Monday, August 10, 2009

Raya oh Raya

Raya dah nak dekat.

Walaupun puasa tak start lagi, tapi bahang raya dah terasa dah. Setiap kali menjelang raya, ramai kanak2 berada dalam mood kegirangan. Baju raya dah tempah awal2, siap mintak poket besar. Senang nanti nak simpan sampul raya yang berkepuk2.Seronok betul bila terkenang zaman kanak2 dulu.

Tapi disebalik kegirangan, ramai juga yang mula garuk kepala. Mana taknye, setiap kali raya, budget bulanan konpem lari. Memang dah tak boleh ikut dah budget tu, sebab banyak betul keperluan yang perlu disediakan. Baju raya, duit raya, perabut raya, kereta raya, sound speaker raya, dan bermacam2 lagi la barang 'raya' yang kena dibeli.

Nak harapkan gaji bulanan? Memang la tak cukup. Bila dah tak cukup tu, mula la korek2 surat2 lama, nak carik cek2 kosong yang dihantar oleh syarikat kad kredit ( ni untuk sapa2 yang ada kad kredit la). Kalau yang tade plak, pun korek2 gak risalah2 lama, kot2 terjumpa iklan2 pinjaman peribadi. Ramai2 pakat buat hutang. Biar papa asal bergaya. Mana boleh kita sambut raya ala kadar kan? nanti apa orang kata. Jiran sebelah dah beli sofa baru. Abang adik dah angkat kereta baru. Kita takkan kosong je kan. Si isteri pun dah berleter2 nak itu ini. Huhu nafsu2...

Nasihat aku, ukur baju di badan sendiri. Belanja ikut kemampuan jangan ikut perasaan. Benda yang sama je ulang2. Orang lain pun cakap benda yang sama. Kalau nak tau berkesan ke tak, kena tanya telinga yang mendengar. Bukan tengok sapa yang menasihat.

Bak kata Nabil ' Lu Pikir La Sendiri!'

No comments: