Rupanya2 berdasarkan statistik dari jab insolvensi, pinjaman kenderaan yang menyebabkan ramai orang kena declare bankrupt dan diikuti oleh pinjaman perumahan.
Cuma ramai yang tak perasan sebab merasakan kedua2 perkara tersebut merupakan keperluan asas dan perlu ada untuk kesinambungan hidup.
Rumah dan kereta ni memang dua perkara terbesar yang akan dibelanjakan oleh seseorang individu. ( kita abaikan dulu belanja kawin sbb belanja kawin ni pun satu beban besar gak tapi dah dikupas sebelum ni. Boleh refer kat sini). Nak tanak, memang kena ada.
Masalahnya kat Malaysia ni, harga kereta agak mengarut. Terlalu tinggi jika dibandingkan dengan kadar pendapatan purata rakyat. So majoriti terpaksa amik loan untuk membiayai pembelian2 tersebut. Kalau buat jangka pendek tape juga, ini makan masa bertahun2.
So kita berbalik la pada konsep asas. Beli ikut kemampuan. Definasi kemampuan ni pun agak berbeza antara setiap orang. Ada orang kata kalau takleh beli kete cash, tu namanya tak mampu. Agak extreme jugak pendapat tu. Pada aku, kalau boleh ikat loan sependek yang mungkin, pastu installment cuma dalam sekitar 10-15% dari income sebulan, rasanya masih selesa la. Tade la boleh tergolek2 sampai nak kena declare bankrupt sbb tak dapat nak bayar installment.
Tapi kalau beli kereta hanya sbb nak ikut nafsu, nak bergaya tak bertempat padahal tak mampu, tu mmg carik nahas la. Apa ke jadahnya installment sampai 40% dari income. Tu tak termasuk kos2 lain macam roadtax, minyak petrol etc. Silap2 60% income habis kat kenderaan je. Tu yang bila ada emergency, takleh nak bayar installment. Kereta kena tarik, pastu kena declare muflis. Belum kira lagi installment rumah etc. ish3...
Kalau nafsu tu besar, nak kereta hebat, nak rumah besar, tade masalah. Increase kan income supaya sejajar dengan nafsu. Bila income lebat, nak angkat ferrari pun tade hal. Yang penting budget kereta tu tak membebankan. Kalau dah sampai level macam tu, by all means beli je la kete apa yang korang idamkan. Jangan sekat2 plak nanti tak happy juga. Kalau income dah rm10 juta setahun, apa la salahnya beli kereta rm1 juta.
Tapi kalau income cuma sekadar level exec, pastu pakai kete bayar bulan2 rm1300, tak campur lagi kos2 lain, aku wish good luck la. Sediakan nombor AKPK awal2 simpan dalam handphone.Mana la tau kot2 tiba2 terdesak, ada la jugak nombor yang boleh dihubungi...
5 comments:
Tapi kalau pakai keter murah still sengkek gak cemana saudara izwan?
Damn it... tak jadik la nak angkat Forte ... Punk sux
kereta jadi keperluan di KL sebab pengankutan awam tak boleh diharap. nak tanak kena ada kereta untuk pergi ke tempat kerja. harga kereta mahal sebab utamanya nak lindung Proton. kalau tak kerana cukai 200%, harga kereta import tak la semahal mana. kalau City harga RM40k, ada ke orang nak beli Persona?
rumet : sila hadir ke seminar pelabur underground . www.pelaburunderground.com
cheeps : beli je la...kalau rasa mampu...lawa oo itu kereta haha...
narfey : beli kereta tak salah, cuma beli ikut kemampuan...just put too much constraint on monthly budget...kalau teringin nak pakai kete best, increase income...kerajaan kita punya polisi dah macam tu...kalau nak kete murah, migrate ke europe..rasanya kete kat sana murah lagi compare dengan malaysia...
fokus pada apa yang boleh kita kawal...jangan runsingkan kepala pada benda2 yang diluar kawalan kita...
Saya lagi teruk, kena aniaya semata2 nak tolong kawan beli kereta pakai nama saya. Sekarang dia LANGSUNG tak ambil peduli. Kereta tu saya dah ambik balik tapi DUA kebetulan bisnes saya tutup, kena tanggung hutang dan kerugian. Tak mampu nak bayar. Tawakkal aje sekarang. 'Kawan' tu siap tanya lagi kenapa saya benarkan guna nama saya dulu. Dia yg beriya-iya mintak tolong, dia boleh question pulak. Dia kelulusan SPM aje gaji brp aje saya sendiri masa tu pakai kancil tapi dia tak nak kalah. Kawan2 tolong do'akan saya selamat dari musibah ni dan Allah bantu saya. Ameen.
Post a Comment