Beberapa hari lepas, masa tengah tengok2 astro, terbuka pulak channel Oprah. Biasanya aku tak tgk pun oprah ni, tapi tajuk hari tu macam menarik plak.
Topik hari tu berkisar tentang masalah rakyat amerika yang sedang menghadapi kegawatan ekonomi yang teruk. Ramai antara kita tahu kadar pengangguran kat amerika meningkat dengan mendadak. Kalau taktau tu nampak sangat korang tak tahu pasal keadaan semasa. Akibat dari peningkatan kadar pengangguran tu, ramai yang kehilangan tempat tinggal dan terpaksa hidup merempat. Biasa kita dengar berita je, tapi time tgk oprah tu, aku tgk sendiri macam mana kehidupan orang yang kehilangan pekerjaan. Memang teruk la. Bayangkan selama ni kita ada rumah yang cantik, tiba2 kena foreclosure. Terpaksa duduk kat taman setup khemah kat situ. Nak mandi pun susah, nak makan pun susah. Nak survive satu hari pun aku takleh nak bayang, ni kan plak diorang dah menjalani hidup macam tu berbulan2 sejak hilang kerja. Such a scary scenario!
Alhamdulillah kat malaysia masih tak sampai tahap macam tu.Kita pun sebenarnya berada dalam era kegawatan ekonomi. Tapi macam tak terasa kan? Kalau kita tgk sekeliling, everytime ada sales, berdoyon2 orang datang shopping. Nak dapatkan parking pun susah! tak caya try pergi midvalley time ada jusco sale atau maybank treatpoint sale. konpem jenuh la korang sangkut dalam jem nak masuk tempat parking. Padahal kita tengah gawat tu!Sekarang ni walaupun tengah gawat, mana ada kita nampak orang pacak khemah kat tasik titiwangsa dok situ berbulan2. Nak dapat sehari pun susah sbb sure dah kena hambat dengan dbkl.
Kenapa kat US jadi macam tu? Sebenarnya masalah tu jadi disebabkan oleh sikap mereka sendiri. Cara mereka menjalani kehidupan sangat berbeza dengan kita. Gaya hidup diorang adalah dengan berhutang. Everything is on credit. Bayar apa2 pun dengan credit. Lepas tu hanya langsaikan sedikit sahaja dari nilai hutang sebenar. Malah mereka digalakkan untuk mengambil loan yang banyak. Lepas tu spend spend spend.So bila kena buang kerja, mereka tade duit atau simpanan untuk cover kehidupan diorang. Nak bayar installment rumah pun tak dapat, tu yang kena merempat tu.
Actually kita boleh mengambil pengajaran dari kesusahan orang lain. Bila dapat gaji tu, terus amik sebahagian untuk disimpan di tempat yang selamat macam ASB etc. Then baki duit tu baru la digunakan untuk belanja2 lain. Jangan hanya menyimpan bila ada baki selepas belanja lain diselesaikan. Memang takkan jadi punya. Lepas tu duit yang disimpan tu jangan la plak diusik. Kita kena target untuk ada simpanan sekurang2nya mesti cukup untuk menampung perbelanjaan kita selama 6 bulan incase something bad happen.
So pada sapa2 yang ada hutang kad kredit yang tak habis2 bayar, pastu ada plak personal loan ikat berpuluh tahun utk beli benda yang tak mendatangkan hasil, berhati2 la. Kegawatan ekomoni personal korang is just around the corner...
No comments:
Post a Comment