KWSP Perkenal ‘Pengeluaran Perumahan Fleksibel’ untuk Tingkat Kelayakan Pinjaman Perumahan | |
|
Saturday, July 31, 2010
Bad news? Good News? u decide..
(http://www.kwsp.gov.my/index.php?ch=p2news&pg=bm_p2news_press&ac=3315)
( Is this a good news or bad news? Terpulang pada penilaian masing2. Pada aku ini merupakan satu kemudahan yang boleh mendatangkan keuntungan dan juga boleh mendatangkan keburukan. Tengok pada tujuan apa kita nak tingkatkan nilai rumah yang dibeli.
Yang merisaukan aku, dengan adanya kemudahan ni, ramai golongan2 pekerja akan sedaya upaya membeli rumah kediaman semahal mungkin. Kononnya "Dream House" la. Gaji baru dalam lingkungan RM3k sebulan, tapi beli rumah landed double storey yang berharga RM400k. Kalau gaji tak cukup, combine plak income husband n wife. Pastu hentam loan sampai 30 tahun. Bulan2 bayar dalam RM2k plus. Selama 30 tahun la dok jadi hamba bank bayar loan. Bila dah beli rumah semahal mungkin, nak beli benda lain dah susah. Loan payah nak lepas. Dont talk bout invesment lagi dah. U r stuck for a long time bebeh...golongan macam ni nak tolong ajar buat investment pun dah susah dah. Kesian...
Cuma pada pendapat aku, tindakan kerajaan kononnya nak meningkatkan taraf hidup rakyat dengan cara ni (kononnya rakyat dapat hidup lebih baik bila ada rumah lagi besar dan mahal) tidak berapa bijak sebenarnya. Ianya seolah2 menggalakkan rakyat untuk berbelanja lebih dari apa yang mereka mampu instead of mendidik rakyat tentang bagaimana nak meningkatkan pendapatan mereka. Yang duduk flat, konpem teringin nak duduk apartment. Yang duduk apartment, konpem teringin nak dok double storey landed. Yang dok landed plak, konpem nak dok bangalow. Tapi pada keadaan semasa, pendapatan bulanan masih di tahap lama. Kan tak logik tu..
Yang akan bersorak2 gembira konpem la pihak bank. Nilai pinjaman akan meningkat seterusnya akan meningkatkan pendapatan mereka melalui kadar interest yang dikenakan.Bila bank buat duit, kerajaan pun gembira juga sebab pendapatan dari cukai ke atas bank2 ni akan bertambah. Yang makin bengkok, rakyat la jugak.
Cuma pada yang bijak melihat peluang, kemudahan ini satu berita baik sebenarnya sebab boleh buat hutang baik dengan lebih banyak. Lebih banyak hutang baik, lebih banyak asset yang boleh diperolehi. So pikir2 la..Kita nak letak diri kita di tempat yang mana...
Oh ya, salah satu punca isu subprime di US yang menyebabkan krisis ekonomi ialah bila orang yang tak layak atau tak mampu untuk buat loan diberikan kemudahan pinjaman. Adakah kita juga menghala ke aras itu, only time will tell.harap2 la jangan sampai jadi macam tu...)
Labels:
Finance
Seorang agent hartanah lelong yang bersedia memberikan perkhidmatan lelongan hartanah secara menyeluruh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment