Saturday, May 8, 2010

Lelongan Federal Auctioneers 8 may 2010


Pagi ni terbangun lambat plak. Seb baik sempat lagi bersiap untuk pergi ke lelongan Federal Auctioneers kat dewan lelongan Ng Chan Mau. Seronok betul duduk kat Damansara ni, kejap je dah sampai Ampang (guna Penchala Link).

Hari ni aku masuk bidding untuk client aku yang berminat dengan sebuah unit apartment di Desa Petaling. Aku sendiri pun tak biasa dengan area ni tapi bila tengok listing n buat study skit2 kat internet, memang nampak macam very2 gud deal. Cuma kalau dulu, gud deal macam ni memang boleh ada harapan dapat RP. Malangnya sekarang orang dah ramai celik. Bila kita dapat tau pasal deal2 macam ni, berpuluh orang lain pun dapat tau juga. So aku dah jangka persaingan memang akan sengit.

Jangkaan aku memang tepat. Bila sampai turn rumah ni untuk dibida, ada 17 pembida kesemuanya. Terdengar suara2 keluhan kat dalam bilik lelongan tu. Haha sapa2 yang ada niat nak menang RP pasti akan kecewa punya. Dari 17 pembida tu, yang lawan bukan ramai pun, cuma kalau tak silap aku, cuma ada 4-5 nombor kad sahaja yang angkat tangan. Yang lain2 senyap je. Sama ada mmg diorang target RP atau pun just tunggu dan lihat. Apa2 pun memang harga naik macam roket la. From RP RM68100, berdesup naik sampai RM80k. Pastu slow skit. Bila harga cecah RM95k, pergh berdesup lagi dia naik. Last2 sampai RM130k. Aku gelak je la dalam hati sebab tu dah memang market value untuk rumah tu. Gile betul la lawan sampai market value. Maybe owner yang datang lawan balik kot. Ntah la..

So pada client aku yang bid untuk rumah ni, sabar je la ek. Tade rezeki untuk kali ni. Iallah ada lagi rumah2 best kat luar tu. Yang penting jangan putus asa untuk terus pergi membida. Kalau dah memang rezeki kita, memang tak ke mana punya.

Walaupun kalah hari ni, ada juga perkara best yang berlaku. Rupa2nya salah seorang pembida yang turut sama bidding untuk rumah ni, kawan aku since belajar form 4-5 dulu n sekarang bekerja di TM. Terserempak kat bilik lelongan. Lawan rumah yang sama plak tu. Gelak2 je la. Cuma sebelum auction, aku ngan dia just tegur2 macam tu sahaja pastu masing2 bawak diri. Tanak la borak2 sebelum auction tak seronok plak sbb jadi pesaing. So bila dah lepas auction, aku lepak la ngan dia kat restoran kg pandan. Borak2 panjang kat situ. Macam2 benda la kitorang citer. Last sekali jumpa dia ni masa dia kawin dulu. Ada la dalam 2-3 tahun lepas kot. Aku pun tak ingat. Member aku ni masih keje TM lagi. Cuma dia pun berpegang pada konsep ' Mind Your Own Business' sekarang ni. Keje tetap keje. Cuma bila ada masa lapang, dia pun spend time untuk increase kedudukan kewangan dia sendiri. Tade la sepanjang masa diguna untuk kompeni sahaja. Bagus la kalau macam tu. Yang penting profesionalisme jangan diabaikan. Buat keje bagus2 tapi at the same time jangan terabai diri sendiri.






No comments: