Wednesday, December 16, 2009

Oh Bangsaku...

(sumber : www.tazilan.com)

Salam, harapnya anda semua dalam keadaan baik-baik sahaja.

Sebenarnya akhir-akhir ini saya berasa agak sesak dada melihatkan perkembangan politik negara terutama sekali apabila ia melibatkan Perlembagaan Negara dan kepentingan orang Melayu. Namun saya tak berminat nak membincangkan tuntutan kaum bukan Melayu terutamanya yang dibangkitkan oleh wakil rakyat DAP.

Saya boleh faham dan terima tindakan mereka itu kerana ia menunjukkan mereka memiliki keazaman dan kesungguhan untuk membela kepentingan bangsa sendiri. Dah namanya wakil rakyat, maka apa yang mereka suarakan itu juga adalah tugas mereka. Kalaulah kita dilahirkan sebagai bukan Melayu, nescaya kita juga mahukan kesaksamaan dari segala segi.

Soalnya mengapa hanya sekarang begitu berani dan lantang? Dah lama kita dengar slogan menuntut kesamarataan ini iaitu ‘Malaysian Malaysia’ yang dicipta oleh Lim Kit Siang tetapi impaknya tak menggegarkan. Mengapa pula desakan kali ini dirasakan begitu ampuh sekali?

Sebabnya orang Melayu berpecah dan tak mahu bersatu. Hanya disebabkan dendam, gila kuasa dan politiking yang keterlaluan, bangsa Melayu semakin lemah dan relai…. mudah sekali digoyang dan diancam.

Dahlah ketinggalan dari segi ekonomi dan akademik, kekuatan politik yang menjadi tunjang bangsa Melayu di tanah Melayu selama ini juga kian terhakis. Lepas ni apa yang tinggal?

Saya lihat bukan Melayu terutamanya orang Cina tetap teguh bersatu walaupun berlainan ideologi politik. Biarpun mereka terdiri daripada MCA, DAP, ataupun Gerakan… bahkan ramai antara mereka berlainan pegangan agama (Buddha, Hindu atau Kristian), namun perihal kepentingan bangsa mereka tidak sesekali dikompromikan. Mereka sekata dan sehati!

Saya teringat peristiwa 16 tahun lalu (1993). Ketika itu saya merupakan seorang ’salesman’ dan berjaya membuat temujanji dengan salah seorang Pengarah syarikat kumpulan Pasaraya Fajar. Pengarah tersebut tentunya seorang Cina bergelar Datuk (dah lupa namanya) melayan saya dengan baik. Sebenarnya dia terkejut kerana itulah kali pertama beliau bertemu seorang salesman berbangsa Melayu.

Selesai urusan kami (saya berjaya dapatkan kontrak besar!), Datuk tersebut mempelawa saya berbual sambil dihidangkan teh cina. Perkara yang takkan saya lupakan daripada perbualan tersebut ialah tentang kekuatan orang Cina dalam bisnes disebabkan kerjasama, kesepakatan dan jaringan (networking). Bahkan beliau mendedahkan walaupun beliau seorang jutawan, beliau berkongsi modal dengan tiga lagi jutawan Cina lain demi mewujudkan bisnes pasaraya tersebut.

Beliau mempersoalkan mengapa tak ada satupun pasaraya besar milik bangsa Melayu sedangkan ramai juga jutawan Melayu dan pengguna terbesar adalah orang Melayu?

Beliau jawab sendiri persoalan tersebut… sebabnya jutawan Melayu tak mahu bersatu. Kalau boleh semua mahu makan seorang, kaya seorang. Sedangkan hakikatnya kekuatan atau kemampuan kita amat terbatas jika kita berseorangan berbanding bekerja dalam satu kumpulan!

Beliau tanya lagi… ada butut (betul) ka saya cakap? Saya hanya tersenyum pahit… sepahit teh cina yang dihidangkan. Dalam hati… memang betul katanya itu.

Jadi jangan salahkan DAP dengan kerenah mereka. Orang Melayu sendiri yang membuka peluang keemasan ini, takkan mereka nak lepaskan. Pintu pagar dah kopak dan terbuka sedikit, tentulah mereka cuba nak masuk.

Jangan salahkan kaum lain kalau kita sendiri yang lemah… Kita Melayu, tak kira PKR, PAS atau UMNO… semuanya beragama Islam, susah sangatkah nak berpakat? Orang takkan perlekehkan kita kalau kita KUAT!

Kita dok kelahi, depa pakat ketawa kat kita.

(walaupun artikel ni tak berkaitan dengan finance dan property, aku terpanggil nak sebarkan sebab aku rasa bangsa melayu kita dah makin lemah dan goyah. Masing2 sibuk mempertahankan ideologi masing2 sampai hilang perpaduan bangsa melayu tu sendiri. Sedey2. Kalau kuasa politik melayu pon dah boleh diperkotak katikkan oleh bangsa lain, apa lagi yang ada untuk kita?Takkan nak sampai dihalau dari bumi sendiri baru nak cakap " oooo...KALAU lah dulu kita bersatu padu...")

6 comments:

pak wan said...

ya betull.. saya pun takut.. isu BTN pun melayu plak beriya nak hapuskan... takut pikir nanti zaman anak cucu camana.. cz skrg dah makin nampak benteng kemelayuan dah tiris.. kalo skrg dgn banyak bantuan pun melayu sukar bersaing.. kalu semua disamaratakan??? hmmm...

mdizone said...

kita dah semakin lemah dan tidak bersatupadu. Tu pasal bangsa lain dah mula bersuara. Sebab diorang dah nampak keretakan bangsa melayu kita. Kita sekarang kena bersatu dan kuatkan ukhwah kita. Disamping tu, kita kena ubah mentaliti kita ke arah yang lebih cemerlang. Maju kan diri dalam segala bidang seperti politik, ekonomi, teknologi etc.Baru la kita boleh ada mentaliti kelas pertama.

abuya said...

sebenarnya.....bagi aku...hiburan adalah tunjang keruntuhan org melayu kita zaman nih....dengan AF....GENGSTER....SEHATI BERDANSA....ONE IN SEJUTA....dan ntah apa-apa realiti nyer program. Semuanya merosakkan orang melayu. Tapi kita orang melayu "tak baca"...konsep atau kaedah inilah digunakan oleh org yahudi utk.....u know what i mean....

Anonymous said...

PAS nak hudud UMNO tolak hudud...mcm ne nak bersatu? sebab apa UMNO tolak?

mdizone said...

aku tanak berpihak pada mana2 parti.Masing2 ada point masing2, argue pon tak guna. Tapi aku nak sampaikan pada golongan belia melayu kat luar tu, tingkatkan ilmu kita, kuatkan ukhwah kita, baru la kita kuat. Pada rakan2 bisnes melayu di luar sana, tubuhkan jaringan perniagaan yang berkesan. Yang betul2 membantu sesama ahli. Kalau kita adapersatuan yang berkesan macam orang china( diorang ada persatuan2 perniagaan berasaskan nama keluarga), pasti kita pon boleh pergi jauh. Jangan hanya mengharapkan bantuan2 kerajaan sahaja. Kita kena paham bila mintak tolong dengan kerajaan, mereka akan bekerja seperti cara kerajaan. Sebab mereka bukan peniaga. Kerajaan banyak prosedur. So pada aku, hanya golongan peniaga yang memahami sakit perit peniaga. Bukan orang yang tiap2 bulan pasti dapat gaji. Mereka tak paham. so tak boleh nak salahkan mereka juga.

Admin said...

Telah aku ulas pasal ini di http://www.jutawanduniaakhirat.com/2009/11/win-win-situation.html (tajuk asalnya adalah 'oh bangsaku' tetapi diedit menjadi 'win-win situation' dan juga di http://www.jutawanduniaakhirat.com/2009/09/politician-footballer.html

Sama-samalah kita bersatu. Bersatu teguh, bercerai roboh.