Wednesday, September 2, 2009

Queen of Auction In Da Making






Gambar2 di atas diambil pada hari sabtu lepas. Aku bawak Wifey dan Ema pergi auction MBSB kat Bangsar. Plan hari tu nak masuk 2 unit rumah apartment dekat kajang. Seperti biasa, dah tak letak harapan tinggi dah. Kalau ada rezeki, dapat satu pun dah alhamdulillah.

Lelongan ni dibuat oleh SWT Management. Aku pun tak pernah dengar auctioneer ni. Yang datang hari tu pun macam tade la ramai sangat. Macam ada harapan je ni...

Masa tengah belek2 rumah2 yang dilelong kat notice board,terserempak pulak dengan si Asri. Geng lama PMC. Borak punya borak, rupa2nya unit yang aku nak masuk ni pun pie nak bid sama. Aisey lawan sifu la plak. Lomah den. Dua2 unit plak tu. Macam mana nak menang ni. Budget aku tade la tinggi sangat. Tapi aku cool je. Asri pon rilek je. Kawan tetap kawan. Bidding pon tetap bidding gak. Mula2 ingat nak kawtim je takyah lawan2, tapi unit ni ada lagi 3 orang pun masuk. So option kawtim dah kira burn. So terpaksa la lawan je.

One of the bidder tu company. Apa ntah nama die aku pon tak ingat. Tapi ni la first time aku lawan bid dengan company. Selalunya lawan orang persendirian je. Teringin gak nak ada property holding company ni. Macam best jer. Tape part tu kita citer next time. So berbalik pada bidding tu, auctioneer ni pelik skit. Time bidding, peserta kena duduk kat depan. Diorang dah prepare kerusi khas untuk bidder. Tak boleh nak duduk belakang sbb takut jadi isu macam tak nampak angkat pedal etc. So logik gak. Tade hal la duduk mana pun janji boleh bidding.

Budget aku untuk apartment ni tade la tinggi mana. RP dalam rm75k. Max aku dalam rm90k. Still ada untung skit. Masa lawan bidding tu, aku baru tau Pie budget dalam rm85k je. Sifu nak maintain profit margin tinggi. Sori la pie, tade rezeki hari tu. Yang menang bidding tu ialah si company tadi. Budget die tinggi. Menang pada rm97k. Time tu dah tade sapa nak lawan dah. Tape la untuk unit pertama ni die menang. Kot2 ada rezeki untuk unit kedua.

Sekali unit kedua ni pun die masuk jugak. Hampehs tul. Sumer die nak menang. Dah la budget tinggi. Untuk unit kedua ni aku dah geram. Disebabkan unit pertama aku tak menang, aku punya budget pon dah boleh increase skit. Masa awal2 aku ngan asri je lawan angkat2 pedal. Dalam hati dah tau takleh menang punya sbb si company tadi sure angkat lagi tinggi. So bila dah sampai rm90k, tinggal aku dengan company tu je lawan. Aku time tu dah mmg budget kalah dah sb aku tanak la menang tapi margin rendah. Time tu mmg dah niat dengki dah hehe. Jahat betul aku. Alang2 aku tak menang, jangan harap aku nak kasi si company tadi harga rendah. Si Asri pon dok cucuk2 aku. (time tgh bidding tu aku ngan asri siap gelak2 lagi hehe). So akhirnya rumah tu terjual dengan harga rm98k. Mahal skit dari unit sebelum ni. Memang tinggi betul budget si company ni. Duit banyak kot.

Down jugak hari tu.Masuk dua unit, dua2 pon kalah. Tapi bila tengok Ema dok sibuk main pedal, sejuk plak hati. Ema siap sengih2 lagi ajak main pedal tu. Buat kipas. Tape ye Ema, nanti ayah ajar macam mana nak buat duit dengan auction property.Dah besar nanti beli rumah banyak2.

Next week pon ada lagi unit aku nak masuk bid. Kata je dah cool off dengan auction. Tapi masuk jugak hehe. Agaknye dah sebati kot property dengan jiwa. Susah mau tinggal.

5 comments:

PG said...

Salam Bro.
Very good investment...hehe

mdizone said...

hehe. Nak jadi macam rich dad ajar anak pasal investment. Biar start dari kecik senang nak lentur.

ojah said...

wowweee... future investment princess.. bestnye ayah dah siap2 bina platform :)

-tuanbri- said...

apsal dia kena beli bnyk jugak ?

ayah dia dah tinggalkan begitu bnyk sekali rumah kat dia..
hehehe

mdizone said...

hohoho.ayah die tanak tinggalkan apa2. Kena belajar carik sendiri. Baru la boleh tere.