Friday, October 7, 2011

Jaga Booth - Suria Jelutong

Minggu ni aku agak pack dengan aktiviti2 bersama chester. Antara aktiviti baru yang aku buat ialah join roadshow untuk project Suria Jelutong di Mydin USJ. Kira benda baru jugak la untuk aku sebab tak pernah buat jaga booth untuk projek baru. Selalu tengok orang lain je buat. Aku join tak lama. Dua hari (syif petang) je sebab ada banyak gak benda lain nak kena buat. Btw booth Suria Jelutong dibuat sehingga Isnin depan ( 10 october 2011). Expected time weken crowd akan lebih ramai. Sayang sungguh tak dapat nak jaga booth time weken sebab kena pergi seminar pelaburunderground.

Actually tujuan utama pilih Mydin sebagai lokasi booth adalah kerana nak attract bumi investor. Sekarang ni quota untuk non bumi dah penuh. Tinggal bumi quota je. Sambutan projek ni memang superb la. ( rasanya projek2 lain pun sama kot. Mesti non bumi quota habis dulu.). Maybe tinggal 20% je kot yang masih available. Itu pun tak tau latest update. Rasanya dah makin sikit.

Dulu rasanya aku pernah citer pasal Suria Jelutong ni tapi dulu open sales untuk Tower B. Sekarang Tower B dah 100% sold and now developer bukak sales untuk Tower A plak. Unit yang kecil mmg identical tp harga dah naik skit. ( n it comes with many freebies). Of cos sapa yang sambar Tower B awal2 dulu lagi untung la.

Antara freebies untuk projek ni (unit studio):

- 15% bumi discount ( freebies paling ganas n menarik minat ramai orang termasuk aku haha)
- Free SNP
- Freehold
- DIBS ( tak perlu bayar interest bank sampai bangunan siap)
- Free 2 airconds
- Free water heater
- Free build in wardrobe
- Free kitchen cabinet
- Free Dryer
- Free fridge
- Free Washing machine
- Free cooker hood
- Free entrance grill
- Free 1 parking
- Booking hanya rm6k

Lagi satu benda yang menarik adalah konsep bumi quota. Projek ni tade bumi lot. Cuma ada bumi quota sahaja. So bumi buyer dapat enjoy discount 15% tu dan lepas siap boleh jual pada sesiapa sahaja pada harga semasa. Just imagine, busuk2 pun kalau kita amik figure conservative, jual balik pada harga kita beli. Konpem dah untung 15% which is around rm40k plus berbanding booking asal rm6k. Kira sendiri return dia.

Of course benda macam ni ada risiko juga. Kita tak boleh nak predict macam mana pasaran hartanah dalam 3 tahun lagi. Kalau rasa berani nak amik risiko, then this is among the best project available untuk buat profit macam tu.

Flyers

Booking chart yang ada kat mydin sekarang.
Belum update lagi dengan yang ada kat Sales gallery

scale model

promoter tak bertauliah haha

6 comments:

Shahril Sidek said...

brp harga ni?

mdizone said...

starting from rm235k untuk tower B....Tower A starting from rm287k...unit studio...semi furnish...

Mr MY Power Tools said...

aku nk buat part time jaga booth boleh??

aku nk beli jugaklah...


~salam dari taraggona~

Syam said...

berapa luas rumah ni?

mdizone said...

nak beli ke mr power tool? kena cepat view available unit sbb dah tak banyak yang tinggal...

luas start dari 450sf - 1600sf

Cik Awesome said...

Salam. still got availabl unit? & the offer (discount) still there?