Wednesday, February 18, 2015

Beli Kat Mana? ... Nak Beli Kat Mana?!

Kali ni saya nak kasi beberapa tips mudah untuk pelabur2 hartanah lelong yang tercari2 rumah mana yang best nak beli.

Tak susah mana sebenarnya....Nak cari listing? Boleh sahaja layari blog di bawah


atau banyak lagi website2 lain yang provide listing rumah lelong

Lepas dah dapat listing, cuba browse listing tersebut. Belajar untuk tengok alamat, jenis rumah, harga reserve dan saiz rumah. Orang kata amik feeeeel dulu hehe. Setiap orang ada preferred area masing2 so nak kata satu area tu lagi bagus dari yang lain pun tak boleh juga. 

Oh ya! Lembah Klang ni besar. So tak perlu berebut2 pada satu area je. Cuba explore area baru. Buat kajian. Sebab kalau berebut2 pada satu kawasan, harga jadi mahal, semua orang rugi.

Ok kata kan lah kita dah identify beberapa unit hartanah lelong yang kita rasa macam ok. Then cuba kaji pula berapa harga pasarannya. Satu cara yang official adalah dengan semak dengan pihak valuer. Cuma cara ni agak leceh sebab valuer pun tanak layan orang yang call suka2 hati tanpa ada real case. 

So cara lain yang mudah adalah dengan buat perbandingan harga di internet. Guna portal2 jualan hartanah seperti mudah.mywww.propwall.com dan iproperty.com. Bandingkan harga yang orang nak jual untuk hartanah yang lebih kurang sama jenis dan saiz. 


Once dah dapat harga average, bandingkan harga average tersebut dengan harga reserve. Banyak beza tak? lagi banyak beza, lagi bagus! (kalau dapat beza dalam sekitar 20%-30% below average price pun dah cukup ok). 

Gunakan teknik yang sama untuk compare kadar sewa juga (kalau plan nak buat rental investment). Amik figure average. Bandingkan dengan harga reserve. Berbaloi atau tidak. 

Kalau rasa berbaloi, then shortlistkan hartanah tersebut untuk peringkat seterusnya iaitu buat site visit. Site visit ni nanti saya celoteh lain pula (tengok mood hahaha)....

Disclaimer : Cara di atas bukan lah satu cara yang accurate. Gunakan sebagai panduan sahaja. Sekurang2nya kita tade la blur taktau nak beli area mana. Last2 jadi ikut-ikutan. Bila dengar citer someone buat duit kat satu area, semua orang pulun beli kat situ sampai harga pun jadi tak logik akal. Elok buat kajian sendiri dan kita lagi puas hati. Kita tahu apa yang kita buat dan jadi lebih konfiden.

No comments: