Thursday, May 6, 2010

Lelongan JTR 6 May 2010

Hari ni aku ada sessi lelongan kat brickfield. Under JTR Auctioneers. Unit ni aku bid untuk client aku yang juga merupakan kawan baik aku since dari zaman kerja lagi. Selepas bersungguh2 aku persuade member aku untuk masuk bid unit ni, akhirnya dia setuju juga untuk mencuba nasib.

Sebenarnya client aku ni memang kenal sangat dengan rumah yang nak di bid ni. Kondo Fajaria kat Bangsar. Memang best kondo ni. Dekat dengan LRT, Menara TM,TNB,UM ngan Midvalley. LRT tu cuma 5 minit jalan kaki dah sampai. Mana nak dapat tempat best macam ni ooo....Rental memang no problem la..anytime boleh dapat tenant. Nak jumpa rumah untuk disewa pon susah gila.

Harga reserve untuk unit ni sebenarnya dah agak tinggi. Dah hampir dengan market value yang bank guna. RM230k. Aku tanya bank, maximum yang boleh pergi pon cuma dalam RM270k - RM290k sahaja. So member aku ni pon budget tak tinggi la. Just sampai RM240k je. Tu pun dah goyang gak. Sekali masa time auction, rupanya ada 9 bidder. Last price pergi sampai RM332K! Lebih RM100k different! Gile betul. Aku memang langsung tak angkat kad bidding. Tak sempat hahaha...Berdesup harga naik..Melopong je la aku..

Aku dah tak paham la ngan market auction sekarang ni. Loan pn bank cuma kasi 90% dari market value yang diorang decide. Kalau lawan sampai lebih market value, memang banyak la nak kena top up. Aku rasa yang menang tu mmg kaya kot. Pastu nak beli untuk duduk sendiri. Kalau beli untuk rental, memang tak untung. Lantak die la. Duit die kan. Buat apa kita nak pening2.

Ok la gambar pun tak banyak aku snap. Kat auction hall tadi memang ramai betul orang. Aircond pon tak terasa sangat.

Sabtu ni ada lagi sessi lelongan aku nak participate. Rasanya sengit jugak nak lawan ni. Tape kita cuba je la. Mana la tau kot2 ada rezeki...



ni baru nampak separuh yang datang, kat berdiri kat belakang lagi ramai..


Senarai POS yang ditampal kat dinding


Sifu pun datang bid hari ni..












5 comments:

semang said...

beza 100k!!!.... woww!!!

mdizone said...

uiks semang! apa kabar ko? lama betul senyap..mentang2 dapat rumah best hehe

Wida said...

Itu rumah dia sendiri kot.. nak bayar kat bank, bank dah tak terima.. huhu.. kira nak selamatkan rumah sendiri..

Rambut Bri dah pendek dah..

quicky said...

uish...100k beza..lg tinggi dr MV..pelik2...

mdizone said...

bak kata wida, orang tu nak duduk sendiri...