Wednesday, April 14, 2010

Konsep Rezeki ikut pemahaman aku...

Sejak aku keje sendiri ni, aku somehow mula memahami tentang konsep rezeki ni. Ini pun mengikut pengalaman aku la. Apa yang aku perasan berlaku kat aku.Kalau orang lain, tak sure la plak...

Benda rezeki ni sebenarnya memang kita tak boleh nak jangka. Ada time tu, kita keje bagai nak gila, buat yang terbaik dan bersungguh2, tapi tak dapat pon apa yang kita nak. Ada plak time tu, kita tak wat apa2 pun, rezeki tu datang secara tiba2 dari sumber yang tidak kita expect pon. Korang pernah tak alami benda ni?

Macam kes aku, sebab aku buat sales la kan. Ada time tu, aku dok la kejar some client ni. Set appointment, buat presentation, follow up etc etc. Client tu siap cakap macam ada job urgent la nak kasi. Memang nampak bersungguh2 la. Tapi sampai sekarang, habuk pun tade. Bila call tanya update, macam2 isu la ada. Budget tade la, bos tade nak approve la.Macam2 hal. Aku tak kata client aku tu tipu sebab memang benda2 macam tu boleh berlaku. Tu la namanya tade rezeki.

Ada time lain plak, aku jumpa client lain tu sekali je. Untuk buat presentation. Lepas tu aku terlupa nak update/ follow up sbb masa presentation tu,nampak macam tade urgent job yang nak diberi. Sekali tiba2 dia boleh call plak cakap ada job nak kasi. Urgent!! Perghh..terkejut la jugak kan. Padahal baru jumpa sekali je. Alhamdulillah dapat plak job tu. Not bad jugak la value dia.

So bila dah a few time jadi macam tu, aku dah mula tenang sebab aku dah mula menerima konsep rezeki macam ni. Benda yang berlaku kat sekeliling kita tak semestinya akan ikut seperti apa yang kita rancang. Tu pasal ada konsep Doa, Usaha dan Tawakal. Kena yakin rezeki untuk kita tu ada di mana2. Kita cuma perlu berusaha sahaja untuk dapatkan rezeki tu. Kalau tak dapat bila dah usaha, jangan putus asa. Terus buat je usaha kita tu lagi. Iallah tak lama lepas tu ada la rezeki lain yang kita tak sangka akan dapat.

Ni aku citer dalam konteks keje sendiri. Kalau makan gaji pun serupa juga. Rezeki kita bukan bos kita yang tentukan. Bukan syarikat yang kita keje yang tentukan. Kadang2 kita keje siang malam, tunggang terbalik nak increase profit syarikat, hujung tahun bonus pun tak dapat. Ada time tu plak, kita keje macam biasa, tiba2 bos panggil soh pergi outstation 3 minggu kat luar semenanjung. Pusing2 sampai beribu kilometer. Perghh masyukk tu claim. Sapa sangka kan ?

So pada rakan2 sumer, kalau kita dah keje keras, tapi hasilnya tak seperti yang kita sangka, jangan kecewa. Redha je. Anggap tu sebagai cubaan hidup. Yang penting semangat mesti mau kuat. Hati mesti cekal. Pagi2 kuar rumah, make sure muka tu senyum je. Iallah murah rezeki. Pada rakan2 yang keje makan gaji tapi tiap2 hari masuk opis muka mencuka sbb tak suka keje yang korang buat, atau tak suka tgk muka bos korang etc, Ingat lah rezeki korang tu bukan bos korang yang tentukan. So kalau perlu korang ubah situasi aka blah pergi tempat lain, jangan takut untuk ambil keputusan tu. Jangan ingat bila korang quit n cuba benda baru, hidup korang akan merana sebab tade gaji / pendapatan tetap. Selagi kita berusaha, aku yakin rezeki tu ada je di mana2. Tinggal korang nak kutip atau tak. Takkan la korang nak habiskan sepanjang hayat korang buat benda yang korang tak suka atau bekerja dengan orang yang korang tak suka? Kita hidup di dunia ni sekali je. So make full use of it.

6 comments:

palie said...

aku nak quit keja n migrate p kl/selangor..tapi mak n mak mentua xbagi...so takut gak bro..xdapat restu mak ni..

Matjoe said...

rezeki ada utk yg berusaha

mdizone said...

palie : aisey bro, restu parent ni penting...takleh main2...try la pujuk pelan2...yakinkan rancangan kita tu ada harapan tinggi utk berjaya..iallah orang tua ni biasanya akan sokong juga...kena persistant bro..yang penting jangan sia2kan masa dalam hidup kita buat benda yang kita tak suka...n jangan pasrah plak bila berada dalam keadaan macam tu...dalam hidup ini kita sentiasa ada PILIHAN...jangan cakap kita tade choice..tu jawapan orang2 yang tidak mahu bertindak...

pak wan said...

ya betuiii.. rezki or kesempitan tuhan nk bagi bila2 boleh.. tawakkal jek maybe apa yg terjadi terbaik tapi kita jek tatau... sabo jek ler...

& berkat.. insyaallahhh...

askrool said...

palie...slow talk....InsyaAllah parent akan paham kenapa ko nak berhijrah....aku dulu pun camtu jugak....

faizura said...

owh kepada enche palie, gue dulu pun main lari jer... ambik baju sat bag...isi minyak pastu pecut sampai kl... mak sampai nangis2 tgk anak dara dier kuar umah...risau anak dier tak makan...tapi alhamdulillah...anak dier dah terlebih makan dah skrg ni...slow2 dier terima... no worries.. dier risau jer tu.... :D