Sunday, May 31, 2015

Tips Pelaburan Hartanah untuk 2015

Anda merancang untuk  membeli hartanah pelaburan pada tahun ini? 

Jika ya, saya galakkan anda baca tips2 di bawah ni...Sumber tips adalah dari webrinar Saudara Faizul Ridzuan, CEO Far Capital Sdn Bhd dan juga merupakan pelabur hartanah tegar yang memiliki 30 buah pelaburan hartanah dalam usia yang masih muda.

Summary di bawah adalah nukilan dari saudara Ariff Shah (kredit to http://ariffshah.com/)

1) Cari hartanah berdekatan minimum dua pemangkin (booster) hartanah seperti MRT / LRT, bangunan pejabat baru, lebuhraya dan institut pengajian baru (universiti atau sekolah antarabangsa).
MRT / LRT.. rasanya semua orang tau kenapa. Kalau tempat tinggal dan ofis berdekatan stesen pengangkutan awam ni, kereta tak lagi diperlukan untuk ke tempat kerja. Dengan DBKL bercadang untuk mengurangkan bilangan tapak letak kereta di bandaraya KL, dah boleh nampak trend di mana semakin lama, kenderaan sendiri semakin tidak digalakkan digunakan di Lembah Klang.
Bangunan pejabat baru menjadi lokasi tempat kerja untuk ramai orang, sekaligus meningkatkan permintaan hartanah di kawasan tersebut. MNC yang dibuka di bangunan pejabat tersebut membawa penyewa yang mampu membayar sewa yang lebih premium.
Lebuhraya baru menambahkan akses ke kawasan tersebut. Universiti membawa banyak pelajar ke kawasan tersebut manakala sekolah antarabangsa membawa mereka yang berpendapatan tinggi untuk menetap di kawasan tersebut supaya anak mereka boleh mendapat pendidikan yang bagus.
2) Beli hartanah yang murah dalam kawasan yang mahal, kecuali perumahan kos rendah. Lebih ramai mampu untuk membeli hartnah ini (permintaan tinggi) dan sewa lebih murah berbanding hartanah mahal di kawasan tersebut. Elakkan membeli hartanah yang mempunyai harga luar biasa di sesuatu kawasan.
Cara nak cari hartanah macam ni ialah dengan mengetahui purata harga hartanah di kawasan tersebut. Bila dah tau purata harga, bolehlah beli hartanah yang lebih murah daripada purata harga.
3) Kadar sewa mestilah sama atau lebih daripada bayaran ansuran bulanan untuk loan 30 tahun. Yes, memang kita biasa ambil loan dengan tempoh maksimum 30 tahun, tapi kalau nak selamat, kira berdasarkan tempoh loan 30 tahun.
4) Harga hartanah berada dalam kategori mampu milik.
5) Cari hartanah yang mempunyai potensi sewa yang bagus dan potensi kenaikan nilai yang tinggi.
Contoh, rumah kos rendah di kawasan bagus mempunyai potensi kadar sewa yang bagus tetapi tidak pada potensi kenaikan nilai kerana hanya mereka yang berada di bawah paras pendapatan tertentu sahaja boleh membeli hartanah ini.
Manakala hartanah baru / under construction yang dipasarkan pada yang tak masuk akal mungkin mempunyai potensi untuk kenaikan harga, tetapi tidak untuk sewa.
6) Lokasi sahaja sudah tidak memadai untuk mencari hartanah yang bagus. Harga, permintaan dan jenis hartanah memainkan peranan penting dalam pelaburan hartanah.
7) Jangan hanya dengar cakap orang tentang sesuatu hartanah. Buat kajian anda sendiri terlebih dahulu sebelum membeli!
8) Sekiranya ingin melabur dalam hartanah baru / under construction, pastikan anda lihat pada track record pemaju tersebut terlebih dahulu.
9) Mengetahui apa yang perlu dibuat selepas membeli hartanah sama penting dengan mengetahui apa yang perlu di beli dan di mana.
10) Secara peribadi, Faizul berpendapat 2015 adalah tahun yang sesuai untuk membeli hartanah untuk kediaman sendiri kerana tahun ini pasaran hartanah tidaklah segila beberapa tahun sebelum ini. Tahun ini boleh dikatakan sebagai ‘buyer’s market’ kerana bilangan pembeli tidak terlalu ramai.
Jika ada masa, boleh tonton video webrinar saudara Faizul Ridzuan sendiri...memang terbaik !

Kalau nak usha unit rumah lelong yang best, boleh usha di sini...

Monday, April 6, 2015

Free Sharing (Hartanah Lelong)

Pada sabtu lepas ( 4 April 2015), satu sessi free sharing telah saya adakan di puchong bersama2 dengan rakan dari team NPR Realty Sdn Bhd ( Tuan Hamizi Hamdan).

Alhamdulillah, sessi tersebut boleh dikatakan agak berjaya dengan jumlah kehadiran yang memberangsangkan. Lebih dari apa yang saya jangka kan. Nasib baik tempat dan jumlah kerusi dapat menampung kehadiran rakan2 yang nak mendengar celoteh saya. Kalau tak cukup kerusi, kena bersila la jawabnya...

Free sharing ni diadakan dengan hasrat untuk berkongsi sedikit ilmu yang saya ada ni berkenaan dengan hartanah lelong. Ramai yang bertanya pada saya pasal panduan nak beli hartanah lelong ni. Tidak kurang juga yang ajak saya untuk mengeteh agar dapat belajar pasal pembelian hartanah lelong. Namun untuk saya menerima pelawaan secara individu, pasti agak sukar sebab masa saya juga terhad. So lebih baik saya buat satu sessi sharing beramai2. Lebih effisien dari segi masa dan effort.

Sessi ini juga ada bonus slot. Tuan Hamizi berkongsi juga cara2 untuk menbeli hartanah subsale dengan menggunakan agent berdaftar. Banyak tips yang dikongsikan. Cara2 untuk mengelak ditipu, mengenalpasti agent hartanah yang sah, dokumentasi2 yang terlibat etc. Tak pasal2 dapat bonus info kan hehe....

Secara kasar, saya kongsikan panduan asas pembelian hartanah lelong. Benda2 basic namun amat berguna untuk rakan2 yang baru nak berjinak dengan pembelian hartanah lelong.

Antara perkara yang saya kongsikan :

- Apa itu hartanah lelong
- Kenapa nak beli hartanah lelong
- Contoh2 kes pembelian hartanah lelong yang menguntungkan
- Step2 yang perlu dibuat sebelum beli hartanah lelong.
- Jangan beli hartanah lelong KALAU....

Kalau boleh, banyak lagi info yang saya nak kongsikan namun masa yang ada agak limited. Lidah saya pun macam dah nak naik kebas sebab dok bercakap banyak sangat hehe.

Insya Allah, kalau ada rezeki, saya akan buat lagi sessi free sharing yang lain untuk rakan2 yang tak dapat hadir.

Pada yang hadir, saya mohon maaf jika ada kekurangan dan silap kata masa free sharing tersebut. Maybe ada info yang tidak releven dan obselete. Ilmu saya pun tade la hebat mana. Nak dikatakan pakar memang jauh sekali. 

Tidak lupa juga kepada Team NPR Realty sebab sudi sediakan tempat yang selesa untuk free sharing tersebut. Kalau u all ada plan nak jual atau beli hartanah subsale, boleh contact mereka. Team NPR memang reliable. Saya sendiri kagum dengan kadar progress mereka. 














Tuesday, March 10, 2015

Tiles Kababoom!

Kebaboom!! 

Ada benda meletup daaa....

Antara benda yang ditakuti kalau beli rumah lelong, dalam rumah rosak teruk. Kalau apartment/condo, biasanya rosak teruk tu melibatkan tiles atau paip bocor. Memang pening kepala dibuatnya...

Rumah saya yang dibeli baru2 ni, mengalami kerosakan tiles yang kronik. Melibatkan hampir keseluruhan rumah. Owner asal pun dah redha je. Tak repair pun. Just lapik dengan karpet dan tikar. Mana2 yang belum meletup, ditampal dengan tape. 

Rumah pun dah beli, kena la redha kan. Kena la keluarkan duit untuk repair sebab ni rumah kita juga. Kalau tak repair, nak duduk tak boleh, nak sewa atau jual pun tak boleh. Adat la beli rumah lelong. Ada hari nasib kita baik dapat ruman cun melecun. Ada hari tak baik, macam ni la hasilnya. Yang penting, walau pun terpaksa keluarkan kos untuk repair, pembelian tu masih lagi menguntungkan. Tu pasal sangat kritikal beli rumah lelong di bawah harga pasaran ya rakan2....

Sekarang ni masih lagi dalam proses repair...jum layan gambar...












Friday, March 6, 2015

Success Case : Mid Cost Apartment di Puchong

Salam sejahtera, 

Alhamdulillah, saya ingin berkongsi satu lagi success case untuk Client VIP Eezone Properties. 

Beliau merupakan seorang pilot muda yang sungguh berwawasan. Muda2 lagi dah ada kesedaran untuk membuat pelaburan hartanah. Rasanya saya dulu time umur beliau sekarang, masih lagi mengelamun fikir nak beli kereta apa hehe...

Namun atas kekangan masa dan asyik travel merata dunia, sukar bagi beliau untuk hands on dalam pelaburan hartanah lelong ni. Dalam hal ini, saya gembira dapat membantu...

Pembelian ini dibuat pada akhir tahun 2014.  Sebuah area yang sedang pesat membangun. Ada McD, stesen minyak, hotel bertaraf antarabangsa yang sedang dibina, malah laluan LRT juga sudah kelihatan. Kawasan komersial pun banyak. Senang cerita, part demand tu sepatutnya tidak menjadi masalah. 

Namun, bukan mudah untuk saya membantu client saya mendapatkan unit ini. Jika dikira, lebih dari 15 kali saya buat pemilihan listing, site survey, pergi bidding, kalah/ call off, dan ulang lagi.Tempoh masa yang diambil juga tidak kurang dari 3 bulan. Memang kena banyak sabar. Sepanjang tempoh ini, saya turut bertindak sebagai penasihat pelaburan kepada beliau. Kami berbincang tentang unit yang ingin dibida, strategi yang perlu digunakan, kawasan mana yang nak di tumpu etc. Saya sendiri pun dah tidak ingat area mana lagi yang pernah kami cuba. Nampak sahaja unit below market yang ok, terus kami redah. 

Nak melabur dalam hartanah lelong memang memerlukan kita untuk komited dari segi masa, duit dan usaha. Kalah memang perkara biasa. Menang tu sekali sekala. Tapi once menang, memang berbaloi2 dengan usaha yang dicurahkan sebelum tu. Tersenyum2 je sampai telinga hehe...


Mohd Izwan Abdul Latiff
Penasihat Hartanah Lelong

Eezone Properties
admin@eezoneproperties.com
019-2488883











Beberapa gambar sebelum....








Gambar selepas repair dan touch up...











Wednesday, February 18, 2015

Beli Kat Mana? ... Nak Beli Kat Mana?!

Kali ni saya nak kasi beberapa tips mudah untuk pelabur2 hartanah lelong yang tercari2 rumah mana yang best nak beli.

Tak susah mana sebenarnya....Nak cari listing? Boleh sahaja layari blog di bawah


atau banyak lagi website2 lain yang provide listing rumah lelong

Lepas dah dapat listing, cuba browse listing tersebut. Belajar untuk tengok alamat, jenis rumah, harga reserve dan saiz rumah. Orang kata amik feeeeel dulu hehe. Setiap orang ada preferred area masing2 so nak kata satu area tu lagi bagus dari yang lain pun tak boleh juga. 

Oh ya! Lembah Klang ni besar. So tak perlu berebut2 pada satu area je. Cuba explore area baru. Buat kajian. Sebab kalau berebut2 pada satu kawasan, harga jadi mahal, semua orang rugi.

Ok kata kan lah kita dah identify beberapa unit hartanah lelong yang kita rasa macam ok. Then cuba kaji pula berapa harga pasarannya. Satu cara yang official adalah dengan semak dengan pihak valuer. Cuma cara ni agak leceh sebab valuer pun tanak layan orang yang call suka2 hati tanpa ada real case. 

So cara lain yang mudah adalah dengan buat perbandingan harga di internet. Guna portal2 jualan hartanah seperti mudah.mywww.propwall.com dan iproperty.com. Bandingkan harga yang orang nak jual untuk hartanah yang lebih kurang sama jenis dan saiz. 


Once dah dapat harga average, bandingkan harga average tersebut dengan harga reserve. Banyak beza tak? lagi banyak beza, lagi bagus! (kalau dapat beza dalam sekitar 20%-30% below average price pun dah cukup ok). 

Gunakan teknik yang sama untuk compare kadar sewa juga (kalau plan nak buat rental investment). Amik figure average. Bandingkan dengan harga reserve. Berbaloi atau tidak. 

Kalau rasa berbaloi, then shortlistkan hartanah tersebut untuk peringkat seterusnya iaitu buat site visit. Site visit ni nanti saya celoteh lain pula (tengok mood hahaha)....

Disclaimer : Cara di atas bukan lah satu cara yang accurate. Gunakan sebagai panduan sahaja. Sekurang2nya kita tade la blur taktau nak beli area mana. Last2 jadi ikut-ikutan. Bila dengar citer someone buat duit kat satu area, semua orang pulun beli kat situ sampai harga pun jadi tak logik akal. Elok buat kajian sendiri dan kita lagi puas hati. Kita tahu apa yang kita buat dan jadi lebih konfiden.

Wednesday, January 14, 2015

Success Auction Cases 2014

Hoho...dah 4 bulan blog ni bersawang...

Dalam tengah2 blur tade idea nak update apa kat blog ni, tiba2 teringat some success cases rumah lelong yang dibida pada tahun lepas...( saya bantu carikan deal2 untuk client2 saya)...

Di harap perkongsian ni boleh memberi semangat pada rakan2 lain untuk turut sama melabur dalam hartanah lelong...


Case 1 :






Purchase Price : RM 162k 
Sold Price : RM 256k
Untung Kasar : RM 94k
Lokasi : Sungai Buloh (townhouse)
Model : Buy n Flip
Status : transaksi sudah complete. Duit untung pun dah dapat.Return?  Hampir 70% setahun..Kalau tak disebabkan kenaikan RPGT, silap2 lebih 100% hehe...


Case 2 :






Purchase Price : RM 250k
Sold Price : RM 380k
Lokasi : Kota Damansara (condominium)
Model : Buy , Rent and Flip
Status : Transaksi dah nak hampir siap. Tinggal tunggu duit je. Return pun lebih kurang macam kat atas. Client memang happy sebab sepanjang pemilikan rumah ni, rasanya kurang dari 3 kali kot beliau datang melawat rumah. Tau2 sudah untung hahaha....ni boleh kira goyang kaki dapat duit gak ni...




Case 3 :







Purchase Price : RM 420k
Market Price : RM 550k
Lokasi : Cyberjaya (penthouse condominium)
Model : Buy and hold for Rental sampai lebam
Rental : RM 4000 per month (positive cashflow dalam sekitar rm2000 sebulan)...masyuukkkkk
Status : Dah selesai handover unit pada client. Base on feedback beliau, selagi masih ada student nak menyewa, selagi tu dia akan hold unit tu. Mana nak dapat pasif income rm2k sebulan kan hehe...


Case 4 :







Purchase Price : RM 400k
Market Price : RM 550k
Lokasi : Sunway (condominium)
Model : Buy and hold for Rental ( beli untuk anak)
Rental : RM 2500 per month (positive cashflow dalam sekitar rm500 sebulan)
Status : Dah selesai handover unit pada client. 





Actually ada lagi beberapa kes terkini yang boleh tahan jugak potensi hasilnya....tapi masih lagi belum full complete so saya tak kongsikan dulu di sini.

Secara overall, majoriti client2 saya di atas terlibat secara minima dalam proses pembelian rumah lelong tu. Most of the work saya yang buatkan. Bermula dari scout deal, buat survey dan homework, pergi bidding, arrangekan lawyer dan banker sampai la carikan kontraktor untuk repair rumah. Yang case 1 tu lagi best, langsung tak pernah tengok rumah start dari beli sampai la terjual. Tau2 lawyer panggil untuk collect profit hehe...

Tak susah mana pun nak melabur dalam hartanah lelong ni. Yang penting kena bersedia dari segi ilmu dan juga modal awal. Sekurang2nya perlu ada cash dalam sekitar 15% - 20% dari budget rumah yang hendak dibeli. Tiada istilah 'zero money down' ya...

Anda berminat nak invest dalam rumah lelong tapi sibuk dengan kerja? selalu outstation? tade masa nak terlibat secara langsung? Taktau cemana nak start?  boleh la email saya di admin@eezoneproperties atau whats app saya di 013-3413005. Kita borak2. Mungkin ada cara saya boleh bantu anda.





Saturday, October 25, 2014

Harley Davidson Yo!

Broomm! Broomm! 

Pada tanggal 15 October 2014, bermula lah sejarah baru dalam bidang perkhidmatan Eezone Resources. 

Saya menguatkan semangat untuk xplore cabang bisnes baru iaitu bidang penyewaan motor berkuasa tinggi. Secara lebih spesifik, saya buat sewa motor harley davidson. 

Asyik layan rumah lelong je, otak pun boleh tepu gak....hahaha...

Best sangat ke sewa motor harley ni? 

Kalau anda memang meminati motor harley dan ada niat nak cuba ride tapi....

- belum cukup modal nak angkat sebijik
- Modal dah ada tapi belum pasti nak pilih model yang mana ( showroom kasi bawak dekat2 je...takleh nak ride jauh2)
- Malas nak fikir pasal maintenace
- Bawak motor pun jarang2...gi keje naik kete tapi sekali sekala teringin nak ride dengan kengkawan
- Cashflow masih belum kuat nak fikir pasal bayaran bulanan

Kalau anda ada kerisauan tentang perkara2 di atas, maybe pilihan untuk menyewa adalah yang terbaik untuk anda...

Buat masa ini, saya bekerjasama dengan geng2 KLEZBIKE dalam bidang penyewaan motor harley davidson ni...

Setakat ni, kami ada beberapa model untuk disewakan di antaranya : 

- Sporster Iron 883
- XR 1200x
- Street Glide
- Super Glide
- Fat Bob

Boleh cuba mana2 yang berkenan di hati... 

Untuk details lebih lanjut, boleh layari web kami 


Atau hubungi saya terus di talian 019-2488883 (sms/call)

Jum Ride!!!

Sporster Iron 883 (Black Denim)



Vest HOG ni kalau nak pinjam pun boleh...








Thursday, October 16, 2014

Flat berharga rm200k?! Kegilaan apakah ini?

Saya perasan satu topik yang menarik semasa browsing facebook saya...
Ada seller yang diwakili agen ingin menjual sebuah unit flat di putrajaya pada harga rm200k ke atas...
Berdasarkan rekod jualan lepas, transaksi jual beli sudah menghampiri harga tersebut ( maybe dah match pun)...
Wajarkah flat kos rendah dijual pada harga rm200k hanya disebabkan ada permintaan pada harga tersebut?
Boleh kah buat begitu? Adakah para owner flat2 tersebut hanya terlalu memikirkan keuntungan semata tanpa memikirkan kesan pada jangka masa panjang di mana generasi seterusnya akan terus gigit jari sebab tak mampu nak beli rumah? Atau kita harus berbalik kepada hukum pasaran "willing seller willing buyer"

Kalau anda seorang pembeli, apa yang akan anda buat?
Dan kalau anda merupakan salah seorang owner flat tersebut, apa yang anda akan buat?


Monday, October 13, 2014

Cukupkah duit nak beli rumah lelong?

Kebelakangan ni, saya selalu ditanya soalan berkenaan dengan modal nak beli rumah lelong.

"Berapa capital yang diperlukan ya?"

"Saya ada la duit sikit, tapi cukup untuk deposit je kot. Ok tak?"

" Boleh saya gunakan duit epf sebagai deposit?"

Sebenarnya pembelian rumah lelong ni agak memerlukan modal yang besar. Tade la nak kata besar sangat tapi at least some cash tu kena ada. Tak boleh nak buat style zero down payment.

Kalau belum benar-benar bersedia, memang seeloknya jangan beli rumah lelong lagi. Cuba tengok pilihan-pilihan lain yang ada seperti projek baru dan juga subsale (pembelian direct dengan owner rumah). Ada cara yang boleh dibuat untuk mengurangkan modal awal.

Berbalik kepada rumah lelong, saya suka menggunakan konsep 20%. ( Kalau pembelian dibuat menggunakan loan dengan 90% margin)

At least kena ada 20% cash dari nilai rumah yang hendak dibeli.

Sebagai contoh, kalau nak beli rumah bernilai rm100k, kena ada cash sebanyak dalam sekitar rm20k (20% dari rm100k). Kalau ada lebih, lagi bagus. Sebab ada ketenangan. Kalau berlaku belanja-belanja yang tidak disangka, kita bersedia untuk menghadapinya.

Dari segi pecahan :

10% --> digunakan sebagai deposit rumah ( dalam bentuk bank draft)
5% --> perbelanjaan legal ( tukar nama dan loan documentation)
5% --> perbelanjaan lain seperti baik pulih, bayaran tunggakan, fee agent etc

Total : 20%

Selagi tak cukup 20% tu, seeloknya kumpul duit dahulu. Jangan terburu-buru nak beli rumah lelong. Dikhuatiri kalau tersilap, jenuh nak bangun balik.


Friday, April 4, 2014

Celoteh pasal harga pasaran aka market value

Dalam dunia pelaburan hartanah, salah satu indicator penting yang digunapakai oleh para pelabur adalah market value atau harga pasaran. Lepas ni saya guna short form MV je la ek untuk represent market value. 

Dari segi definasi, MV ni merupakan satu tanda aras harga yang digunapakai untuk menentukan kadar patut harga satu2 hartanah di sebuah kawasan. Biasanya kalau harga jual melebihi MV, unit tu dikatakan mahal dan juga sebaliknya.

So sapa tetapkan MV ni? Selalunya ada satu pihak dipanggil penilai atau valuer yang akan buat kajian untuk menentukan kadar MV satu2 kawasan. Pihak bank pula akan menggunakan MV yang ditetapkan penilai ini dalam proses pemberian loan pula. Ada juga yang menggunakan benchmark harga2 jualan di pasaran sebagai petanda aras ( teknik ni boleh dikatakan kurang accurate sebab tidak berdasarkan kajian yang proper. Just main agak2 je)

Cuma saya perasan dalam dunia pelaburan hartanah lelong sekarang, sesiapa yang terlalu taksub dengan nilai MV yang ditetapkan oleh pihak valuer akan menjadi orang yang ketinggalan. Kenapa saya cakap begitu? 

Saya ambil satu contoh. Kes rumah client saya yang dimenangi di sungai buloh pada satu sessi lelongan tahun lepas. 

Masa saya buat research, kadar harga jualan di internet adalah dalam sekitar rm250-260k. Harga reserve pula hanya dalam sekitar rm160k. Besar margin tu kan? kira best la kalau beli. 

Masalah timbul bila saya buat pertanyaan dengan pihak valuer. Ada satu valuer ni cuma kasi MV sekitar rm170k sahaja. Ish biar betul. Awat jauh benar. Kalau saya ikutkan rate valuer ni konpem saya tak jadi masuk bid rumah tu sebab kita beli rumah lelong, mesti mau below mv kan. Takkan nak beli pada harga pasaran. Tak logik la...

Namun guts saya mengatakan kadar mv yang diberikan oleh valuer tersebut terlalu rendah dan tidak mengikut kadar pergerakan harga semasa. Lepas tu pula, beberapa valuer boleh memberikan mv yang berbeza untuk unit yang sama. Dah tu nak ikut mv sapa pulak tu? kita sebagai pelabur boleh pening dibuatnya. 

So saya ikut guts feeling saya dan teruskan juga membida rumah tersebut. Alhamdulillah dapat reserve price. 

Malah valuer yang datang untuk value rumah tu bagi pihak loan saya tu siap kasi valuation ikut harga reserve yang saya beli. Alasannya hanya sebab dalam rekod dia, tade reference untuk rumah area tu. Apa kehalnya? just becoz dia tade rekod, dia kasi valuation konservative sebab nak selamat. Hampeh tul...

Yang menjadi lawaknya, tidak sampai sebulan, dah ada orang berminat nak beli pada harga rm250k. Pada awalnya memang mencabar juga nak securekan loan sebab valuation tak sampai tapi akhirnya ada juga valuer yang boleh match harga jualan tu.

Sekarang proses semua dah berjalan lancar. 

So pesanan saya, jangan terlalu percaya sangat cakap2 valuer di luar sana. Kadang2 diorang sendiri buat valuation pun tak berapa tepat.  Just bayangkan kalau saya ikut cakap valuer yang konservatif tu, sure saya tak bid rumah ni kan. Sedangkan valuation valuer tu pun dibuat bukan berdasarkan kajian yang betul, tapi semata2 kerana dia tade rekod, so ikut reference harga beberapa tahun lepas. 

Tapi jangan pula lepas ni beli rumah lelong ikut harga suka hati je...research tetap kena buat. Cuma be careful dengan informasi yang kita perolehi. Dalami betul2 dan kaji sama ada info yang kita terima tu reliable atau tidak. Sekali tersilap langkah, memang menonggeng la jawabnya...