Tuesday, May 25, 2010

Tidak semuanya indah...

Tadi aku baru balik dari Desa Mentari. Aku pernah citer aku ada satu unit kat situ. Unit yang penuh dengan dugaan dan cabaran. Boleh refer citer lama kat sini

Baru seminggu lepas, aku dapat tahu rumah sewa aku ni, penyewa dah lari. Dua bulan tak bayar sewa. Nak call asyik tak dapat. Tup2 dah hilang. Silap aku jugak. Lengah2. Bila sebulan sewa tak masuk, sepatutnya aku dah terus terjah n mintak penjelasan. Ni la akibatnya bila asyik tunda2. Sedar2 dah 2 bulan tak bayar sewa, pastu terus penyewa hilang. Habis 2 bulan punya rental. Walaupun ada deposit, tapi still tak berbaloi. Memang ada orang cakap, guna la duit deposit tu untuk cover rental. Sebenarnya cara ini salah, sebab kita kena ambil kira kos2 selepas tenant tu keluar macam kos cuci rumah, kos tunggakan api/air, kos repair etc etc. Benda ni boleh dijadikan pengajaran untuk kita semua.

Tadi aku pergi tengok rumah, terpaksa la jugak minta macha faris bukakan kunci. Tu sumer kos tu. Aku jugak yang nak kena bayar. Nasib baik rumah tade la teruk sangat. Cuma agak kotor sahaja. Ada beberapa benda juga nak kena repair dan dibersihkan. All in all, aku masih dikira beruntung sebab dah boleh kemaskan rumah pastu terus iklankan rumah untuk disewa. Tak perlu pening2 nak keluarkan tenant yang degil n tak bayar sewa. Anggap je ni satu cabaran dan pengajaran. Pastu aku citer kat korang pulak supaya kita sama2 dapat ambil iktibar dari kesilapan aku. Aku tanak hipokrit, asyik citer benda2 best sahaja pasal pelaburan hartanah padahal banyak juga benda2 yang tak bestnya.

Apa2 pun, kita tak boleh jadikan benda2 yang tak best ni sebagai alasan dan penghalang dari menceburi bidang pelaburan hartanah. Dalam rumah2 yang aku ada, ni je yang memeningkan kepala aku, rumah2 lain ok. So peratusan masalah tu tak tinggi sebenarnya. Sebagai contoh, dalam 10 kes, mungkin 2 je yang memeningkan.Lagi 8 tu dah bagi untung pada kita. Lagi nak berkira ke pasal masalah2 dalam pelaburan hartanah. Pada aku, kalau ada orang cakap die tanak invest dalam property pasal tanak pening kepala ngan kerenah tenant atau masalah2 lain, memang kesian la. Instead of taking action to rectify, they prefer to think about excuses and rather spend their money on things that are not productive macam modify kereta, joli sana sini etc.

Hopefully aku akan dapat setelkan masalah rumah aku ni secepat mungkin. Nak try setelkan supaya dapat disewakan by june 10. Ganbate....







13 comments:

juruukur said...

tak pee broo.. sabar sabar..

sourplum said...

byk ke tunggakan api/air?

semang said...

sabar bro....

pengalaman aku pulak... takleh percaya kat org yg cakap konfirm nak sewa tapi tunggu minggu depan baru nak bayar deposit.....

ari tu dah siap buang semua iklan tup tup... dia kansel..... huhu... kena buat balik semua...

bertabahlah bro....

pengalaman tu sesuatu yg amat berguna.... :)

sesibu said...

Salam.. saya ni baru je nak berjinak-jinak ngan property.. thank for sharing your experience... bole buat pengajaran..

engkubujal2211 said...

peh....
takbayar 2bln ye..mmg mcabar lah.

apa pun sabar boleh mbahgai kan hati.
wassalam

cikjahflowers said...

Salam ....
tunjuk gambar camne nak pecah rumah
tu ada pulak minat nak cuba-cuba pecah rumah orang..
saje je..mama nak coleteh kat sini

Anonymous said...

apa2 pun wan,ada hikmah dgn kes ko ni.mungkin lepas nie ko akan dapat tenant yg bayar on time ker..mana la tau kn


afa

abang ensem said...

baru le thrill bro.. hehehe

mdizone said...

hehe betul2 ...aku fikir positive je..at least aku tak perlu halau menghalau...harap2 tenant lepas ni jenis bertanggungjawab...aminnnn

tuanbri said...

Itu dia..MachaFaris dengan teknik "Mentadak Mentadu" nyer..

masih lagi tidak diturunkan kepada sesiapa....

thanks for sharing

mdizone said...

aku nak belajar pn tak berjaya lagi bri, well guard secret tu...tapi struggle gak la macha faris time tu..terpaksa gunakan hikmat dia peringkat ke 4 " hikmat mentadak gila menggigit solex"..baru la berjaya..

Anonymous said...

salam wan,...

nanti sms no faris yer. tq

kak fazilah

Tuah said...

aku lagi suke org citer pahit2 pasal properties..kurang sket saingan...hahahaha...

mcm member opis aku nie...hidup mati semula takkan beli rumah lelong...NENEK die cakap...rumah lelong nie tak elok..ada org jumpa org mati lah..apa lahh...hahahaha..so die haramkan anak cucu die beli rumah lelong..

dah kurang 1 saingan