Thursday, April 22, 2010

Property Investment is for everyone, but not everyone is suitable for propery investment

Seperti biasa, aku sempat lepak borders kejap petang tadi. And keje aku memang tade lain la, konpem belek magazine. Pastu aku akan share plak ngan korang apa yang aku dapat hari ni.

So this time aku nak citer pasal property investment. Kita sumer tahu property merupakan salah satu vehicle untuk financial freedom yang telah terbukti dan digunakan oleh orang2 kaya seluruh dunia. Akan tetapi dalam banyak2 yang berjaya tu, ramai lagi yang gagal atau tidak mengambil peluang untuk menceburi bidang hartanah ni. Sama la juga dengan cabang2 pelaburan yang lain pun. Majoriti prefer untuk play safe dalam hidup mereka. Kalau dikalangan pelabur hartanah pun, tak sumer akan berjaya buat duit. Malah ramai juga yang kerugian duit dan bertekad untuk tidak terlibat dengan pelaburan hartanah lagi. Nape jadi macam tu ye? So jawapan dia boleh tengok kat tajuk posting ni la. Tak semua orang sesuai untuk jadi pelabur hartanah.

Pernah tak korang cuba nak persuade orang2 terdekat korang untuk turut serta dalam bidang pelaburan hartanah ni? Majoriti dari mereka cakap apa? Adakah diorang mengiyakan dan terus mengambil tindakan untuk turut melabur dan meningkatkan pengetahuan tentang hartanah? atau mereka memberikan 1001 satu alasan kenapa mereka tak berminat dengan hartanah? Dua2 kes pon aku pernah jumpa. Cuma sayangnye, majoriti nya akan memberikan alasan la.

Dalam artikel yang aku baca tu, ada satu case study ni. Ada kapel ni memang dah jadi successful property investor dan konpem la duit diorang banyak. So bila dah banyak duit ni, ramai la yang datang menempel nak pinjam duit untuk pendidikan anak2 la, kos rawatan hospital la dan pelbagai lagi cerita sedey medey la. Kapel yang kaya ni memang nak sangat tolong orang2 sekeliling diorang ni (might be rakan2 atau sedara mara). Cuma diorang tanak bagi duit. Diorang willing nak share ilmu pelaburan hartanah dan tolong orang2 tu sampai berjaya macam diorang jugak. Malangnya ramai yang bagi alasan. Dan mungkin tak kurang juga yang mencemuh usaha baik kapel ni sebab tak dapat duit mudah (walhal kapel ni siap nak ajar step by step n siap nak cover any losses jika berlaku...mana nak dapat bantuan macam ni beb!). Last2 diorang fed up dan cuma akan tolong orang yang betul2 tanya diroang pasal hartanah je sebab diorang realise tak perlu nak ajar orang2 yang tanak di ajar. Buat penat je n buang masa.

Aku dulu pun pernah mengalami situasi yang sama. Awal2 nyer niat aku memang nak tolong. Aku bercerita pasal ilmu kewangan peribadi, pelaburan hartanah etc kat rakan2 dan orang2 sekeliling aku. Tapi tak ramai yang ambil port pon. Ada yang dengar secara suka2, ada juga yang buat2 bodoh...dan yang paling aku menyampah bila ada orang cakap " ala ko boleh la,...(sambil memberi alasan seperti anak orang kaya la, gaji besar la, nasib baik la etc )" instead of berfikir sejenak dan menghargai ilmu yang aku kongsi. Aku pun bukan tere mana pun. Tak kaya pun lagi. Aku pun banyak buat silap juga. Aku pun pernah rugi duit beribu2. Cuma aku share sebab aku rasa ilmu yang aku ada tu bermanfaat dan boleh membantu. Bukan aku dapat apa pun. Tengok orang2 sekeliling berjaya pon dah cukup menggembirakan.Sama2 kaya, sama2 dapat financial freedom. Pastu boleh la petik nak gi karaoke kol 11am tanpa perlu mintak izin pada sapa2 hehe...Pastu tade la manjang muka seposen je time tengah bulan pasal duit dah habis bayar hutang. Last2 aku pn stop buat charity dan hanya akan bercerita bila ada orang yang ada kesedaran untuk bertanya sahaja.

Keyword yang penting kat sini ialah 'kesedaran'. Kalau ada kesedaran, takyah suruh pon kita akan berusaha untuk mencarik atau mendapatkan apa yang kita nak. Kalau tade 'kesedaran' , memang takkan jadi apa2 la. Agaknye memang betul kot hukum 90/10 dalam dunia ni. 90% kekayaan dunia akan dipegang oleh 10 % populasi dan 90% populasi akan berebut untuk mendapatkan baki 10% kekayaan dunia. Takyah ubah lagi la percentage tu. Just make sure kita berusaha untuk join yang 10% group tu. Dari elok2 kita nak tolong sumer orang masuk ke 10% tu, dengan kita2 sekali kena tarik balik dan kekal dalam 90% group...LAgi haru....

6 comments:

~tuah.rimbun~ said...

mmg betul apa yg ko tulis dlm blog ko ni..
ada pernah jugak aku bgtau kat kawan aku, member aku sorang tu dia aa 8 biji buah rumah, jom arr sembang2 dgn dia, teh tarik sekali, mtk ilmu...

pas tu ada plak dia kata, ko jumpa dia dulu, pas tu kalo ko dah ada 8 biji rumah, ko jumpa aku ..

dlm hati aku kata, knp nk jumpa ko plak pas tu, ko bukannya bini aku pong.... kesian lah kat korang ni...
nk ajak jumpa org cari ilmu pun susah, bukan pergi ceramah MLM pun...
so far wife aku dah minat lebih mendalam pasal properties & financial management & freedom..

bersyukur aku kat Allah..

apa2 hal, network bolg kita ni mg betul2 byk membantu...

keep on going bro....
~tuah.rimbun~

semang said...

Alhamdulillah...

Kawan2 saya...sy ada belajar drpd diorg dan sy juga ada ajar diorg....

walaupun xde modal tapi mmg bersemangat dan try buat...

Ini pun mcm dakwah juga...teruskan jer tanpa jemu......

Kita sama saja wan..... :)

Wida said...

Hehe..biasalah tu mdizone..

Macam berdakwah, kita tak boleh berenti sebarkan benda yg baik.. Kalau ada benda baik.. sebarkan.. walaupun tak dapat apa2 kat dunia.. kat akhirat.. wallahua'lam.. Kalau berdakwah ni.. ada orang terima, ada yang tak.. yang penting.. jangan berhenti.. betul tak..

Mdizone, ko cerita lah pasal kehidupan ko skrg, stabil ke tak.. income mcmn.. kehidupan mcmn.. bulan2 macamana.. best gak dengar cerita orang yg ambil jalan 'berbeza' ni ;)

mdizone said...

tuah rimbun : untung la ko orang rumah pon memahami apa yang kita tengah buat dan sokong. kalau dapat orang rumah yang lebih prefer joli banding pelaburan, lagi jiwa kaco...

semang : ko n kawan2 ko mmg bagus...aku dah jumpa dah...tabik spring :)

wida : wida, thanks for da feedback, cuma sekarang ni aku kalau nak share pon thru blog la...sumer orang bole baca. yang tanak baca tu aku tak peduli pun...tak sama macam kalau bercerita, penat oo bercakap tapi orang tak appreciate...skarang ni klaau orang bertanya baru aku jawab...

pasal nak citer life sekarang? menarik gak idea tu...nnt ada ilham karang aku tulis pasal kehidupan aku sekarang...iallah aku akan tulis part pahit2 sekali...tanak la asyik citer yang best2 je kan...:)

faizura said...

beb, citer couple tu memang realiti.... i used to face the same thng... ramai yang simply datang mintak tolong, but instead of giving ikan, aku prefer bagi pancing n suruh derorang pancing sendiri ikan tu... n believe me, x sampai 5% yang sanggup... n most of them pandang keja aku dgn pandangan yang sungguh sinis... ingat aku hadap sangat duit dari keje dierorang... huh, buang masa aku ja... last2 aku buat bodoh jer... kalau nak, pepandai la pk mcm mana nak dapat... malas aku nak layan... aku ayan hanya orang yang ikhlas jer...

untuk tuah rimbun, jgn salahkan mlm...mlm tak salah...cuma orang kita ni terover kreatif.... nak keje senang jer...itulah jadiknya...

mdizone said...

faizura :aku sokong!! huhahuha