Sebenarnya dah lama aku teringin nak cuba main boardgame ni. Dari since die awal2 keluar dulu tapi belum ada peluang lagi sehingga la semalam. Sebelum ni pun aku cuma main pc game je tapi perasaan die tak sama berbanding dengan main boardgame bersama orang lain. Kalau main dengan pc, kita just click2 je. Pastu target nak menang. Lesson di sebalik permainan tersebut tak banyak yang boleh dapat.
Oh ya, pada yang taktau apa benda cashflow 101 ni, aku citer la skit2. Game cashflow 101 ni dicipta oleh Robert T Kiyosaki. Matlamat game ni ialah untuk mempelajari tentang kewangan peribadi secara yang lebih menarik berbanding baca buku dan pergi seminar. Nak kata die macam monopoly pon ada la persamaan sedikit. Tapi bukanlah sebijik sama. Pada aku, main cashflow 101 ni jauh lebih berkesan berbanding main monopoly.
So ceritanya, semalam dalam pukul 6pm aku buat appointment dengan juruukur kat pejabat beliau di usj. Dah lama sebenarnya nak set jumpa nak main cashflow ni just baru semalam baru dapat direalisasikan. Kalau ikut plan asal, 6 bulan lepas aku dah cakap nak main cashflow ngan juruukur ni hehe.
Mula2 kitorang lepak kat syed bistro dulu. Lepak2 , borak2. Kawan juruukur pun ada juga time tu. Macam2 la kitorang borak. Topik wajib standard la. Mesti banyak pasal tanah punya. Aku cuma banyak melopong je dengar. Nak join banyak2 bukan aku reti sangat pun. So dalam kol 8pm camtu, baru kitorang sumer naik opis juruukur. Lepas setel solat maghrib sumer, baru la start main cashflow tu.
Actually game ni senang je nak main. Aku yang baru first time main pun dalam 15 minit camtu dah tau dah cemana process flow game ni. Tak serumit monopoly. Banyak guna common sense. The main point untuk aku malam tadi lebih kepada proses nak keluar dari rat race. Bukan senang rupanya. Sepanjang main game ni malam tadi, banyak benda aku boleh reflect dengan daily life kita seharian. Peluang2 yang kita jumpa, masalah2 yang kita hadapi, benda2 ngarut yang kita sume beli etc etc .Sumer tu boleh direflectkan dalam game cashflow ni. Memang cantik la konsep die.
Sepanjang permainan tu, banyak benda yang aku belajar. Aku list kan skit2 kat sini. Kalau nak lagi banyak, korang cuba la main sendiri. Sebab ilmu yang diperolehi berbeza bergantung kepada individu yang bermain.
1. Biasanya kita mula dengan makan gaji atau self employed. Ada pendapatan asas dan lebihan duit selepas tolak sumer perbelanjaan. Part ni paling asas. Kalau tiap2 bulan kita asyik defisit, memang jangan mimpi la nak kuar dari rat race. Kena make sure monthly cashflow positive, baru kita boleh buat asas untuk keluar dari ratrace
2. Peluang ada di mana2. Ada peluang kecil, ada peluang besar. Biasanya, kita mula dengan peluang2 kecil dulu. Tapi nak keluar dari ratrace, nak tanak kena ambil peluang2 besar. Baru cepat boleh kuar dari ratrace.
3. doodads ( benda2 yang dibelanjakan tapi tak mendatangkan hasil) memang akan sentiasa ada dalam hidup kita. Walau sebaik mana kita jaga pun, mesti skit2 ada juga yang kita terpaksa keluarkan duit. Untuk kes aku, doodads aku yang paling ketara ialah makan. Sebab aku suka menikmati makanan yang best2. So perbelanjaan makanan aku memang besar la hehe. Ada orang lain pula suka melancong, ada yang terpaksa bayar hutang adik beradik, mak bapak sedara mara etc, ada yang sume modify kete, ada yang suka beli perabot. Tu sumer contoh2 doodads la.
4. Berbalik kepada peluang tadi, ada macam2 jenis peluang macam stock, hartanah dan penubuhan syarikat. Dalam banyak2 peluang yang aku dapat semalam, peluang2 yang melibatkan hartanah yang bawak aku keluar dari rat race. So mungkin dalam dunia nyata, aku kena fokus kat hartanah lebih berbanding dengan stock atau buat company. Might be! Mungkin sahaja. Peluang2 lain pun kita tak boleh ignore.
5. Networking. Haa part ni la yang paling aku hargai semalam. Dulu sebelum aku main cashflow ni, aku ingatkan kalau nak menang, kena main secara individu. Dulu masa main monopoly, kita nak kaya sorang2. Kita nak orang lain rugi supaya kita boleh monopoli sumer harta dalam game tu . Baru la kita boleh jadi pemenang. Tapi dalam game cashflow ni, juruukur ajar aku konsep berkawan. Nak kaya kena kaya ramai2. Jangan kaya sorang2. Kalau ada peluang2 yang best tapi kita takleh nak grab, kita jangan senyap2. Jangan biarkan peluang tu berlalu begitu sahaja. Dalam hati cakap " kalau aku takleh grab peluang ni, orang lain pun biar tak dapat juga". Tak boleh ada perasaan macam tu, kalau ada peluang yang best tapi kita tak mampu nak amik, kita war2kan kat kawan2 kita. Mana tahu kita boleh buat JV, sama2 untung. Bila sama2 untung, kita dah ada duit untuk grab peluang2 lain yang lebih besar dan seterusnya dapat keluar dari ratrace dengan lebih cepat bersama kawan2 kita. This lesson yang aku dapat semalam memang sangat2 powerful. Tq juruukur sebab tolong aku memahami konsep networking ni.
Memang aku untung sangat2 dapat peluang untuk bermain cashflow malam tadi. Macam2 ilmu baru yang aku perolehi.
In the near future aku nak set lagi appointment dengan juruukur nak main cashflow ni lagi. Semalam atas masa yang terhad, permainan terpaksa dihabiskan awal. Tak puas lagi main. Next time set time cun2, kita main puas2 sampai lebam.
7 comments:
wow.. nak main ajak le wa skali.. hehehe
uhu~
mmg syok pon men game nih... byk yg boleh dipelajari dr game ni... 1st time men game ni masa talk kat opis satu solution tempohari...
rasa 'hangin' jer satu badan sbb x dpt nak kluar2 dr rat race... tu yg jadi lg semangat tok carik jln camner nak kluar dr rat race.. game ni mmg mencabar emosi laa.. klu x caya.. try r.. baru tau dia nye penangan.... hehehe
good luck to bro wan, sama2 kita kluar dr rat race!
tq tq. Nak kuar rat race sebenarnya tak susah mana. Kena buat sama2 je. Kaya sama2. Kalau sorang2, memang jenuh la nak kuar. Ni sifu juruukur yang ajar ni hehe
thanks buat entry pasal CF101.. x pernah main gak so tak tau plak best betui... yg online game tu nak cari kat mana??? kurang2 boleh cuba sebelum try yg betui punya..
tu pc game bukan online game. Rasanya game tu ada dijual kat lelong.com.my cuba cek kot2 ada lagi ke tak
lain kali kita main la aa..
menarik.. lain kali main, ajak la aku sekali.. aku pun dah lama tak main ni..
Post a Comment