Tapi beban kerja jadi double. Isk mengikut kiraan aku yang tak seberapa ni, rasa macam tak logik je untuk aku stay.
So harap2 ada la rezeki aku kat tempat baru ni. Walaupun sesetengah orang kata apa yang aku buat ni berisiko, ( takde gaji tetap etc), sekurangnya2 aku pilih sendiri apa yang aku nak buat. Kalau aku kerja keras, iallah rezeki yang aku terima setimpal. Kalau aku malas, padan muka sendiri la hehe. Kat tempat lama pun aku boleh kerja keras, kenapa aku tak boleh keje keras untuk diri sendiri kan?
Pada rakan2 seperjuangan lelongan, good luck to u all. Aku akan memerhati dari jauh. Once aku dah ready nak berkecimpung balik, kita jumpa kat medan perjuangan k!
Adioss....
No comments:
Post a Comment