Wednesday, April 7, 2010

Duit Terpijak - apa nak buat?

Semalam aku pergi borders. Saje lepak2 kat situ baca magazine. Tu la fav past time aku sekarang kalau ada masa2 free. Dah la dekat je dari rumah aku. Tak sampai 10 minits drive. Best betul duduk kat damansara ni.

Untuk posting kali ni, aku just nak share la apa yang aku baca semalam (lari sikit dari topik auction, buring la asyik auction je kan). Satu artikel menarik dari azizi ali (personal money) tentang duit terpijak (windfall). Aku olah balik guna ayat aku sendiri.

Ok la ramai di antara kita pernah menerima duit terpijak dalam kehidupan kan. Duit terpijak ni datang dalam pelbagai bentuk. Contoh : Bonus, duit refund LHDN, duit refinance rumah, duit duit warisan, duit pampasan kerajaan pasal amik tanah dan macam2 lagi la. Tapi rasanya yang selalu kita dapat duit bonus la kot. Expected to be receive every year kalau ada rezeki.

So antara perkara biasa yang dibuat oleh ramai di kalangan kita bila dapat duit terpijak, apa laga kasi joli la. Ada yang beli handphone baru, beli baju baru, pergi bercuti, beli plasma tv dan etc etc. Sedar2 duit tu habis macam tu je. Kalau time aku keje dulu, biasanya aku dengar citer tukar handphone la bila dapat bonus. Tak pun modify kereta. Lebih kurang la. Jangan salah paham ye! aku tak cakap benda2 tu salah untuk dibuat. Tak kisah la duit korang. Nak joli pon tade sapa nak larang.

Cuma mungkin kalau kita pk2 balik, tenang2kan diri, ada banyak lagi benda lain kita boleh buat dengan duit terpijak tu. Tapi disebabkan minda kita terexcited, kita tak anggap duit terpijak tu duit kita. Kita anggap macam duit orang lain. So bila duit orang lain ni tapi dapat kat kita, mula la tangan tu gatal nak berbelanja. Sebab kita tak rasa sayangnyeeee duit tu bila kita joli. 'Ala bukan duit aku pun'. Macam tu la kot sub-minda kita berfikir tanpa kita sedari.

So apa yang patut kita buat? Menurut Azizi Ali, senang je... Bila dapat je duit terpijak tu, terus 'jangan buat apa2'. Rileks je. Cool. Buat macam tade apa berlaku. Biar je duit tu dalam akaun kita. Nak lagi selamat, terus je campak duit tu masuk ASB (kalau ASB tak penuh lagi la. Kalau dah penuh, terpaksa la letak kat ASW plak kot). Pastu teruskan life macam biasa n tade apa yang berlaku. Macam kita tak pernah dapat duit tu. Pasal apa kita kena buat macam ni? Sebab masa awal2 dapat duit tu, kita jadi irrasional. Macam yang aku citer kat atas la. So bila kita cool n rileks, pelan2 minda kita mula menerima hakikat yang duit terpijak tu sebenarnya memang duit kita. Bukan duit orang lain. So bila dah terima jadi duit kita, secara tak langsung kita akan berhati2 dengan apa yang kita buat dengan duit tu.

Selain dari tu, masa time tengah cool down tu, elok juga banyak2kan mencari ilmu2 kewangan sama ada menerusi buku, internet, kawan2 etc. Cari option2 yang ada tentang bagaimana nak dapatkan full potential from duit yang kita dapat tu. Sambil tu, mula la merancang apa kita nak buat dengan duit tu secara praktikal dan objektif. Lepas dah betul fikir baik buruk tindakan kita tu, baru la amik keputusan tentang apa nak buat dengan duit tu. Bila dah sampai time ni, tak kisah la nak joli sakan ke, nak guna untuk pelaburan ke, nak peram duit tu ke. Sebab keputusan yang kita ambil tu dibuat masa minda kita dah tenang n waras. Cara ni pada aku lebih baik berbanding terus buat keputusan masa awal2 dapat duit terpijak tu.

Aku citer benda ni sebab memang aku praktikkan pun dari dulu lagi. Duit2 terpijak yang aku dapat dulu2 masa tengah keje (duit bonus, duit claim, duit komisyen etc), aku terus je campak masuk ASB. Wat dono je for a few weeks. Memang dah habit kot. Cuma tak terpk nak share ngan korang. Bila terbaca artikel azizi ali semalam , baru terpk nak share. So lepas aku dah campak duit2 tu dalam ASB, pelan2 aku merangka plan yang terbaik untuk duit tu. Kalau tade plan yang sesuai, aku biar kan lagi duit tu dalam ASB. Kadang2 mungkin duit terpijak tu sikit je, tapi kalau dibiarkan, sedar2 cukup plak nak sambar rumah sewa sebijik. Tu yang aku buat dulu. Yang penting jangan menggelabah. Aku tau cakap lebih senang dari buat. Tapi kalau tak mula dari sekarang, bila lagi nak start kan?

BTW, aku ni pon bukan nyer bagus sangat. Ada gak time2 yang aku teremotional juga bila dapat duit terpijak. Ala nama pon manusia. Cuma most of the time aku praktik kan benda di atas. Dan Alhamdulillah berkesan untuk aku. Mana la tau kot2 cara di atas berkesan untuk korang juga :)

4 comments:

Yusno Yunos said...

Excellent points bro. I'd like to relate the concept of windfall ('duit terpijak') with the law of attraction. Sometimes, we tend to forget that a windfall, though unexpected, is part of the process of attracting what we wanted in life. Don't forget to be thankful and accept it with an open heart.

I am of the opinion that everyone has every rights to do what they like with his/her own property/money. Yes, saving is good but what is more important and relevant is how good we are at our financial education and management. Once we are really good at this, we'll be able to see that money can work for us without having to worry about saving it.

mdizone said...

aisey bro! ur comment mmg superb la! terharu2...siap relate dengan law of attraction tu!

kalau tiap2 hari aku berangan ada RM 5 juta cash dalam bank agak2 boleh dapat tak? hehe...( mmg aku sungguh berangan ni..bukan takat cakap je)

btw yusno, now a days, savers are loser..full stop..the rule of money changed already.for those who did not increase their financial education, they will surely lose in the long run..

Grizzly snowy panda bear said...

wah, duduk damansara ke eezone..boleh la lepak2...

mdizone said...

haah dah lama aku duduk sini...ko kat mana wakata? calling2 la...kita lepak kat mamak damansara perdana