Sunday, May 23, 2010

Di persimpangan dilemma...

Uish..lama aku tak citer apa perkembangan aku sekarang kan sejak quit kerja TM. Sedar tak sedar, dah 5 bulan aku bergerak sendiri menentukan haluan hidup. Mencari makna baru dalam kerjaya aku.

Sepanjang 5 bulan ni, macam2 benda berlaku. Dari up and down, kegembiraan dan kekecewaan, ketenangan dan kekalutan. Happy bila dapat payment, cuak bila tengok saving makin menyusut. Apa pun sehingga kini, aku bersyukur dengan rezeki yang aku terima dan aku tidak menyesal dengan keputusan aku untuk berdikari. Malah, aku rasa self development aku lebih banyak meningkat dalam 5 bulan ini berbanding 7 tahun aku bekerja makan gaji.

So apa citer sekarang? Alhamdulillah, pendapatan aku semakin stabil. Dah tak lagi serabut tengok duit simpanan menyusut bulan2. Belum kaya lagi. Cuma mula untuk stabilize. Duit saving aku untuk bulan lima ni statik. Tak naik dan tak turun. Aku boleh berbelanja tanpa perlu korek saving. Hanya guna duit pendapatan yang aku terima sahaja. Aku anggap itu satu petanda yang baik. Iallah di masa hadapan, aku boleh top up balik saving yang aku guna tu.

Sekarang ni ada timbul dilemma baru. Pada awal perancangan, aku target main income aku datang dari sales multimedia. Dapat job daripada kerajaan. Tu target utama la. Masa aku pun aku patut fokus banyak kat situ. Cuma dalam bulan 4 macam tu, order dah mula start masuk dan operation syarikat yang aku buatkan sales tu macam agak sesak. So dah takleh nak terima order baru takut tak terbuat, so aku rilek2 dulu. Time masa2 rilek tu, aku try la buat servis auction. Buat marketing, survey bidding etc. Tak sangka plak, sambutan menggalakkan. Aku plan auction service ni macam kira sampingan je. Sementara aku menunggu operation multimedia tenang sedikit. Tapi sekarang ni, banyak plak masa aku habiskan untuk kerja2 servis auction. Effort untuk multimedia macam terslow plak. Duit pun dapat cepat tak macam job multimedia. Duit dapat 3-4 bulan kemudian. So bila dapat duit cepat ni, seronok la jugak kan. Cuma tak sebanyak bila dapat komisyen multimedia la yang datang secara lumpsum.

So aku dilemma sekarang ni. Memang la plan nak buat dua2 serentak. Satu sumber dapat income bulk (this one aku plan untuk increase saving) and income auction service tu aku nak guna untuk belanja bulanan. Dua2 aku dapat. Cuma part masa tu yang aku terblur sekejap. Which job should i focus my effort more? instant income yang kecil or delay income tapi lebih besar?

Nasib baik la ada orang nak tolong aku kasi advice. Nasihat dia simple je." What u focus, EXPAND" . So terpulang kat aku. Dia kata aku kena pandai bahagi masa. Betul2 kenalpasti aktiviti yang aku buat hari2 supaya sumer benda terjaga. Its all about time management. Pastu dia ajar aku juga pasal Triangle goal setting. Apa target kita , pastu pecahkan ikut bulan, mingguan dan harian. Lepas dah identify apa kita perlu buat harian, then focus on getting things done. Dah tak perlu risau2 pasal result akhir. Pastu kena make sure aktiviti kita tu focus more on working ON the bisnes, not IN the bisnes. Bila dapat nasihat macam tu, aku pun tenang la balik. Dah tak menggelabah sangat. Aku ni mmg jenis worry2 . hehe...

Sekarang ni aku tgh nak sort out balik aktiviti aku elok2. Bila dah study2, tade la teruk mana pun keadaan aku. Sumer nye terkawal rupanya. Multimedia tu biarkan je operation menjadi tenang. Rasanya dalam bulan 6 aku dah boleh concentrate on multimedia balik.For the auction, aku kena pk cemana nak sistemkan kerja2 aku supaya aku tak perlu busy dengan day to day operation. Bila everything dah ada sistem, senang la aku nak manage benda lain plak.

Itu la perkembangan aku setakat ini. Belum boleh dikatakan senang lagi. Banyak benda lain yang perlu aku take note dan usahakan. Since jadi freelance ni, kena work smart n hard. Tak boleh main2 atau rileks2. Kadang2 orang nampak je aku rileks. Kol 10am kat the curve baca buku. Kol 3pm aku nap. Tapi orang taktau aku keje 7 days a week. Setakat stay up sampai pukul 3am tu benda biasa. Weekdays n weekend tu sama je pada aku sekarang ni. Cuma apa2 pun, aku memang enjoy dengan apa yang aku buat sekarang ni. Aku keje sebab aku suka buat apa yang aku buat, bukan sebab orang lain paksa aku buat walaupun aku tak suka nak buat. Eh betul ke ayat aku ni? belasah je la haha....








13 comments:

juruukur said...

boss... boss bole punya.. jangan risau

zam said...

bersemangat aku baca, tak sabar nak kerja sendiri tapi yang paling penting adalah perancangan yang baik.. thanks for sharing, bagi semangatg kat orang2 yang tak berapa tahu ni :)

www.tuanbri.com said...

kena cari kawan kawan yg buat kerja sendiri jugak..
share experience.

baru betul...
anyway, goodluck..kita berada di landasan yang betul

fauzi said...

aku pun bersemangat nak berenti keja gak ni...x sabar nak keja sendiri

Farazila Wahab said...

All the best bro!

mdizone said...

hoho tq rakan2 for da support...mari kita berjaya sama2...

sourplum said...

haha
kewl bro

Wida said...

Relax..saya percaya awak boleh... :D

rumet said...

power la weyy... bile nak racun aku berenti kerja ni???

Blue Cube said...

Cayalah, steady bro!

mdizone said...

rumet : mana ada pawer beb...hutang OD berlambak lagi tak setel..lepas nk kena keje keras nk top up alik OD yang dah guna tu...

Kalau ko tak hepi keje ko, benti je...tapi kalau hepi buat apa nak benti...tapi keadaan ko tade la pening sangat sebab wife ko pun keje, at least sakit pening dah ada medical coverage...

Kasi stabilize ko punya finance, pastu ada 6-12 bulan punya saving, nanti ko tau la apa rasanya bila dah tak bergantung hidup dengan monthly salary...pastu bila ada je benda tak best berlaku kat opis , mesti rasa nak blah tu membuak2...hahaha...

Unknown said...

cayalah bro, dah boleh berdiri atas kaki sendiri..:) semangat baca blog ko ni.. tujuan kita sama financial freedom!

p/s: aku add blog ko kat blog aku, senang sikit nak follow...TQ

mdizone said...

wakif : tq very much...aku hanya berkongsi...kalau ada yang dapat benefit, aku dah cukup gembira...