Untuk menjadi pelabur hartanah yang berjaya, kita tidak boleh lari dari faktor manusia. Mana ada pelabur yang berjaya buat sumer benda sorang2. Tak boleh punya. Mesti mintak tolong dengan pelbagai pihak baru lah boleh berjaya. So untuk posting ni, aku nak cerita sedikit tentang pentingnya kita bina pasukan hartanah kita yang akan bersama2 kita mengharungi pahit getir dalam perjalanan menjadi pelabur hartanah yang berjaya.
Berikut adalah antara2 pihak2 yang kita mesti ada dalam pasukan kita.
1. Penyewa.
Ooo ini orang banyak penting ooo...mereka ni lah yang akan menjadi tunggak kekuatan kita dalam pelaburan hartanah. Sebab apa? mereka ini lah yang akan tolong kita bayarkan installment loan hartanah kita di samping menyumbang keuntungan ke dalam poket kita. Tu pasal kita kena jaga penyewa kita ni baik2. Kalau kita dapat penyewa yang bagus, kita mesti jaga hubungan dengan mereka tapi biarlah profesional. Kalau mereka ada masalah, kita tolong dengan segera. Jangan buat sambil lewa. Sebab bukan senang nak dapat penyewa yang bagus. Bila dah dapat tu, jaga lah baik2 jangan sampai dia lari. Tapi kalau dapat penyewa yang hampeh, cepat2 lah buang jauh2..
2. Mentor
Bila nak buat pelaburan hartanah, mentor merupakan salah seorang yang penting yang perlu kita ada. Mentor ni merupakan someone yang dah jadi pelabur hartanah yang berjaya la. Sebab dia boleh tunjuk ajar kita selok belok pelaburan hartanah. Jangan main terjun bidang hartanah ni secara sembarangan. Sekali silap mahal harganya. Silap gaya terus tak bangun2. Dengan adanya mentor untuk guide kita, learning curve kita akan jadi lebih singkat dan kita akan kurang buat silap yang bukan2.
3. Banker
Tanpa mereka, susah la kita nak buat duit dengan hartanah menggunakan sumber kewangan yang minima. Bank pun ada macam2 perangai juga. Selain dari kena compare interest rate dan pakej2 lain, officer bank yang kita dealing tu pun kita kena ambil kira. Tak semua officer bank sama. Ada juga bank yang bagus tapi officer hampeh. Ada juga bank hampeh tapi officer bagus. So kita kena pandai la carik bank dan officer yang bagus. Officer bank yang bagus akan tolong kita dalam segala urusan berkenaan loan kita. Kita nak mintak tolong pun senang macam nak cepatkan kelulusan permohonan ke, nak fight untuk kes kita ke etc. Tapi kalau dapat officer bank yang hampeh, die boleh buat taktau je dengan permohonan loan kita tu...
4. Lawyer
Lawyer yang bagus sangat penting dalam pelaburan hartanah. Terutamanya hartanah yang dibeli secara lelongan awam. Sebab ada time limit yang perlu dijaga. Lawyer yang bagus dan cekap sangat penting sebab mereka yang akan menjaga segala urusan legal berkaitan hartanah yang kita beli. Kalau terkena lawyer yang hampeh, memang kes kita akan jadi macam kura2 la..pastu siap kasi macam2 alasan. Kalau nak tau lawyer tu bagus ke tidak, satu cara kita boleh identify. Tengok sapa yang selalu call sapa. Kalau kita asyik dok kejar lawyer, haa tu problem la tu.
5. Property agent/ auction agent/ mortgage agent etc
Golongan2 agent ni pun tidak kurang pentingnya. Kena selalu buat kawan dengan diorang ni sebab diorang ni memang bergelumang dalam dunia hartanah. Sebelum orang lain dapat bau good deal, diorang ni dah tau dulu dah. So kalau ada deal2 yang bagus, sure agent2 ni akan bagitau kat client2 favourite dia dulu. Then baru la dia akan market kan kat orang lain. Ada juga agent2 yang hampeh kat luar sana dan ada juga yang bagus dan sentiasa memikirkan keuntungan client diorang. So disini kena pandai menilai la. Kalau jumpa agent yang push2 nak soh register dengan dia tapi apa2 info pon tak kasi,jawab pun macam nak tanak, baik takyah deal ngan diorang. Diorang tu cuma nak kejar komisen je tanpa memperdulikan perihal client.
6. Valuer
Kalau valuer plak, kita nak mintak tolong dia bagi the best/highest valuation untuk hartanah kita supaya dapat higher loan from bank. Kat sini la kita kena baik2 dengan diorang ni. Kalau dah sampai tahap kawan2, sure senang diorang nak kasi harga valuation seperti yang kita nak.
7. Tukang2 repair (wiring, plumbing etc)
Antara benda penting kita kena make sure bila dealing ngan tukang2 repair ni ialah hasil kerja mesti bagus dan harga berpatutan. Kalau harga murah sangat pun tak guna jugak sebab kualiti susah nak jaga. Lepas tu mesti ada profesionalisme yang tinggi. Bukan jenis macam chipsmore. Kejap ada kejap tade. Seeloknya biarlah ada 2-3 kontraktor yang biasa kita buat keja ngan diorang. Kalau harapkan satu je, susah la. Takut yang satu tu terbz n takleh nak layan kita, kita plak yang terkontang kanting.
8. Rakan2 pelabur hartanah yang lain
Haa kat sini pun ramai orang silap. Suka nak invest sorang2. Tak boleh macam tu. Kita kena banyak kawan2 yang berfikiran sama macam kita. Lagi ramai kawan2 yang sama2 melabur dalam hartanah, banyak perkara besar yang boleh dibuat. Macam nak JV ke, set up property holding company ke, paling busuk pun boleh bertukar2 idea dan pandangan.
Kalau tak silap aku, kat mana ntah yang aku pernah baca, golongan pelabur hartanah kat dunia ni tak ramai. Dalam 10% je kot. The rest hanya beli hartanah untuk dijadikan kediaman sendiri. Lepas tu plak, dalam 10% tu, bukan sumer akan berjaya. Ramai juga yang gagal untuk menjadi pelabur hartanah yang bagus. So bila gagal tu, mungkin berpunca dari kekurangan diri sendiri, atau pun team yang dia ada tu tak cukup kuat. So disini kita kena take note. Di samping kita bina pasukan yang kuat, kita pun kena improve diri kita juga supaya sama level dengan pasukan kita. Kalau kita bagus, kita akan attract team2 player lain yang bagus. Kalau kita kureng, team2 yang kita ada pun akan jadi kureng jugak le...
5 comments:
Membongkar rahsia hartanah....semoga usaha tuan dirahmati Allah.Amin.
terima kasih zalidan :)
aku nak masuk team ko bleh:-)
fauzi : boleh je...ko jadikan aku as ur auction agent la...dah jadi satu team la tu :D
wan...aku xnak jadikan ko auction agent..aku nak jadikan ko partner agent..hahaha
Post a Comment