Friday, August 21, 2009

Hamba zaman moden

Apabila tiba hari isnin, berapa ramai di antara kita yang mengalami 'monday blues'? Haha korang takyah deny la, aku berani cakap kebanyakan kita mengalami perasaan yang sama setiap hari isnin pagi. Bukak mata je, dah rasa down.

'malasnya nak pergi keje hari ni'

'menyampahnye nak tgk muka bos aku pagi ni'

'apa alasan aku nak kasi kat bos ek nak EL. Last week aku dah kasi alasan kereta rosak, takkan nak kasi alasan yang sama kot?'

Boleh kata setiap minggu kita berperasaan macam tu.Kenapa ye? Senang je jawapannye. Kita tak suka buat benda yang kita kena buat hari2. We dont like our job. Tapi kenapa kita berterusan buat benda yang kita tak suka? Kita hidup di dunia ni sekali je. Lepas tu kita menjalani kehidupan yang kita tak suka. Aku tak boleh pk logik di sebalik tindakan tu.

Solution die senang je. Benti buat keje yang kita tak suka, and buat benda yang kita suka. Senang je kan penyelesaian die? haa apa tunggu lagi.Berenti la keje yang korang tak suka buat tu. Habis cerita...

Oh!!! no no no!!! Mana aku bole berenti keje.Gile ke apa?! Sapa yang nak bayar ansuran rumah, ansuran kereta, ansuran court mammoth (hihihi), hutang card credit, hutang personal loan, makan, minum, bil astro, bil internet dan pelbagai lagi jenis bil. Aku terlalu banyak tanggungan. Kalau aku berenti keje, mati oo..tape la aku buat la jugak keje yang aku tak suka, nak wat cemana. Dah nasib badan. Nanti kot2 aku naik pangkat, ada gaji besar sikit, ill think of something.

Sebenarnya kita lah hamba di zaman moden ni. Hamba kepada diri sendiri. Kita keje teruk2 buat keje yang kita tak suka, duit yang kita dapat tu bukan 100% kita punya. Dapat2 duit je dah terus kena bayar hutang piutang, cukai etc. Balance tu baru la kita boleh merasa nak beli keperluan kita. We cannot afford to quit because we need to pay others. Sapa yang hamba dalam kes ni?

Akan TETAPI, kalau kita boleh kawal kewangan kita, ada saving yang cukup, tanggungan hutang minima ( atau tade langsung), suddenly kita akan rasa there is a different world out there. Dunia yang penuh dengan peluang. Dunia yang memberi kita ruang untuk buat benda yang kita suka. Dunia yang membolehkan kita berjaya in our own terms. Kalau kita dalam posisi tu, what we will do? stay on put doing things we dont like or we quit and start doing things we love? Kalau orang waras akal, sure pilih pilihan kedua kan?

What ever it is, kita yang bertanggungjawab dengan pilihan yang kita buat. Bukan majikan kita, bukan bank yang kasi kita loan, bukan credit card kita, bukan court mammoth, tapi kita sendiri. Kita yang meletakkan diri kita dalam situasi yang kita tak suka.

Aku taktau la korang, tapi aku nak ambil tindakan.im taking action to change my life. Some how i can see a small glimpse of the future. The world of abundance. For years aku berusaha ke arah ni. Mengemaskini kewangan, meningkatkan simpanan, menambah ilmu etc. Sedikit demi sedikit, aku dah mula nampak jalan. Im almost there.

Pada rakan2 ku sekalian, wish me luck!

2 comments:

pokli said...

entry yang menarik.mula2 tgk tajuk ingat ke duit jadi hamba zaman moden.sbb duit buat kerja kow2 utk kita.yela ada 200k simpan dlm asb.tiap2 thn dpt dividen.pastu rempit duit buat od..dpt od tambah kolum aset.beli rumah.beli emas.drpd duit tu jadi hamba.ada 200k jadi aset 2 juta.best kan?..admin pokli.com

mdizone said...

Tu semestinya pokli, kita mesti target jadikan duit hamba kita bukan sebaliknya. tapi nak capai tahap tu bukan senang,perjalanan aku masih jauh takleh nak compare dengan ko hehe