Tuesday, July 20, 2010

Investor Expo 17-18 July KLCC

Pada ahad lepas aku telah pergi ke Investor Expo yang telah diadakan di KLCC. Saje je pergi memandangkan hari ahad tu aku free plak. Dari aku buang masa atas katil, baik aku buat something. Lagi pun wifey nak pergi Pavilion jalan2 dengan family abang ipar aku yang turun dari Johor. So kira buat sekaligus la ni..

Basically Investor Expo ni tade la apa sangat. Terutamanya untuk aku yang favor pada property investment. Sebab banyak booth yang join expo ni adalah dari brokerage firm yang nak promote sistem pembelian saham mereka. Selain tu ada gak 1 - 2 training company yang ajar pasal stock picking, some REITs company etc. Salah tempat kot untuk aku. Lepas aku dok tawaf 3-4 kali, memang aku tak jumpa mana2 booth yang citer pasal property investment. Tape la, at least aku dapat exposure skit pasal stock trading. Cuma bila aku nak start buat stock investment, maybe tunggu aku dah stabilize in term of financial dulu. Sekarang ni fokus pada asset building thru property and bisnes service auction aku.Kalau sumer benda nak buat serentak, nanti "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran"

Cuma terdetik juga la kat hati aku. Satu benda yang aku perasan, bila ada expo2 macam ni, tak kira la pasal stock ke, pasal property ke, pasal bisnes networking ke, majoriti yang hadir adalah bukan dari bangsa melayu. Dalam 10 orang tu, ada lah 1-2 dari bangsa lain (Melayu, India etc). Dulu masa aku gi expo property pon sama jugak. Susah nak carik bangsa melayu yang datang. Ada la sekerat dua je macam tu. Yang lain2 mana? Ye la maybe masing2 pun dah ada plan. Kenduri kawin, bawak famili jalan2, melepak kat rumah etc. Itu hak masing2 la aku tak leh nak cakap apa.

Cuma bila time part konsert akademi fantasia, mentor, konsert sambut merdeka, Sure Heboh dan seangkatan2 dengannya, ramai pulak orang2 kita yang join. Majoriti plak tu. Aish, cemana tu?

Aku saje je posting benda ni supaya kita sama2 boleh renung2kan. Bila jadi kes harga barang naik, kita jugak yang bising2. Marah sana marah sini. Parti politik tu salah, parti politik ni salah. Sumer orang salah la kecuali diri sendiri. Aisey takleh la macam tu kawan. Tapi bila ada peluang2 untuk tambah ilmu pasal kewangan, yang boleh membantu diri kita untuk mengatasi masalah kesempitan kewangan dan hidup, tade pulak kita ramai2 join. Bila ada aktiviti2 yang menghabiskan duit, tu yang kita berpusu2 pergi. Kata2 dan tindakan tidak selari. Mulut cakap hidup sekarang susah, belanja tinggi, harga barang naik, tapi tindakan plak menjurus kepada aktiviti yang menambahkan lagi beban ke atas diri sendiri. Oh ya, bila datang skim cepat kaya, agak2 bangsa mana yang ramai join? Sampaikan Erma Fatima terpaksa keluarkan cerita untuk bagi kesedaran. Sapa dah tengok "Saham neraka"?

So apa yang kita boleh buat sekarang? Satu cara yang aku terpk, kita war2kan bila ada mana2 majlis ilmu kewangan pada kawan2 kita. Kita ajak g ramai2. Jangan g sorang2 plak. Mula2 kita ajak kawan2 kita, pastu kawan2 kita ajak kawan2 dia plak, pastu kawan2 kepada kawan2 kita, ajak kawan2 dia plak. Haa kan dah ramai tu hehe...So at least ada la sedikit perubahan yang berlaku. As time goes by, perubahan tu akan lebih ketara Iallah.

Aku harap la, akan tiba satu masa nanti, bangsa kita akan setanding dengan bangsa2 lain dari segi kekuatan ekonomi.Biar duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Kita bersaing secara sihat. Malah bila kita dah sampai tahap tu, lebih banyak kerjasama boleh terjalin di antara kaum. Keadaan akan lebih harmoni sebab sume orang berada di tahap yang lebih kurang sama. Masa tu, baru la visi 1 Malaysia benar2 tercapai...










6 comments:

Anonymous said...

aduuhhh termakan cili..
pedas..
makk nak air..

sourplum said...

salam bro..
aku jobless skg
nk join ko wt service auction leh?
sj nk blaja2 je

mdizone said...

wah sourplum...

apa citer? what do u mean by jobless? call me...kita boleh discuss...

Mohammad Syahman bin Abu Hasan said...

Betul lah tu.. kekadang tu, rasa kasihan jgk dgn bangsa kita sendiri..

bagus jgk cadangan, kalo ada event2 yang melibatkan hartanah, boleh diwar2 kan. blh kita jumpa dan berkongsi pengalaman skali nnti..

AF said...

Ye saya setuju dengan komen abng tu. Kita sama-sama ingatkan satu sama lain. Orang kita kena tukar pemikiran jangan asyik komplen tentang salah orang lain sampai salah diri sendiri tak nampak.

Blue Cube said...

Bro,

Aku tgk citer Saham Neraka tu. Wahaha kelakar giler la...