Semalam aku balik rumah in law di cyberjaya. Sebelum tu aku pergi open house rumah opismate kat bangi. Rumah kat teras jernang. Susah gak nak cari rumah tu sebab area kampung. Nasib baik ada peta. Kalau tak, sure melalut2 cari jalan.
Perjalanan ke rumah member tu memang masuk jalan kampung. Hati dah tak sedap sebab cuma nampak tanah lapang kiri kanan. Pastu ada la rumah sebijik2. Cuma bila dah betul2 sampai hujung jalan, baru la nampak deretan rumah2 yang bagak2. Terkejut oo! Tak sangka kat jalan sebegini dalam, ada rumah yang besar2. Siap ada rumah yang nampak macam 3 tingkat. Ganas sungguh.
Bila tengok area ni, baru la aku teringat pasal juruukur. Mungkin ni la maksudnya beli tanah, pastu pecah jadi lot2, then jual pada orang yang nak buat banglo. Tanah plak jauh ke dalam cuma kat area bangi la. Memang totally new untuk aku. Selama ni hanya tumpu pada pelaburan hartanah rumah sewa sahaja. Rupanya banyak lagi jenis pelaburan hartanah lain yang boleh mendatangkan pulangan yang sangat lumayan. Banyak lagi yang nak kena belajar ni. Ilmu yang ada di dada ni amat cetek di bandingkan dengan otai2 yang lain.
Aktiviti kat rumah member tu, standard la.Makan2, borak2 etc. Duduk pun tak lama. Dalam sejam camtu, aku n family pun mintak izin nak gerak. Oh ya, masa borak2 tu, baru aku dapat tahu ayah member aku tu mmg menjual tanah. So dia kata kalau nak cari tanah area2 dengkil, bangi,kajang dan kawasan seangkatan dengannya, boleh la cari ayah die. Gud2. Aku take note in mind.
Malam tadi plak, aku ajak member2 mmu yang dah lama tak jumpa lepak2 kat mamak. Seorang kawan aku tu yang sebelum ni duduk kat rumah sewa kat equine, rupanya dah pindah rumah teres 2 tingkat kat taman kajang impian. Sempat la aku datang rumah dia semalam. Jalan2 tengok rumah. Besarnye rumah die. Bersyukur aku tengok kawan2 aku dah mula berjaya berhijrah ke rumah landed. Kira dah mendapat rumah impian la orang kata. Aku tumpang gembira.Jeles pun ada juga. Bila la aku nak pindah rumah landed plak ek. Area Bangi/Kajang ni macam menarik. Ramai orang melayu duduk sini. Kedai makan yang pelik2 pun banyak. Kira komuniti memang best la.
Bukan senang nak maintain delay gratification. Kadang2 tu bila orang bertanya bila nak duduk rumah landed, aku pun taktau nak jawab apa. Takkan nak cakap delay gratification kot, tak semua orang paham. Apa yang boleh aku balas hanyalah belum ada budget. Kalau cakap tade rezeki macam tak best plak hehe.Jauh di sudut hati ni memang nak duduk rumah landed. Nak besarkan anak2 di komuniti yang bagus dan best. Duduk kat apartment ni jiran2 tak berapa nak rapat. Masing2 buat hal sendiri. Jiran sebelah rumah pun aku tak kenal. Macam mana nak kenal, nak berselisih pun susah.
Tape2, aku memang dah tulis dalam goal list. Nak pindah rumah landed kat area shah alam/bangi by 2015. Another 5 years. Iallah cukup untuk aku align financial aku supaya dapat menampung kos untuk duduk di rumah landed. Aminn..
2 comments:
Salam Tuan.
Kat Kelantan, pakat "gila" beli tanah bukit tepi highway / jalan.
Mula2 jual tanah merah. 1 lori RM 6 skg ni. (Dpt 3000 lori dah RM 18,000).
Pastu pecah lot, jual lot banglo.
Bagus jugakk tu. Dulu tanah bukit ni orang takmau, harga pun murah. Sekarang ni dah berharga plak.
Bagus la kalau ramai yang buat duit dengan tanah ni. Memang satu cabang pelaburan hartanah yang menguntungkan. Iallah kalau ada rezeki, saya pun nak belajar.
Post a Comment