Pagi tadi aku terima call dari KWSP. Sebelum raya, aku submit application untuk keluarkan duit akaun 2 untuk langsaikan principal pinjaman perumahan. Ada la skit duit dalam tu. So dari dok beku dalam akaun kwsp tu, baik aku kuarkan untuk kurangkan baki pinjaman perumahan.
Bagus betul KWSP ni. Masa aku submit application, diorang cakap jangka masa siap dalam 21 hari bekerja. Kalau tade masalah, lagi awal la. Aku submit betul2 sebelum hari raya. Raya hari ahad kan? aku submit dokumen sumer hari jumaat. Dua hari sebelum raya. Hari ni dah siap isu cek. Memang puas hati betul la. BTW aku berurusan dengan KWSP jalan Gasing.
Actually aku ada hidden plan hehe. Bukan saje2 aku nak buat pengurangan pinjaman perumahan ni. Ada trick yang aku nak buat. Ala trick biasa2 je. Bukan hebat mana pun.
Sebenarnya, directly selepas pinjaman aku dikurangkan, aku terus apply untuk refinance rumah. Haa...so apa yang berlaku, duit kwsp tadi bukan lah semata2 akan digunakan bagi mengurangkan baki pinjaman. Aku akan dapat balik duit tu masuk akaun aku sebab aku refinance rumah tu ikut market value. Korang paham ke apa aku cerita ni? Kalau tak clear aku try wat senario la.
Katakan....
Baki pinjaman perumahan : rm 70k
Market value rumah : rm100k
baki akaun 2 kwsp : 10k
so apa aku buat, aku apply la kat kwsp nak kurangkan baki pinjaman. Dapat la kuarkan 10k tu terus buat pengurangan baki.
So sekarang ni baki pinjaman perumahan jadi = rm70k - rm10k = rm60 k
Pastu aku buat refinance plak ikut market value.( 90% margin of financing)
Jumlah pinjaman baru = 90% x rm100k = rm90k
duit extra yang aku dapat = rm90k - rm60k = rm30k.
Kalau aku tak buat pengeluaran kwsp , duit extra aku cuma = rm90k - rm70k = rm20k
Ni kira trick nak keluarkan duit kwsp la ni. Kalau tak guna cara ni, mana bole senang2 korang nak keluarkan duit kwsp kan. So kena bijak la manipulate.
Aku tak galakkan cara ni kalau korang nak guna duit kwsp tu buat benda bukan2 macam shoping2 atau guna untuk vacation. Sebab KWSP ni simpanan hari tua kita. Mana bole sebarang keluar2 nanti time bersara, duit tade. Haru jadinya.
Unless kita dah ada plan nak guna duit tu untuk generate duit lagi. Secara purata, KWSP cuma bagi dalam 4% return je setahun. Agak pathetic la. Pastu tak kasi kita invest duit tu sendiri plak. So sian duit kita dalam kwsp tu. Tak keje keras. So better kuarkan duit tu ( kena ada cara yang betul ) pastu invest duit tu kat tempat lain. Paling busuk pon boleh letak dalam ASB. Dapat gak return 7-8%. Kalau lagi best, kasi rempit beli rumah sewa la. Boleh dapat Cash on cash return sampai 30%.
Oh ya, lupa plak nak citer. Buat masa ni rumah aku ni bagi positive cashflow. (duit sewa > duit installment). Lepas aku refinance ni plak, positive cashflow aku lagi tinggi sebab installment lebih rendah pasal aku dapat reduced interest rate and panjangkan loan period berbanding loan asal. Ini maknanya, aku dapat cash segedebuk and at the same time higher positive cashflow for the same property.
Haiya...wa manyak syiokk la ini hari... :)
5 comments:
Salam.. good trick bro.. nnti boleh share camner process nk kuar duit kwsp n refi plak..
duit byk..godaan pun byk....hati2 bro..hehe
thanks for da advice wakata.
aku dah ada plan pon dengan duit tu. nak buat emergency buffer untuk masa depan. ada plan besar lepas ni..
Bro cek dr KWSP tu atas nama siapa? nama kita ke nama lender?
cek tu atas nama bank sbb aku nak buat capital reduction. kalau mnthly installment, kwsp kasi cek atas nama kita
Post a Comment