Sempena dah nak dekat raya ni, aku nak mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf kepada semua rakan2 taulan yang mengenali diri ini sama ada kenal direct atau pun indirect.
Terima kasih juga sebab sudi baca blog aku yang tak seberapa ni. Masih ingat lagi masa mula2 menulis dulu. Aku bukannyer jenis yang suka menulis. Kalau tengok gaya tulisan pun, aku tulis macam cakap dengan kawan2 je. Bersepah.
BTW aku dah start cuti dah. Semalam lagi dah start. Wohoo!! Mana la ada orang yang semangat keje dekat2 nak raya ni. Cuti lagi best. Boleh lepak rumah tido sepanjang hari (ini contoh jangan ikut lor. Tarak bagus).
Plan raya plak masih belum difikirkan. Rumah parent dengan inlaws tak jauh so memang sapu sumer sekali untuk raya ni. Cuma tgh plan2 untuk balik kampung batu pahat. Harap boleh la selit2. Dapat la jumpa sedara mara sumer.
Aiyak! duit raya tak tukar lagi la. Bank ada lagi ke simpanan duit kecik ni. Ok la aku nak gerak g bank dulu nak tukar duit raya. Adiosss....
Selamat hari raya! Maaf zahir batin!! :)
No comments:
Post a Comment