Hari ni aku ada event auction kat bangsar. Temankan member aku yang nak bid satu unit kondo panorama kat bangsar. Unit ni memang hot giler.Dah expect dah pun. Walaupun tunggakan sangat tinggi (RM29k) , tapi ramai giler yang masuk bidding. Total sumer ada 19 bidder.Gile2...
As expected, dengan budget hanya rm280k, memang takleh pergi mana la. Last price naik sampai rm380k. Dah dekat dengan asking price. Bahaya sungguh. Actually aku dah tanya bank dah. Berapa dia value unit ni. Rupanya hanya rm310k sahaja. Aku pun dah taktau nak ikut valuation yang mana. Bank punya valuation tu aku rasa agak outdated la. Mesti dah tak factor in Bangsar South yang dah naik tu. Apa2 pun, valuation bank jangan dilawan. Ikut je la rm310k tu. Tu pasal member aku tu target rm280k je. Padahal duit banyak tu hehe...
Tape la bro, tade rezeki untuk hari ni. Atleast ko dapat pengalaman masuk bidding. Macam2 benda gak aku guide member aku ni. Selagi ada benda yang aku boleh citer, aku sampaikan. Kira tak lokek ilmu la chewahh ...Haha masuk bakul angkat sendiri. Rasanya lepas ni member aku ni dah boleh pergi bidding sendiri dah. Boleh berdikari. Tere oo mamat ni..Fast learner..
Lepas ni ada unit lain plak nak masuk . Unit backup incase bid hari ni kalah. So mmg kalah pon. Cargas la lepas ni prepare bank draft baru plak. Auction tu sabtu ni. Kalut2...
Harga Akhir
4 comments:
Member nko syuhair? hehe
dashattttt!!!
kaw2 pnya naek
giler ar
tu la nak wat cemana, memang hot giler...tunggakan rm29k pon orang bedal jugak...psiko tul..
Post a Comment