Friday, April 9, 2010

Umur baru 20an dah berjinak2 dengan property..

Kelmarin aku dapat jemputan untuk berjumpa dengan seorang pembaca blog aku.(xyah sebut nama la kot. u know who u r :) ) Set tempat jumpa dekat kelana jaya. Sup Ani Utara. Memandangkan hari tu mmg agak free, aku tade masalah untuk jumpa. (actually mmg week ni aku agak free. manjang je ada kat rumah . Work from home. Kalau kuar pon sekejap2 je...)

Rupanya masa time jumpa tu, ada lagi 2 orang kawan dia. So tade hal la nak lepak2. Masa tengah borak2 tu, baru aku tahu diorang bertiga ni baru je grad dari Universiti. Kira baru nak melangkah ke alam pekerjaan. Terasa tua plak aku time tu. Ahaks..

Yang aku respek, reader aku ni dah mula melabur dalam property. Dah ada angan2 besar. Cita2 besar nak bersara dalam usia 30an. Perghh retire young and rich. Kagum betul aku. Time aku baru2 keje dulu, apa pn tara pk. Cuma tahu enjoy je. Lepas keje 2-3 tahun baru aku nak start susun balik kewangan aku. Baru nak ada cita2. Berbeza betul dengan budak2 zaman sekarang. Umur 20an dah mula berfikir nak retire early. Bagus2. U all memang beruntung sebab mula pada usia yang muda.

Aku rasa la kan, antara faktor yang menyumbang fenomena ni, ialah internet. Dulu2 mana ada blog2 pasal kewangan, buku2 kewangan etc. Kalau ada pun skit2 je. Tu pun tak berapa fames. Sekarang ni sumer ada kat internet. Blok Pie, blog hafizal, azizi ali etc, sumer tu sangat menyumbang kepada kesedaran golongan muda kita. Ni merupakan satu perkara yang perlu kita banggakan. Anak2 muda kita semakin celik. Tidak lagi terkongkong dengan dorma " kalau nak berjaya, kena keje rajin2, naik pangkat cepat2, kena pandai bodek bos". Ramai yang dah paham, kalau nak berjaya, kena start 'mind our own bisnes',bukan 'mind other people bisnes'.Aku harap lebih ramai anak2 muda kita yang macam reader aku ni.

Apa2 pun aku doakan kejayaan korang sumer. Lagi satu, bila dah berjaya kelak, jangan lupa orang lain. Tolong menolong sesama kita. Kalau ada kawan2 kita yang masih leka dan setakat tahu enjoy2, bagi nasihat. Sedarkan mereka. Ye la biasa la anak muda. Darah muda. Sumer benda nak hebat. Dapat gaji habis kat baju, habis kat kereta, habis kat awek. Kalau nak menyimpan sangat lah susah. Apatah lagi nak suruh melabur. Sedar2 umur dah 30an, aset pn tade pastu hutang keliling pinggang. Kesian...


5 comments:

Anonymous said...

saya suka entry yg ni. mmg betol dulu takder guide pasal property. skarang ni alhamdullilah byk blog dan forum yg membuka kesedaran org muda kita. w/pun dah tak muda lg at least belum terlambat untuk berubah. terima kasih pada forum2 dan blog2 yg membuka mata ttg financial dan property ni :)

sourplum said...

nk kena jmpa jgk sekali sekala
baru bakar smgt cket
=)

hidayah said...

betulll...sgt setuju...
sy yg muda ni rasa beruntung t'jmpa n baca blog2 mcm ni lbh awal..
ur blog, blog pie, blog juruukur, blog wida..
w/pun skrg sy belum b'jinak2 dgn property invstmnt ni, tp setiap kali nk beli brg merapu cket mesti ckp kat diri sndri - SIMPAN DUIT UTK BUAT PELABURAN, JGN GUNA UTK PELEBURAN..
msti 2 kali pk pnya lah kalo nk kua kn duit tu samada ia KEPERLUAN @ KEINGINAN..

mdizone said...

bagus tu hidayah...tak semestinya kena terburu2 untuk buat pelaburan...kena bersedia dahulu dari segi mental n kewangan..kalau main terjun je, boleh tergolek..tapi bila dah bersedia nanti, jangan la tangguh2 plak..takut2...nanti melepas semua peluang...

Anonymous said...

aku belaja dulu pun main2..dah abis blaja keje pun main2 gak..lepas kawin n ade anak baru nak sedar ttg invest menginvest ni..tu pun baru tahun lepas..awal 20an aku mmg enjoy je la x pikir mase dpn pun..buang mase betul..huhu..