Pagi tadi aku participate untuk lelongan awam Ng Chan Mau. Kol 930am aku dah tercongok kat tempat lelongan. Excited plak untuk lelongan kali ni. Ye la baru je nak aktif skit2 selepas berehat sebelum ni.
Unit yang aku nak masuk ni merupakan satu condo di setapak. Dari last week aku dah survey. Not bad jugak condition die (tgk dari luar je la). Tunggakan maintenance pun tade la tinggi sangat. Sewa pon quite ok. RP pun baru rm105300. So lepas pikir2 selama seminggu, aku pun decide nak masuk bid.
Sebelum aku sampai kat ng chan mau, aku dah memang lapar dah. Plan asal nak singgah mamak sarapan. Sekali teringat biasanya tempat lelongan ada sediakan breakfast, terus je direct ke situ. Memang betul ada sarapan. Alhamdulillah, rezeki2. Kalau kalau pun, tade la balik tangan kosong. Sekurang2nya perut dah isi :)
Untuk bidding kali ni, aku mintak Bri jadi sebagai ejen. Apa da bri, kol 1025am baru sampai. Kol 1030am register nak tutup. Seb baik sempat sampai untuk register. Aku tanak la masuk sendiri2. Tak syok la. Mesti la nak tolong kawan2 kan. :)
Malangnya (dah berapa kali dah ni..isk isk), unit yang aku masuk ni ada 10 bidder. Kira ramai tu. Unit yang paling ramai bidder ialah satu condo kat bandar seri permaisuri. 13 bidder ooo! Bila dapat tau ada 10 bidder untuk unit ni, habis la harapan. Punah2. Budget aku tade la tinggi sangat. Max pun baru rm115k je. Last price naik sampai rm128k. Kecewa jugak sbb unit aku ni merupakan unit yang terakhir untuk acara lelongan tu. Penat je tunggu. Bri punya client pun tade rezeki gak. Sumer kalah. Unit Mentari court pun naik almost dekat market value.
Masuk kali ni dah 9 kali kekalahan berturut2. (betul ke 9 kali? aku pun dah macam nak lost track). Nak berehat ke tanak? hmm...dilemma2..
3 comments:
bro, idaman sutera ke? igt nak masuk bid jgk aritu.. hehe kalo x buang masa je..
weh...jgn nak salahkan aku pulak...hehehe...aku sampai on time la tu...
aku ingatkan masuk unit high end xde pencabar. sama ramai jugak rupanya...market cam nak tepu je.
"Usaha Tangga Kejayaan"
Perunding Hartanah Lelong
http://tuanbri.blogspot.com/
haah. unit idaman sutera.ingatkan tade orang masuk. Sekali ramai la plak. sekarang ni mana2 area pun dah nak ikut trend area bandar seri permaisuri..
Haha bri, seb baik on time. Time tu aku dah que nak register sendiri dah. Seb baik nampak ko dulu.
Post a Comment