Monday, August 3, 2009

Kenapa ada yang gagal dengan pelaburan hartanah?

Pelaburan hartanah, seperti mana pelaburan2 lain, boleh mendatangkan hasil yang lumayan kepada kita dengan syarat kalau kena gayanya. Dengan begitu banyak sukses story dikeliling kita, ramai yang berpusu2 untuk turut serta dalam pelaburan hartanah ni. Malangnya, dalam ramai2 tu, hanya segelintir sahaja yang betul2 berjaya manakala selebihnya hanya sekadar break even dan ramai juga yang kerugian duit.

Antara sebab2 kenapa ramai antara kita yang tak berjaya nak buat duit dengan hartanah :

1) Beli hartanah yang tak produktif

Faktor ini adalah antara sebab ramai yang kecundang dalam pelaburan hartanah. Beli hartanah yang ntah kat ceruk mana, beli mengikut nasihat jurujual kat expo hartanah, beli sebab sedara mara pun beli kat tempat yang sama etc.

"Tempat ni hot encik! nanti dalam PERANCANGAN, akan dibuat satu universiti. Banyak demand untuk sewa. Kalau encik tak beli SEKARANG, orang lain yang akan sambar. Tak mahal pun nak booking, rm500 je. Pakai credit card pun bole."

tu kira standard sale pitch la oleh salesman2. Keyword dalam ayat tu adalah PERANCANGAN dan SEKARANG. Perancangan sapa? sapa nak jamin perancangan tu akan dilakukan? Kalau perancangan tak jadi, developer boleh bertanggungjawab tak? Then keyword seterusnya adalah SEKARANG. Kita akan terjebak untuk membeli sebab salesman tu berjaya membuakkan perasaan KIASU pembeli.Kena plak lagi malang, lepas 5 tahun, tapak universiti pun tak muncul2. Bersemak la rumah tu. Bulan2 bayar installment buta2. Nak jual pun tade sapa yang nak.

Antara area yang jadi macam tu (yang aku perasan la) ialah bukit beruntung/rawang (kononnya dulu proton nak buat kilang) ngan area puncak alam ( UITM nak naik. Memang la naik tapi lambat dari yang dijangkakan). Sapa yang jadi first buyer memang pening kepala la sekarang.

2) Terlebih komitmen

Ha yang ni pun satu penyakit jugak. Orang beli, die pun gatal nak beli. Hartanah yang bagus pun boleh jadi rugi. Mula2 kira installment baru 1/3 dari gaji kasar. Ingatkan loan boleh lepas la. Padahal terlupa komitment loan kereta baru, loan belajar, loan kawin, hutang credit card etc. Kat sini dah memang silap sendiri la. Perancangan kewangan peribadi tak lulus, ada hati nak buat pelaburan. Bila loan tak lepas, deposit pun hangus la. Ingat senang ke nak kumpul ribu2 duit deposit tu. Boleh terduduk ooo..

3) Beli secara spekulasi

Yang ni susah jugak nak komen. Sebab ramai jugak yang jadi kaya raya dengan cara ni. Contoh macam TTDI area one utama. Masa hari pelancaran, ramai pembeli beratur panjang untuk book unit2 tu. Siap berkhemah pun ada. Untung besar plak tu. Cara diorang, book 3-4 unit, pastu bayar progressive payment, bila dah siap, jual 40% lebih dari harga beli. Ada yang jadi jutawan dengan cara ni.

Akan tetapi, tak semua yang berjaya, ramai yang gagal. Beli rumah dengan harapan nak jual dengan harga lebih tinggi, tapi tup2 rumah tade demand sebab lokasi tak best. Lagi malang, rumah tak disiapkan oleh pemaju. Jadi projek tinggal. Bayar je la installment bulan2 buta2.

So kes ni kira high risk, high return la. Sendiri mau tanggung..

Sebenarnya, apa yang penting dalam segala jenis bentuk pelaburan, adalah ilmu. Tanpa ilmu, benda yang paling senang nak buat duit pun kita akan rugi jugak. Tu pasal sebelum kita mula dengan apa2 jenis pelaburan pun, tepuk dada dulu tanya cukup tak ilmu yang ada.Kalau rasa tak cukup, stop kejap, cari guru2 yang arif atau pergi ke kedai2 buku dan baca buku2 yang berkaitan. Lepas dah yakin skit, mula kecil2 dulu. Bila dah berjaya dengan hartanah yang kecil, then upgrade pula ke hartanah yang besar sedikit.

Biar lambat asal selamat..


No comments: