Salam sejahtera semua,
Dah seminggu aku tak berceloteh kat sini. Life agak bz dan macam tade topik menarik aku nak share. Just malam kelmarin aku ada pergi satu free preview seminar kat Amcorp Mall PJ. Adik aku yang dapat jemputan tu so dia ajak aku sekali. Buat teman.
Seminar tu pasal Money Mastery. Founder die ialah KC See. Korang boleh try browse website die kat www.masteryasia.com.
Talk bermula jam 8pm. Ramai jugak orang yang datang. Tapi aku perasan aku ngan adik aku je melayu. Majoriti chinese dan ada juga indian. Ni baru betul nama satu Malaysia hehe.
Frankly speaking, seminar ni boleh kata macam preview apa yang diorang boleh offer la. Biasa la tu. Semua seminar pun kebanyakannye mesti kasi free preview dulu. Tapi aku tak kata tak best. Memang BEST! aku suka sangat content talk malam tu. Walau pun 3 jam, aku puas dan memang berterima kasih la dengan adik aku sbb ajak aku malam tu.
Kebanyakan content die banyak berkisar dengan apa yang aku dah tau. Sebab founder die ni claim die anak murid Robet T Kiyosaki. Dia antara pengikut terawal la sebelum Robert jadi famous sbb keluarkan buku Rich Dad Poor Dad. Tak kisah la tu. Janji aku memang suka talk2 motivasi macam ni.
Antara content yang menarik minat aku adalah hubung kait antara Money Belief -> Money Habits -> Financial Result. Macam isu2 yang aku celoteh sebelum ni. Kenapa sesetengah orang hidup dalam keadaan mewah dan ramai yang hidup cukup2 makan. Tak kurang juga ramai yang hidup dikelilingi hutang. Semuanya bermula dengan money belief kita. Money belief ni pula dibentuk oleh persekitaran kita macam parent, rakan2, sejarah pendidikan etc. Sebagai contoh, kalau seseorang tu percaya kalau die nak kaya kena kerja kuat dan naik pangkat dalam corporate ladder, memang itu la yang akan menjadi habit dan hasil die. Tapi kalau belief2 tersebut betul, mesti dah ramai yang kaya kan? Malangnya realiti tidak begitu. Ramai yang try to climb corporate ladder masih tidak berjaya mengubah kedudukan kewangan mereka, malah ada yang lebih teruk lagi.
Untuk mengubah money belief ni bukan satu benda yang mudah. Bukan setakat baca buku dan datang seminar 2-3 hari pastu dah boleh terus berubah. Kalau ada yang berjaya mengubah money belief die pon maybe dalam 10% je. Yang lain2 tu hanya setakat baca dan datang seminar, lepas tu terus sejuk. Panas sekejap je la time seminar tu hehe.So untuk mengatasi masalah ini, kita perlukan persekitaran yang merangsang perubahan tersebut untuk berlaku. Mesti berterusan membaca buku2 yang berkaitan, berkawan dengan rakan2 yang sekepala dan ada mentor yang telah berjaya untuk membimbing kita. Actually ni la yang money mastery ni offer. Die offer satu komuniti yang mempunyai minat yang sama iaitu mencapai kebebasan kewangan dan juga menyediakan konsep mentor. Tapi kalau nak akses kena bayar la. Bisnes maa.:P
Tak silap aku total payment yang kena bayar dalam rm5k lebih kot. Lifetime membership. Boleh bayar ansuran selama 24 bulan. Rm5k tu macam banyakkan. Aku masa dengan tu pun terkejut jugak. Baru je niat nak join terus. Tapi kalau betul2 ikutkan hasil yang boleh diperolehi dan sumber2 yang ada dalam komuniti tu, pada aku apa la sangat rm5k tu. Pendek kata terpulang kepada individu tu sendiri. Setinggi mana nilai rm5k tu di mata die. Ada orang kata tak berbaloi, ada orang kata rugi gile. Tapi ada juga yang kata sangat murah. So kita di mana? Haa ni contoh money belief.
Buat masa ni, aku rasa aku pass dulu kot peluang ni. Sebab sekarang ni rasanya aku pun dah ada mentor, money belief aku pun boleh dikatakan in the right direction with my goal, dan aku ada kawan2 yang sekepala dengan aku. But in term of my circle la. Maybe money mastery ni circle die lagi besar. Peluang die pon lagi besar. Ialah kalau ada rezeki, tahun depan aku nak usha lagi money mastery ni. Setahun dari sekarang aku tak leh nak main2. 'Kritikal' period aku ni. Hehe.
Nak tau apa dia? haa TUNGGU..... :)
No comments:
Post a Comment