Cemana dengan reaksi korang? marah? kecewa? tak rasa apa2? memang dah bersedia?
Aku dapat tau benda ni pun lambat sebenarnya..wife aku yang kasitau..tak sempat nak berebut2 isi minyak sebelum harga minyak naik..tapi bila fikir2 balik, macam tak berbaloi jugak nak berebut2..sajer nak syok2 je..bukan boleh isi 1000 liter pun...setakat full tank je n beza cuma 5 sen..tak banyak penjimatan pun sebenarnya kalau nak banding dengan masa nak dispend untuk berebut2 dan beratur..tu aku punya pendapat la..orang lain aku tak sure..
The last time minyak naik mendadak sampai rm2.70 seliter tu pun aku tak berebut2 nak isi minyak..macam sayang plak masa tu..dari aku dok berebut2 tu, baik aku guna masa tu untuk buat benda lain yang boleh jana pendapatan.cth: lepak dengan potential client etc. Sejak keja sendiri ni, pada aku masa tu lebih berharga dari duit.Duit kalau hilang boleh carik, masa kalau dah hilang, memang tak dapat nak dapat semula.
So sekarang ni harga barang konpem akan naik. Di sini apa yang boleh kita lakukan? menjerit2 marah? berpiket sana sini? Aku rasa toksah la buang tenaga dok marah2. Bukan ada hasil pun. selaku individu, guna je la kuasa kita time mengundi nanti. Dari dok marah2 bising2 kat kedai kopi ke, fb ke, baik channel kan tenaga kemarahan tu untuk sesuatu yang produktif dan dalam lingkungan perkara2 yang boleh kita lakukan. Tingkatkan pendapatan ke, naikkan pasif income ke, buat la apa2 pun supaya kenaikan harga tu kita boleh absorb tanpa sebarang kesukaran.
Apa2 pun, aku tetap bersimpati dengan golongan2 yang kurang upaya dan berpendapatan rendah. Mereka la yang paling tersepit bila jadi kes naik harga macam ni.Aku pun bukan pro politik sangat. Kalau diorang nak naikkan harga pun, aku jerit2 marah sampai hilang anak tekak pun bukan boleh ubah apa2. Sebagai individu, aku cuma boleh menyediakan diri je untuk menghadapi segala kemungkinan. And aku pun nak kasi advise yang sama juga pada kita semua. Tumpukan pada perkara2 yang dalam lingkungan influence kita dan bukan pada perkara2 yang diluar kawalan kita. Kalau kita betul2 nak ubah situasi, pergi join mana2 parti politik yang kita suka, fight sampai jadi orang berpengaruh, dan once dah jadi, buat la perubahan. Kalau setakat nak bising2 kat kedai kopi ke, forum ke, fb ke, baik la buat benda lain.
No comments:
Post a Comment