Monday, November 30, 2009

Pulun! Pulun!

Aisey, dah nak masuk bulan 12 dah. Tak boleh jadi ni, no more honeymooning.

Mengikut plan aku, patut bulan 12 aku dah kena start pulun buat marketing job untuk fmmedia. Kalau everything berjalan lancar, dalam bulan jan - feb 09 aku dah start dapat call untuk job presentation. Bulan march - april job dah siap. Bulan may dapat payment. Perghhh nak kena tunggu sampai bulan 5 baru dapat payment tu. 5 bulan tade pendapatan. Time2 ni la penting ada saving. Kalau tade saving, aku pun tak berani nak quit. Tu kalau sumer berjalan lancar. Kalau tak lancar? haa mana la aku nak cekau duit belanja.

Untuk start ni, antara benda yang aku buat ialah aku setup blog baru untuk cerita perjalanan aku dengan fmmedia. Aku cuba tulis blog ni dalam english. Konpem lintang pukang la grammar aku. Dah lama tak menulis dalam english. Last sekali seingat aku pun masa time nak buat SPM. Time tu memang concern gile la dengan grammer. Sekarang ni lantak la. Janji orang paham bila baca. Buat masa ni, content tak banyak lagi. Tape pelan2 kayuh...

Kalau sudi nak tgk blog baru aku, boleh la klik kat sini

For this week, masih belum banyak aktiviti yang aku rancang. Just calling2 client2 lama . Update2 citer. Kalau dapat buat appointment jumpa dah kira bagus dah. Most of the time, aku akan spend banyak masa di pejabat fmmedia. Kat rumah susah nak buat keje, banyak sangat distraction. Katil la, tv la, ps2 la. Tak mampu lagi nak kuat kan semangat untuk bekerja dengan efisien kat rumah.

Pada kawan2 yang dah bekerja dari rumah, macam mana korang disiplin kan diri? aku fail lagi la part ni. Hehe.....

Saturday, November 28, 2009

Salam Aidil Adha

Kepada semua pembaca blog ni, aku nak ucapkan selamat menyambut hari raya Aidil Adha.

Kepada yang masih beraya, (geng2 kelantan masih beraya sakan lagi ni) , teruskan kegembiraan anda!

Kepada yang melangsungkan perkahwinan pada hujung minggu ni, selamat pengantin baru! Semoga berbahagia sampai akhir hayat.

Pada yang memandu, berhati2 di jalan raya. Berhenti di lampu merah. Jangan potong double line. Jangan lupa pakai tali pinggang keledar. Jangan bawak kereta bila berada dalam keadaan letih atau marah. Nanti tak boleh focus. Bahaya.

Raya korban tahun ni agak kureng skit untuk aku. Something came out. Kinda mess up everything. Apa2 pun life masih kena teruskan. Cuma kita kena make sure we check our stress level selalu. Jangan terlalu stress bila ada masalah. Kena learn to manage it properly sebab kalau tak jaga, nanti boleh makan diri.

Im looking to do something to ease my stress level.

Any idea?



Wednesday, November 25, 2009

10 cara kreatif mencari wang muka rumah baru

(Dipetik dari : http://www.drumah.com/10-cara-mendapatkan-wang-muka-hartanah/682.html)


(A very nice article untuk rakan2 yang teringin sangat2 nak beli rumah tapi tade duit nak mula.)

Mendapatkan wang deposit pendahuluan adalah satu perkara yang paling sukar untuk memiliki rumah baru. Terutamanya jika ianya dalah rumah pertama anda. Seperti yang anda tahu, kebanyakkan bank hanya akan membiayai kos kediaman anda sebanyak 90% sahaja.


Jadi baki 10% kebiasaan akan dibayar oleh pembeli sebagai tanda komitmen dan penunjuk kemampuan. Bagaimana jika anda mampu dan layak tetapi deposit itu tidak dapat disediakan? Baiklah… ada beberapa cara yang dapat dilakukan. Ikuti saranan dan tip paling kreatif untuk mendapatkan duit muka atau deposit awal hartanah anda.Mendapatkan wang deposit pendahuluan adalah satu perkara yang paling sukar untuk memiliki rumah baru. Terutamanya jika ianya dalah rumah pertama anda. Seperti yang anda tahu, kebanyakkan bank hanya akan membiayai kos kediaman anda sebanyak 90% sahaja.

1. Minta tolong. Kebiasaanya anda boleh meminta tolong pada saudara terdekat seperti ibu bapa atau rakan yang prihatin dan berbangga dengan keputusan anda. Sebagai balasan anda boleh memulangkan wang yang dipinjaman itu dengan sedikit lebihan sebagai tanda penghargaan. Ibu bapa kebiasaanya memang menggalakkan anak-anak mereka memiliki hartanah. Jika diikutkan meminta ibu bapa untuk membeli hartanah adalah satu perkara yang lebih mudah berbanding meminta mereka membiayaai perkahwinan anda. Betul kan? Tak percaya anda cuba…

2. Gunakan aset anda yang lain – sebagai contoh menjual aksesori kereta yang tidak digunakan atau koleksi-koleksi terhad untuk mendapatkan wang. Banyak cara anda boleh menjual secara offline pada kawan-kawan atau kumpulan. Hendak lebih mudah banyak laman-laman portal pengiklanan yang anda boleh gunakan untuk menjual barang terpakai secara online seperti ebay.com.my, lelong.com.my, mudah.my, mysimplifieds.com atau timestreets.com kesemua laman-laman web itu adalah portal pengiklanan percuma di Malaysia dan ramai yang telah mendapat manfaat dari portal-portal seperti ini. Jual apa sahaja dari barang moden hingga koleksi-koleksi antik asalkan anda tidak memandai-mandai menjual kesemua pasu-pasu bunga kesayangan nenek anda… Kesian lah kat dia kawan…

3. Ambil insuran yang memberi anda pulangan berganda mengikut tempoh tertentu. Selain dari melindungi dan melabur setiap 2-3 tahun sekali anda akan mendapat bonus mengikut caruman anda setiap bulan. Jika dirasakan perlu anda juga boleh menyerahkan segala nilai insuran itu untuk mendapatkan tunai dan sekaligus dapat membiayai deposit hartanah anda. Jangan pula anda dengan sengaja mematahkan kaki anda dan klim insuran untuk tujuan ini. Cara itu amat bahaya…

4. Jika anda pembeli hartanah buat kali pertama, anda boleh mengeluarkan wang simpanan pekerja untuk membiayai 10% dari deposit rumah baru. Semak akaun 2, dan carilah mana-mana hartanah yang bersesuaian dengan nilai akaun itu.

5. Menabung dengan ASB adalah satu cara mudah bagi mendapatkan wang muka. Jika anda mensasarkan hartanah yang berharga RM500,000 anda hanya perlu meletakkan deposit RM1000 sebulan secara konsisten. Mengikut unjuran kalkulator saya ini, jika anda mula menyimpan pada awal tahun 2010… pada akhir 2013 anda akan mempunyai RM52,226.59 sebagai wang deposit 10% setelah empat tahun menyimpan. Jadi apa tunggu lagi? mula lah menabung dengan ASB.

6. Tingkatkan pendapatan isi rumah anda. Anda boleh melakukannya dengan mencari kerja sambilan atau melakukan kerja-kerja pada waktu lapang (freelance). Cara ini adalah satu cara yang terbaik untuk dipraktiskan. Seperti biasa mungkin ada diantara pembaca yang merasakan.. lah! cari nak kerja ingat senang ke? Cakap saja boleh la. Apa yang saya ingin cuba sampaikan hanya sebagai panduan. Mencari kerja sambilan atau bisnes sambilan bukan sahaja memerlukan komitmen malah menuntun masa, tenaga, dan wang sebagai modal. Sebagai contoh jIka anda boleh berkebun atau ada mesin potong rumput. Carilah kerja-kerja untuk pembersihan rumah. Sekali potong rumput + khidmat lanskap dan taman RM50 untuk 2 jam. Anda bayangkan jika anda dapat membuat perkhidmatan ini di beberapa biji rumah setiap minggu. Setiap sabtu dan ahad anda akan membuat bisnes lanskap dan taman pada 8 buah rumah empat pada hari sabtu dan empat lagi di hari ahad. Setiap rumah anda caj RM50 sekali datang.

Sabtu: RM50×4= RM200
Ahad: RM50×4= RM200

Jumlah: RM400 Seminggu.
RM400×4 minggu = RM 1600 Sebulan.

Nah! RM1600 sebulan sebagai modal permulaan anda mencari wang muka untuk rumah idaman.

7. Tawarkan sesuatu yang lain dari wang tunai. Cara ini adalah satu cara lain jika anda membeli hartanah dari pemilik individu yang bukan dari pemaju. Dengan cara pembeli menawarkan apa yang dirasakan bernilai kepada pemilik, sistem barter ini amat memudahkan kerana ia dapat diselesaikan dengan segera. Ada juga diantara pembeli menawarkan kereta atau bot laju sebagai ganti wang deposit hartanah mereka, ada pula yang menawarkan perkhidmatan seperti khidmat seni lanskap atau melukis pelan rumah banglo kepada tuan rumah untuk banglonya yang baru. Jadi terpulang kepada anda dan keperluan pemilik.

8. Jimat dengan mengambil kira pelepasan cukai anda. Dengan mengetahui hak dan pakej pelepasan cukai dan peratus potongan untuk pendapatan tertentu akan meringankan lagi bebanan kewangan anda. Dengan sumber ini bukan sahaja anda dapat berjimat malah anda juga dapat mempercepatkan lagi wang tabungan deposit hartanah anda.

9. OD atau overdraf adalah satu alternatif lain selain dari beberapa contoh diatas. Pihak bank kadang-kala menawarkan khidmat OD bersih tiga hingga enam kali ganda pendaptan bulanan. Senario tidak cukup wan muka ini banyak dialami oleh eksekutif dan graduan yang baru tamat bekerja, dari segi pendapatan dan komitmen mereka memang tiada halangan untuk mendapatkan pinjaman tetapi hanya wang muka sahaj tidak mencukupi.

10. Usaha sama dan rakan kongsi mungkin menjadi satu alternatif lain yang dapat membantu anda didalam pelaburan hartanah. Cara ini dengan menawarkan peluang ini pada rakan-rakan dan bagaimana anda boleh menguruskan dan menguntungkan modal rakan anda. Tetapi untuk urusan ini anda harus bersiap sedia untuk menerima apa sahaja kemungkinan yang akan membuatkan persahabatan anda tidak seakrab dahulu jika berlaku sesuatu yang tidak mengikut perancangan.

Semoga berjaya pelabur semua…


(aku sendiri dah guna beberapa teknik di atas untuk mendapatkan modal awal bagi membuat pelaburan hartanah. Antara teknik yang aku gunakan ialah mendapatkan income extra dengan membuat kerja2 freelance, menyimpan duit claim, buat usaha sama dengan rakan kongsi, guna duit kwsp dan menyimpan dalam asb sehingga cukup untuk dibuat deposit. Semua teknik ni bila digabungkan, boleh meningkatkan simpanan kita dengan mendadak. Sedar2 je dah cukup untuk deposit sebijik rumah. Yang penting kita kena BERMULA! Jangan angguk2 je lepas baca artikel ni. Sia2 je. Kalau setakat baca2 je, pergi tido lagi bagus.Sekurang2nya bole mimpi benda2 best. ;p)

Tuesday, November 24, 2009

Ingat 5 rahsia ini sampai bila2

(Dipetik dari : http://usahawanbistari.blogspot.com/2009/11/ingat-5-rahsia-ini-sampai-bila-bila.html)

Saya akan dedahkan 5 sebab mengapa ramai orang yang tidak akan menjadi kaya... dan bagaimana anda tidak menjadi salah salah seorang daripada mereka.
.
Apabila anda tahu tentang rahsia ini dan buat apa yang mereka telah lakukan, anda akan menjadi seperti mereka. Sebaliknya, jika anda tidak faham dan buat apa yang mereka tidak lakukan, anda tidak akan kaya.
.
Konsepnya cukup mudah tapi itulah hakikatnya.
.
Selepas mengetahui 5 sebab ini, hidup saya mula berubah. Dan sekarang giliran anda pula. Berikut adalah 5 sebab mengapa ramai orang susah untuk menjadi kaya dan bagaimana anda tidak menjadi seperti mereka!
.



Sebab #1 : Menunggu Untuk Bermula

Hampir semua orang tidak mahu menunggu untuk berjaya. Tetapi, pada masa yang sama, mereka sanggup menunggu untuk mula melangkah ke arah kejayaan. Nampakkah anda masalahnya disini?

.
Lagi lama anda menunggu untuk bermula, lama lagi untuk anda menjana wang, kejayaan dan gaya hidup yang anda mahukan. Ramai orang yang menunggu sehingga semuanya sempurna sebelum mereka bertindak. Oleh sebab itu, mereka tidak akan bergerak dan tidak akan mendapat ganjarannya.

.
Tiada perlumbaan yang akan dimenangi (atau diakhiri) oleh seseorang yang tidak melepasi garis permulaaan. Jangan menunggu untuk bertindak. Mulakan hari ini dengan melangkah ke arah kejayaan.
.
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=

Sebab #2 : Ilmu Kewangan Yang Teruk

Kunci kekayaan terletak kepada pemahaman tentang aset dan liabiliti. Perbezaannya saya ringkaskan disini: Aset adalah sesuatu yang masukkan duit ke poket anda. Hutang pula ialah sesuatu yang keluarkan duit dari poket anda.
.

Aset : Wang masyuk

Liabiliti: Wang keluar

.
Ramai orang yang berfikir bahawa rumah, kereta dan harta benda adalah aset mereka. Tetapi, yang sebenarnya ialah hampir semuanya menyebabkan anda keluarkan wang dari poket anda. Mereka MAHUKAN wang daripada anda. Mereka tidak BERIKAN anda wang.

.
Oleh itu, daripada definisi diatas, semuanya itu adalah liabiliti = hutang!
Bila anda mempunyai wang yang banyak MASUK daripada aset yang sebenar daripada wang yang KELUAR untuk membayar liabiliti, anda akan bebas dari segi kewangan. Hanya terdapat satu cara untuk anda lakukannya. Dan ianyamembawa kita kepada...

.
Sebab #3 : Fokus kepada pendapatan aktif daripada pasif

.

Salah seorang jutawan yang saya kenali pernah memberi nasihat dengan selamba. Beliau berkata "Jika anda tidak buat duit semasa tidur, anda tidak akan kaya."

.
Pendapatan aktif adalah gaji yang anda dapat daripada bekerja. Anda bekerja sejam dan mendapat bayaran untuk sejam bekerja dan sampai di situ sahaja.

.
Pendapatan pasif ialah anda bekerja sekali sahaja tetapi terus mendapat bayaran tanpa putus daripada kerja yang tidak lagi anda lakukan. Dengan membuat pelaburan atau mencipta aset sebenar yang memberikan pendapatan pasif kepada anda adalah tiket untuk anda menuju kekayaan.

.
Sebab #4 : Tidak faham atau tidak gunakan sistem menjana duit

..
Sistem buat duit ialah sesuatu aktiviti yang boleh buat duit untuk anda tanpa perlu kerja. Dengan lain perkataan, ianya satu sistem yang buat duit secara automatik.

.
Aset yang sebenar hanyalah satu sistem atau yang berkait dengannya. Selepas anda mencipta atau gunakan satu sistem buat duit,tiada had berapa banyak duit yang boleh anda perolehi. Dengan menjadi pakar kepada sistem duit akan membawa kekayaan diluar dugaan anda.

.
Sebab #5 : Tidak cukup sabar dan tiada keazaman
.
Untuk menamatkan apa juga perlumbaan, anda mesti memecut daripada garisan permulaan dan mengikut terus sehingga ke garisan penamat.
.
Ramai orang yang mencipta kegagalan mereka samada tidak bermula langsung atau tidak tamatkan, atau kedua-duanya sekali.
.
Untuk menjana kekayaan, berjaya dan hidup bahagia anda mestilah mempunyai kesabaran dan keazaman untuk tiba ke garisan penamat. Anda bukan sahaja perlu bermula,tetapi mesti tabah mengharungi semuanya.
.
Bunyinya mungkin sudah jelas, tetapi ianya masih menjadi punca kegagalan sesorang.
.
Sebab itulah jika anda sanggup menyertai 5 peratus mereka yang mengikut 5 perkara diatas, anda mempunyai peluang yang besar untuk menempa kejayaan dan kemewahan.
.
Ianya cukup mudah... anda perlu membuat keputusan untuk mengikut perkara di atas dan lihat perubahan pada hidup anda nanti. Tetapi, jika tidak, seperti kebanyakan orang lain anda tetap seperti sekarang, sama seperti dulu. Inilah masanya untuk anda membuat keputusan.

Monday, November 23, 2009

Sroott Sroot...

Adeh, tensennye bila kena selsema. Sume benda buat rasa tak kena. Kepala pon terasa weng je. Habis weekend aku kali ni. Langsung tak produktif.

Aku start terasa nak selsema masa bangun pagi hari sabtu lepas. Hidung dah tersumbat. Kepala pun rasa bengal2 je. Tapi terpaksa gagahkan jugak diri. Bila nak terasa demam ni, kita takleh manjakan badan sangat. Kena terus cergas aktif. Kalau mental asyik kata demam, sure badan pon jadi lemah.

Weken ni sepatutnya aku pergi rumah sewa bukit subang. Nak tukar tombol pintu bilik. Budak2 penyewa rumah tu dah kasi deposit sumer siap. Kunci rumah pun aku dah kasi. Sewa start bulan december 2009. So extra days untuk november ni aku halalkan je la. Lagi pun aku tak start lagi bayar ansuran kat bank. Duit sewa disember tu kira duit terpijak la. Banyak benda yang aku tak setelkan lagi untuk rumah ni. Dinding tak cat, tombol bilik tak tukar, lampu pun ada yang tak menyala. Tapi memandangkan penyewa aku bersungguh2 nak pindahkan barang dulu, aku terima je la deposit diorang. So nampak gaya terpaksa la cepat2 aku setelkan apa yang terbuat. Benda yang paling mudah, tukar tombol pintu la.

Mula2 aku ingat nak guna servis satu solution. Malas rasanya nak buat sendiri. Bukan bidang aku pun benda2 kunci ni. Orang lain bole buat 10 minit, kalau aku buat mau jadi sejam untuk satu tombol (aku pernah alami benda ni dulu untuk rumah pantai dalam aku. Rupanya memang tombol pintu tu bermasalah). Tapi bila fikirkan kos extra yang terlibat, last2 aku decide nak buat sendiri. Kedekut jugak aku ni rupanya hehe..

Laa rupa2nya bukan la susah mana pun. Kalau tombol pintu tu ok, memang cepat je setel. Aku habiskan keje tukar 3 tombol pintu dalam 30 minit je. Puas bila dah berjaya setelkan. Cuma berpeluh jugak la sebab tade kipas dalam bilik. Dah la tengah hari. Panas. Bila dah setel kerja tukar tombol tu, aku pun blah la cepat2. Sebab ada appointment nak cek kereta kat bengkel plak lepas tu. Yang ni projek lain plak. Malas nak kecoh sekarang. Dah ada hasil kang, baru aku citer.

Hari ahad plak lagi la haru. Selsema aku makin menjadi2. Lepas pergi klinik amik ubat (ubat free. Sebab masih bole guna medical card gitn. Ini la time2 terakhir nak lenjan medical card gitn. Lepas ni kalau sakit kena bayar sendiri), aku terus balik rumah. Pengsan the whole evening. Apa pun tak buat.

Hari ni selsema aku dah ok skit. Dah tak weng sangat dah. Aku dah budget, kalau tak reda gak, aku mc je hari ni. MC yang sendiri declare. Takyah report kat sapa2. Alhamdulillah, selsema dah reda skit, so aku terus pergi opis baru aku. Sayang la satu hari kalau tak buat apa2. Bila dah keje sendiri ni, mesti make sure hari2 kita tu ada hasil. Mesti produktif. Tak boleh malas2. Kalau baru sakit skit dah lembik, susah la. Sekarang tade orang nak marah2 kita kalau lambat masuk keje etc. Kita yang kena motivate diri sendiri. Kalu tak keje, takde duit. Simple je.

Self employed ni baru fasa kedua dalam misi aku. Kena cepat2 lompat masuk dalam quadrant bisnes / investor plak. Once pasif income > expenses aku, baru la tercapai matlamat kewangan aku. Masih jauh lagi perjalanan ini. Apa2 pun, dengan maju setapak setiap hari, iallah matlamat tersebut akan tercapai..

Friday, November 20, 2009

Work Smart Vs Work Hard

A very nice video to illustrate the different between working smart and working hard





7 Steps For Financial Fastrack

Aku jumpa notes ni masa aku belek2 buku nota aka buku conteng aku. Kadang2 bila aku baca buku, aku suka buat note kalau aku jumpa info2 yang best. Aku tak ingat notes ni dari mana. Tak kisah la tu. Yang penting aku share.

Those 7 steps are:

1. It is time to mind your own business.
- Stop whatever u r doing now, try to evalute. Kita bz2 tu untuk sapa sebenarnya.
- Take action . Buat personal financial statement dan financial goals. Mesti tulis. Goal mesti ada quantitive amount dan timeline.

2. Take control of your own cashflow.
- " people who cannot control their cashflow work for people who can"
- pay yourself first
- live within your mean, THEN increase your mean
- clear all bad debt

3. Know the different between risk and risky
- there are no such thing as risky invesment, there are only risky investor
- Kalau nak reduce risk, increase financial literacy kita

4. Decide what kind of investor you want to be
- get educated. Pilih satu cabang investment (sama ada bisnes, real estate atau paper asset) yang kita minat then fokus. Lepas dah tere satu, baru venture dalam cabang yang lain.
- Jangan dengar cakap orang sebarangan. Jangan ikut crowd.

5. Carik mentor


- dalam gambar quadrant kat atas, cuba fikir balik. Dengan group mana kita banyak habiskan masa. Adakah group tersebut boleh membantu kita mencapai matlamat kita? Kalau tidak, group mana yang boleh membantu. Buat perubahan dari situ.

notes: This is one of the reason kenapa aku decide to quit and buat freelance.

6. Jadikan kegagalan sebagai kekuatan kita
- Expect dissappointment.
- Sentiasa ada mentor di sisi kita.

7. Yakin dengan kemampuan diri sendiri untuk berjaya!
- Usaha tangga kejayaan.
- Lepas berusaha, tawakal dan berserah.
- Jika berdepan dengan kegagalan, learn from it and then move forward again.