Thursday, October 13, 2011

Seminar Pelabur Underground

Last weken aku berjaya menghadiri sessi seminar pelabur underground di cheras anjuran Satu Solution Corporate Service. Apa benda seminar pelabur underground ni? Gerakan bawah tanah ke? terrorism? ish haha...merepek je...

Actually seminar ni adalah berkenaan dengan ilmu2 pelaburan yang hangat di pasaran ketika ini. Ada 6 topik kesemuanya dan dibentangkan oleh 6 sifu yang berbeza :

1. Pelaburan Perak - En Ikram Adi
2. Mortgage - En Meor
3. Index strategy (stock) - Pakdi
4. Internet marketing - Raja Kamil
5. Hartanah - Tuan Bri
6. Personal finance - Zaidi Ismail

Just imagine, dalam masa 2 hari sahaja, kita dapat tambah ilmu pelaburan dalam 6 bidang yang berbeza. Memang superb! Dah la fee pun berpatutan. Boleh kata murah juga sebenarnya. Hanya rm349 untuk sessi penuh selama 2 hari. Cuba cari seminar lain yang lebih kurang macam ni n caj harga yang lebih kurang sama. Kalau jumpa tolong inform aku haha. Masa 1st time seminar ni dibuat lagi crazy. Hanya rm20 je. Tension tul time tu sbb aku tak leh nak join pasal ada hal keluarga. Aku rasa kalau ada next session, konpem harga naik lagi ni. Kalau korang berminat nak tau, boleh klik link ni

Benda2 seminar ni penting kalau korang betul2 berhasrat nak berjaya dalam bidang pelaburan. Membaca juga penting tapi tidak mencukupi. Kat seminar2 macam ni, bukan setakat nak berguru sahaja. Malah kita juga dapat bergaul dengan rakan2 yang ada objektif yang sama dengan kita. Dari situ kita boleh meluaskan network dan berkongsi2 pandangan. Effect dia jauh lagi powerful berbanding dengan hanya membaca buku, blog etc.

Benda2 ilmu macam ni kita tak boleh kedekut. Nak ilmu tapi taknak bayar. Susah la macam tu. Kita kena sediakan budget untuk education dalam budget bulanan kita. Kalau kita sanggup habis beratus2 untuk hiburan, beli gadget beribu2 ringgit, berabis duit touch up kereta, bayar installment rumah etc, kenapa tidak untuk ilmu pengetahuan? There is no shortcut untuk berjaya. Di luar sana ada macam2 jenis seminar. Ada yang bagus, ada yang tak bagus. Ada yang murah ada yang mahal. Pilih la yang mana berkenan. Yang penting kita kena mula melabur kat diri kita dulu dengan menambah ilmu sebelum mula membuat pelaburan yang lain.

Selain tu, kita juga kena tahu apa nak ditanya pada orang yang arif. Kalau tanya soalan2 general macam " antara emas n perak, mana lagi bagus?" atau " antara stock, forex, hartanah, yang mana lagi best nak invest?", pening jugak la sifu nak jawab. Sebabnya adalah setiap individu punya profile adalah berbeza. Nanti kalau salah jawab, tak sesuai dengan yang bertanya tu, memang huru hara la.

Oh ya, sebelum korang bercita2 nak invest dalam mana2 instrument pelaburan, seeloknya perkemaskan personal finance korang dulu. Kalau bulan2 asyik negatif cashflow je, kasi setel tu dulu then baru la mula fikir nak buat pelaburan. Tutup dulu lobang2 duit keluar then pastikan emergency fund mencukupi. Sama macam bina bangunan juga. Kalau ada cita2 nak buat twin tower, takkan la nak bina atas foundation yang serapuh kayu reput. Nanti tunggu masa je nak roboh. Tul tak?




1 comment:

tuanbri said...

terimakasih kepada semua yang hadir