Lepas ni, aku akan tambah servis baru yang aku boleh offer pada korang sumer iaitu perkhidmatan rundingcara pinjaman perumahan aka mortgage consultant. Dah lama sebenarnya aku cari benda ni, sebab memandangkan aku terlibat dalam bidang lelongan hartanah, client2 aku banyak yang memerlukan pinjaman perumahan apabila memenangi satu2 lelongan. Tak ramai yang mampu beli rumah secara cash, dan ini bermakna pinjaman perumahan satu perkara yang kritikal.
Para pelabur pun sure tahu betapa pentingnya untuk mendapatkan kemudahan pinjaman perumahan yang sesuai dengan portfolio pelaburan kita. Kat luar sana ada berpuluh2 bank dan setiap bank offer pelbagai jenis pakej pinjaman perumahan. Dah la banyak, sentiasa berubah2 plak tu. So macam mana kita nak tau pakej mana yang paling sesuai untuk kita? Nak tanak, terpaksa la kita call satu satu bank tanyakan pakej yang diorang offer. Aku boleh agak la, lepas 2 - 3 bank yang kita call, terus kita buat keputusan amik pakej yang mana kan? Ye la, keje kita bukan nak study pasal pakej loan. Kita ni pelabur. So keje pelabur ialah cari pelaburan yang menguntungkan. Betul tak?
Pakej pinjaman pun ada macam2 jenis. Biasa la, bank sentiasa bersaing untuk mendapatkan pelanggan. Ada yang bagi interest rate yang terendah, ada yang kasi zero lock in period, ada yang kasi flexible loan calculation, ada yang bagi OD facility. Isk banyak lagi la pakej yang aku sendiri pon takleh nak cope buat masa ni. Biasa la masih baru nak belajar. Dan yang lebih penting, kita kena kenalpasti, pakej yang mana sesuai dengan kita. Tak semestinya bank yang offer interest rate yang terendah tu yang paling bagus. Kalau kita jenis yang buat flip, pasti zero lock in period menarik perhatian kita kan? Ada juga pelabur yang nak kemudahan kewangan. So golongan ini lebih sesuai amik pakej yang offer OD fasiliti.
Apa yang aku boleh offer, aku akan tanya client, apa tujuan dia nak buat pinjaman perumahan tersebut. Nak duduk sendiri ke, nak buat rental ke, nak flip ke etc etc. Lepas tu aku akan buat study skit and offer pakej loan yang paling sesuai dengan keperluan client. Kalau nak aku uruskan pasal permohonan loan pon boleh. Just sediakan dokumen2 yang diperlukan, aku akan datang collect n submit. Client just tunggu panggilan untuk sign offer letter je. Tak perlu nak naik turun bank untuk apply loan. Haa best tak? Dah jimat banyak masa kan...
Cuma aku pun nak mintak tolong la jugak. Sebelum korang berniat nak apply loan, sila lah pastikan dulu kemampuan korang nak apply. Kalau ada hutang2 macam credit card n hutang kereta yang tak berbayar berbulan2 tu, tolong la setelkan dulu. Sebab ccris korang tak cantik. Bila ccris tak cantik, susah loan nak approve. Dah buang masa dah kat situ. Lepas tu plak, kalau la kes blacklist, aku pun takleh nak tolong. Aku ni bukan Ah long. Aku cuma mau tolong.. Eh silap. Melalut plak. Lain la kalau Ahlong atau pinjaman haram, orang2 blacklist pn dia boleh kasi pinjam duit. Lepas tu kalau jadi apa2 masalah, ahlong datang nak potong tangan ke etc,sendiri tanggung la ek.Tak pun buat je la report kat biro aduan MCA kot2 diorang boleh tolong.
2 comments:
Calculate dulu gaji Izwan RM brp sejam then brp nak caj baru blea offer service.
Deal ngan org hidup ni susah kalau x explain awai2x.
ooo macam tu ek? tak terpk lagi pasal charge tu haha...over excited kot sebab ada benda baru nak share pada sumer orang...nampak gaya buat masa ni lebih kepada info sharing la jawabnye...
btw thanks for your tips..
Post a Comment