Sunday, February 28, 2010

Pentingnya Retirement Planning

Wang pencen tidak mencukupi paksa lakukan kerja di usia emas

KUALA LUMPUR: Kira-kira 200,000 pesara kerajaan yang menerima pencen RM250 sebulan didakwa berhadapan dengan tekanan hidup sehingga ada antara mereka terpaksa bekerja sebagai pengawal keselamatan untuk menyara keluarga masing-masing.

Kebanyakan mereka pesara syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sebelum diswastakan sudah menjangkau usia lebih 60 tahun, tetapi terpaksa bekerja sebagai pengawal keselamatan untuk tempoh masa yang panjang dengan gaji bulanan yang rendah iaitu sekitar RM600 hingga RM700 sebulan.

Presiden Kesatuan Sekerja Dalam GLC, Mohamed Shafie BP Mamal yang mendedahkan perkara itu, mendakwa sebahagian lagi bekerja sebagai pemandu teksi, berniaga secara kecil-kecilan selain terbabit dalam aktiviti pertanian.

"Pihak kesatuan melihat jumlah pencen (RM250) itu berada di bawah garis kemiskinan dan terlalu kecil berbanding kos sara hidup masa kini.

"Pesara GLC ini terpaksa bekerja keras walaupun sudah berusia kerana perlu menyara hidup keluarga masing-masing selain menanggung perbelanjaan pengajian anak-anak sama ada di institusi pengajian tinggi swasta atau awam.

"Kita amat sedih melihat segelintir mereka yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dari pagi hingga malam manakala ada yang terpaksa berdiri lama tetapi menerima jumlah gaji di bawah RM800.

"Pihak kesatuan juga dimaklumkan bahawa ada pesara yang sakit serta tidak mampu bekerja sehingga memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan baitulmal. Ini semua adalah kisah benar dan bukannya retorik," katanya kepada Berita Harian, semalam.

Mohamed Shafie merayu kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, supaya memberi perhatian serius kepada perkara ini bagi membantu golongan terbabit.

"Kita amat berharap jumlah pencen RM250 itu akan dikaji semula kerajaan bagi mengatasi kesusahan yang dihadapi pesara kerajaan dalam GLC. Kumpulan ini juga pernah membantu kepada pembangunan negara sewaktu mereka berkhidmat dulu," katanya.

"Pihak kesatuan merasakan golongan ini juga perlu diberikan pencen minimum RM720 sebulan seperti mana dinikmati kakitangan kerajaan pada masa kini.

Sumber: Berita Harian Online

So pada rakan2 diluar sana, jangan ingat kita masih muda. Sepatutnya dari sekarang kita dah plan retirement kita. Cemana nak strategize kan kewangan kita agar cukup untuk menampung keperluan kita bila dah capai umur persaraan kelak. Zaman sekarang ni kita sudah tidak boleh hanya mengharapkan orang lain (cth : kerajaan, anak2 etc) untuk membantu menyara kita. Zaman tu zaman lama. Keadaan sekarang sudah berubah. Tanggungjawab untuk menyara kehidupan kita adalah tanggungjawab kita sendiri dan bukan orang lain.

My point --> Mind Your Own Money


Saturday, February 27, 2010

Listing Auction

Memandangkan aku nak mula jadi agent untuk hartanah lelongan awam, aku create satu section baru dalam blog aku ni untuk list property2 auction yang aku rasa hot n best. Listing ni mostly ikut pandangan aku sahaja. Definasi hot tu maybe berbeza dengan korang so better check betul2 property tu sekiranya u all berminat nak bid. Sebab taste setiap individu tu berbeza. Buat masa ni, lingkungan kawasan yang aku familiar pun tak berapa besar. Belum boleh celen geng satu solution. Cuma mana yang aku rasa best tu, aku update kan la.

Sebenarnya aku pun tak berapa clear macam mana nak start jadi ejen ni. Banyak nak kena belajar. Cuma kalau tak bermula sekarang, bila lagi nak start kan. Better start from somewhere and improve along the way.

So kalau berminat dengan property2 yang aku listkan tu and perlukan bantuan untuk bidding, boleh email aku kat mdizone@gmail.com or call aku 013-3413005

Aku akan bantu seberapa baik yang mungkin.

Friday, February 26, 2010

Hore dah ada streamyx!

Yahuu!! Rumah aku dah ada streamyx!

So lepas ni takyah la aku nak kena merempat kat kedai mamak nak guna internet. Dah la panas, meja pun kadang2 tak berapa bersih. Cuma pada ketika itu, hanya tu je option yang paling viable. Nak lepak kat starbuck dan seangkatan dengannya, sekali duduk konpem rm10 melayang. Kalau sekali sekala terasa la 'class' nya. Tapi kalau berhari2, boleh bengkok...

So lepas ni ada projek baru plak nak kena buat. Mau cantikkan lagi working space aku. Tak banyak pon lagi nak kena buat. Tinggal nak beli kerusi yang selesa skit, pastu nak beli mesin fax n printer. Pastu dah cun dah home office aku. Boleh buat keje dari rumah dah lepas ni. Cuma opis shah alam still kena la jenguk juga. Paling busuk pon seminggu 3 kali. Sebab relationship kena jaga beb. Kena selalu jenguk team2 production. Baru la ada rasa belonging. Kalau tak selalu jumpa, nanti terasa macam orang luar plak. Tak seronok la macam tu.

Esok pagi aku nak turun rumah sewa aku kat bukit subang plak. Tu pun ada masalah skit tapi tade apa yang serius. Setakat nak kena betulkan lampu dengan soket power. Baru je beli barang2 kat tesco tadi. Kalau keje skit2 ni aku malas nak upah orang. Kalau boleh buat sendiri n ada masa, better buat sendiri. Selain dari jimat kos, dapat juga belajar benda baru. Penyewa aku yang ni pun bagus. Sewa bayar on time. Tak banyak karenah. So better aku amik hati diorang dengan repairkan cepat masalah2 lampu n plug tu. Kalau boleh aku nak sewakan kat diorang ni lama.Hati pun senang.








Wednesday, February 24, 2010

Masalah rumah sewa

Tadi aku baru je dapat sms dari salah seorang penyewa rumah aku. Die kata ada masalah tiles kat rumah dia. Masalah ni sebenarnya dah lama dah berlaku. Since dari 1st day aku beli rumah ni, dah mmg ada masalah tiles dah. Tiles meletup2 n pecah. Penyewa plak memang penyewa asal. Die cuma sambung tenancy je dengan aku. So memandangkan time tu masalah tiles ni tak begitu kronik, penyewa aku tu just continue je duduk situ. Cover bahagian yang pecah tu dengan karpet.

Cuma selepas setahun lebih ni, tadi die sms aku. Cakap condition tiles makin teruk. Dah merebak. Mula dari bilik tido utama, sekarang dah melarat ke bilik ke dua dan ruang tamu. Jenuh die nak pasang karpet kat rumah dia. Tadi aku sempat gak singgah rumah tu. Saje nak jenguk. Bukan jauh pun, selang 19 tingkat je dengan rumah aku hehe...

Dah lama aku tak masuk rumah penyewa aku ni, memang cantik die jaga. Perabut sumer siap. Karpet bersepah sana sini. Rumah aku pon tade karpet.Penyewa aku tu tade tadi, wife die ngan jiran yang ada. Aku pon tak lama kat rumah tu. Lepas amik gambar tiles yang pecah tu lebih kurang, aku pon chow.


Sekarang ni dah pening dah. Aku tade masalah nak buat tiles tu balik. Memang dah ada budget since masa time beli rumah tu. Nak pecahkan sumer tiles kat rumah tu, pastu buat yang baru. Kalau buat sikit2 nanti tiles tu pecah balik sebab pasang tak sekata. So bila nak kena buat balik sumer, mmg kacau la. Barang2 sumer nak kena bawak keluar, rumah kena kosong. Pastu benda tu bukan boleh siap dalam masa sehari. Abih sementara menunggu tu penyewa aku tu nak duduk mana kan?

Nampak gaya nak kena bincang dulu la. Sebelum boleh ada sebarang keputusan. Nak tengok pendapat penyewa aku tu plak.

Sunday, February 21, 2010

Tukar Template

Aku dah buring dengan template blog aku yang lama.

So untuk menyegarkan pandangan mata, aku decide nak ubah template blog aku kepada yang lebih simple and cerah. Bukan senang rupanya nak edit template ni. Aku ingatkan sekadar drag n drop je, rupanya kena buat balik semula gadget2 tu. Tu pun nasib baik takyah buat coding. Kalau kena edit coding, konpem berjanggut la aku ngadap benda ni.

By the way, aku nak ucapkan terima kasih pada Macha Faris sebab sudi tolong aku. Siap telefon aku tu kol 11pm tanya progress. Nasib baik la ada orang sudi ajar cemana nak edit template ni. Kalau nak harap aku fikir sorang, ahaks...korang layan je la blog aku yang lama tu. Konpem tak berubah2...(template yang lama pon wifey yang tolong buatkan. Aku memang cuma tahu tulis posting je hehe...)

Blog yang ni masih banyak nak kena edit lagi. Cuma aku nak rileks la dulu. Aku ni jenis cepat boring kalau ngadap benda yang sama lama2. Kena tukar2 aktiviti. Pasni aku kena fikir untuk beli gadget yang bole amik gambar yang cantik. Tak kira la either guna kamera digital atau guna handphone. Handphone yang sekarang ni gambar kureng. So nak amik gambar pon tak semangat.

Korang ada idea lagi tak cemana aku nak cantik kan lagi blog aku ni?

Saturday, February 20, 2010

Lelongan Resolution Alliance 20 feb 2010

Uish hari ni betul la panas. Aku baru je balik rumah ni. Baru sampai dari area klcc. Tadi lepak dengan Macha Bri n Macha Faris bersama beberapa geng hartanah kat restoran Kg Pandan. Lama lepak kat situ. Ada la 3 jam lebih rasanya. Borak macam2. Seperti biasa macha bri pasti akan mengeluarkan jenaka2 pelik yang susah nak difahami. Layan je la...

Sebelah pagi tadi sebenarnya aku pergi acara lelongan Resolution Alliance kat hotel Equitorial. Ada dua auctioneer yang terlibat iaitu Ehsan dengan Ngchanmau. Dua nama auctioneer yang tidak asing lagi di dunia lelongan. Ramai gak yang datang tadi. Penuh gak dewan sampai nak duduk pon tade tempat. Ramai gak bidder yang terpaksa berdiri. Banyak gak property2 yang hangat n menarik. Cuma harga RP tade la rendah mana pun. Biasa2 je. Tu pun ramai juga yang register nak bid.

Antara property hangat yang aku perasan :

1. apartment cendana - RP rm65k sold rm84k
2. condo fajaria - RP rm230k sold rm288k ---> ni betul2 giler. hot property ni
3. permai ria condo - RP 87k sold rm124k
4. pantai panorama condo - RP 270k sold rm330k --> ni pon hot property gak

Ada banyak lagi rumah lain yang di bida cuma aku tak berapa amik port sangat sebab tak berapa kenal area2 tu. Nampak gaya memang nak kena expand lagi database area ni. Takleh terlalu focus pada tempat yang dah biasa je.

Ada lagi satu property tu, satu unit kilang 1 1/2 tingkat kat seri kembangan. RP rm440k naik sampai rm494k. Tu pon ganas gak tu. Yang menariknya, bidder yang menang tu 2 orang pompuan melayu! nampak macam muda2 je. Muka aku tak perasan. Bri je yang perasan kot. Tere diorang ni. Terkagum gak kejap. Sure cash diorang ni banyak. Banyak duit oo nak guna beli commercial property ni. Kalau tade around rm100k cash, takyah citer la. Salah satu sebab ialah margin of financing cuma around 80% je. So tu maknanya, deposit je dah perlu ada dalam rm100k. Tu tak campur kos legal dengan repair etc. Pergh pawe2...sapa la agaknye diorang ni ek?

Tujuan aku join acara lelongan hari ni pasal aku nak try venture jadi auction agent. Sementara masih ada masa terluang ni, baik aku diversify skit. Lagi pun aku ada pengalaman sedikit sebanyak. Tade la bole celen otai2 satu solution tapi kalau tak digunakan, sayang la plak. Memandangkan aku dah tak boleh nak beli hartanah buat masa ni, apa salahnya aku tolong orang lain beli rumah kan? Win - win situation.

So iallah lepas ni kalau ada sapa2 yang nak try2 venture dalam lelongan hartanah, tak kisah la sama ada nak duduk sendiri atau nak buat investment, boleh la tanya2 aku. Aku akan register jadi ejen under satu solution.In term of service package, aku masih dalam discussion lagi dengan satu solution. Once dah ada confirmation, aku akan update lagi.

Thursday, February 18, 2010

Aktiviti hari ni...

Aku dah blur dah taktau nak update apa dalam blog aku ni. Kalau boleh aku malas nak citer detail apa aku buat seharian. Bukan orang nak baca pon. Baik layan kehidupan harian diorang sendiri.

Cuma memandangkan lately aku takleh fikir topik apa yang menarik untuk aku kongsi, aku citer la skit apa aku buat hari ni. Hari ni jadual agak clear, cuma ada satu appointment je sebelah tengah hari. Ada client nak buat kad untuk agensi dia.

So lepas bangun pagi, lepak2 dulu layan game. Aku tengah tunggu member aku (ingat lagi director fmmedia yang kasi aku test drive bmw die) datang amik untuk gi meeting tengah hari. Dia nak mintak tolong aku temankan die carik perabot kat ikea. Aku tade hal nak tolong die sbb bukan ada plan apa2 pun sebelah pagi. So dalam kol 1030am, dia sampai kat rumah aku. Mula2 aku tak perasan kete dia, sekali die bawak X5 la plak. Kete famili. Senang nak angkat perabut kata dia. Perrghh..psiko betul la. Kalau aku bawak X5, aku simpan elok2 kat rumah. Mintak orang ikea hantar perabot sampai rumah je.

Aku seperti biasa la. Bila naik kete2 besar ni sure jakun punya. X5 ni versi latest. Gear box die superb cun! aku nak describe pon taktau cemana. Tak rupa macam gear langsung. Lebih macam joystick game yang guna untuk main game simulator flying. Kalau die mintak aku tolong drive, konpem aku nganga tak reti nak bawak hehe..

So lepas setel urusan ikea (kitorang cumer beli almari buku je, ada a few item yang lain tade stock plak), kitorang terus shoot g jumpa client kat PJ. Client ni nak wat kad yang general n boleh guna untuk apa2 event. Shud be no probs rasanya. Just biasa la, budget sure ciputnye. Nasib baik la kitorang tak berkira sangat. Tak untung pon takpe, janji jangan rugi. At least bila dah ada job permulaan, the next next job senang skit nak dapat. Ni kena refer balik pada konsep lose - win. Kasi client win dulu, kita lose tape. Next time kita win la plak.

Habis je jumpa client tu, aku terus gerak jumpa lawyer aku sat. Nak submit borang tukar nama untuk rumah kos rendah.Ni rumah aku yang kat desa mentari tu. Aiya..banyak leceh la ini borang. Banyak sangat syarat. Nasib baik la aku memang betul2 tade income tetap sekarang. Tade la susah sangat nak isi borang tu. Aku letak je income aku below rm2500 supaya tak banyak citer. Memang betul la kan. Tarak tipu punya.Kira layak la kot utk aku miliki rumah kos rendah tu. :p ( Takkan nak letak income rm0 kot..sure orang kata aku giler..)

Sebelah petang aku ngan member aku ni cabut ke PWTC. Ada client punya event. Nak kena riki tempat untuk set up back drop n video gimmick. Susah jugak rupanya nak buat event ni. Banyak benda kecik2 nak kena perati. Aku ni dah la jenis bersepah. Janji siap. Benda2 kecik aku tak peduli. Kalau aku la lead aturcara event tu, aiyo.. apa la jadi agaknye ek. Sure kelamkabut. Dah la event ni menteri nak datang rasmi. Bayangkan sekali menteri masuk dewan, crowd masih bersepah2 nak carik kerusi...ish haru2...Baik aku biarkan orang yang tere untuk fikirkan aturcara majlis tu. Aku dok diam2 je tengok. Sekurang2nya aku dapat timba pengalaman n ilmu.

So lepas setel hal kat PWTC tu, aku terus balik rumah. Lepak2 main game. Pastu main2 ngan ema. Tu je la kot apa aku buat hari ni. Sekarang ni ada kat opis adik aku tulis posting ni. Lepas ni nak sambung main game lagik..ish apa la nak jadi ngan aku ni...

Friday, February 12, 2010

Kerja Makan Gaji yang Best

Apa kerja makan gaji yang best ek?

Semalam aku lepak ngan kawan2 aku yang free trang tang tang walaupun makan gaji. Jeles gak la aku sebab they have the security of salaries and benefits, and at the same time have the flexibility of doing their own things.

Salah satu pekerjaan yang aku rasa best ialah jadi pilot (one of my frens is a pilot. Ni kira dengar citer die la ni hehe). Semua orang tahu jadi pilot gaji besar. Even co pilot pon boleh dapat dalam rm5k sebulan tak campur dengan elaun2 lain. Silap2 boleh cecah rm8k. Selain dari tu, kalau selalu fly pon dapat lagi banyak imbuhan. Kalau pilot yang senior, setakat pendapatan rm20k sebulan tu kira achievable la. Tade yang peliknya.

Tu baru citer part imbuhan. Yang menjadikan kerja pilot ni lagi best ialah flexibility masa yang mereka ada. Kalau tak silap aku, average hari yang diorang keje cuma dalam 15 hari sebulan. So hari2 yang lain tu mereka boleh buat apa yang mereka suka. Nak dok rumah ke, buat bisnes ke, study ke, buat investment ke etc etc. Ada juga citer yang aku dengar, kalau senior pilot yang bawak 747, cuma ada 2 flight je sebulan. The rest of the month tu terpulang la nak wat apa pun. Tak perlu punch kad, tade sapa call tanya kat mana etc, tade kena query sebab datang lambat ke pejabat.

Aku ada la jumpa 2-3 pilot yang jadi investor. Dengan pendapatan yang banyak ditambah pula ilmu kewangan yang tinggi, mudah untuk mereka ni meningkatkan asset diorang dalam masa yang singkat. Duit modal besar, masa untuk buat investment pn banyak. A very good recipe for personal finance success. Malah ada di antara pilot2 yang berjaya ni, baru je mencecah umur 30an!They can already afford to quit and live a financial freedom life. Tapi why quit kan? keje best, boleh jalan sana sini, gaji besar hehe.

Cuma bukan semua orang boleh jadi pilot. Requirement tinggi. Selain dari pencapaian akademik yang cemerlang, diorang perlu melalui pelbagai latihan dan ujian yang bukan senang.Ye la keje pilot ni tanggungjawab die besar sebab bila jadi sebarang kecemasan, mana boleh park kapal terbang tu kat tepi jalan pastu kasi hazard light. Diorang kena cukup cekap untuk mengatasi sebarang kesulitan yang timbul dan bukan semua orang boleh melakukannya.

So pada sesiapa yang suka makan gaji tu, carik la keje yang best. Kalau gaji tinggi tapi masa kita terikat untuk syarikat semata, pun tak best gak. Kalau banyak masa, gaji ciput pon tak best gak. Tapi paling malang, gaji ciput, masa pun tade. Pastu kena plak obey office hour. Ada punch kad etc. Lambat skit masuk opis dah ada mulut2 complaint kecoh2 kat HR. Si polan si polan tu datang lambat, balik awal etc. Ish pada aku kalau keje kat suasana macam tu, tak berbaloinye...

(citer pasal pilot tu aku takleh nak sahkan kesahihannya. Korang kalau nak tau lebih lanjut, carik la mana2 pilot pastu tanya diorang sendiri. Lagi senang. Oh ya! satu contoh senang pilot yang kaya ialah azizi ali. Sumer orang kenal...)

Saturday, February 6, 2010

Jalan2 tengok rumah lelong

Apa la gatalnye aku nak jalan2 tengok rumah kan? Bukannye boleh beli pun. Loan takleh nak apply. Confirm kena reject.

Sebenarnye ni kira macam nak melepaskan gian la. Dah bape bulan aku tak berjinak2 dengan aktiviti lelongan. Since quit dari keje lama. Asyik usha2 tengok listing je. Sekali sekala kena juga pusing2 tengok rumah supaya skill menilai tu tak hilang atau berkarat. Kena keep on polish sebab kita taktau bila2 masa sahaja peluang boleh datang.

So rumah yang aku nak tengok ni terletak kat area ampang. Taman Sri Angsana Hilir. Ada satu kondo kat situ. Aku dah tahu area ni sebenarnye tak berapa cun sangat based on my finding from internet. Dari dulu aku dah ada interest kat area ni just tak berkesempatan untuk tengok sendiri area kat situ. Dua tiga hari lepas, aku jumpa satu listing, yang teramat la murah sebenarnye. RM 38k sahaja untuk satu unit kondo! gile tak gile. Flat pun susah nak dapat RP macam tu. Ni kan plak kondo.

Memandangkan harganya yang amat murah (dalam hati aku agak mesti ramai yang nak masuk bid utk rumah ni), aku pun sajer la nak usha walaupun tahu bukan aku boleh masuk pon. Keadaan kewangan sekarang belum mengizinkan aku untuk beli rumah lagi. Tak susah nak jumpa kawasan ni. Tepi highway MRR2 je. Lokasi boleh kata strategik juga cuma kemudahan awam tak berapa best sangat. Kalau tak silap, cuma ada bas n teksi je.

Bila aku sampai kondo ni, aku terus pergi ke management office. Kondo ni ada 3 blok. A, B dan C. Unit yang dilelong ni kat blok C. Bila riki2 kat management, baru aku tahu management situ (dah jadi Joint Management Body) tak jaga blok C. Diorang cuma maintain blok A dan B sahaja. Aik boleh pulak macam tu? Aku ingatkan mesti la jaga sumer. Hati aku dah tak sedap dah time tu. Tape la memandangkan dah sampai, pergi je la tengok unit tu. Bagi puas hati.

Huk Aloh! Tu je la gambaran yang aku boleh beri bila aku pergi tengok unit ni. Blok C ni macam haunted place! Deserted! Lif pun jahanam. Bau busuk najis kucing pon ada. Tu baru kat area lobbi. Patut la bila aku tengok dari luar, nampak macam cuma 5 tingkat ke bawah je macam ada orang duduk. Flat pun tak seteruk ni aku rasa. Lampu umum pun tade. Gelap n suram. Tu waktu siang tu, kalau malam cemana la agaknye. Aku tak berani nak lepak lama area tu. Lepas tengok lebih kurang, aku cabut. Aku rasa yang duduk kat situ pun bukan owner tapi ntah sapa2 yang main masuk rumah orang je kot pastu duduk free. Memang obvious tade sapa maintain blok C ni.

Thats it la. Kalau ada orang offer aku rm10k untuk 1 unit rumah kat area ni pun aku tak sanggup. Terima kasih banyak je la. Memang malang sungguh pada sapa2 yang dah beli rumah kat Blok C ni. Selagi tade management body yang sanggup maintain blok ni, memang teruk la keadaan kat situ.

Hmm lepas ni nak usha area mana plak ek...

Wednesday, February 3, 2010

Sejuk Hangat Panas Pemeluwapan dan Hujan

(sumber dari : http://www.pakdi.my/blog/sejuk-hangat-panas-pemeluwapan-dan-hujan/)

Kelakar pula bila saya baca kembali tajuk di atas. Maafkan saya pakar istilah bahasa dan ahli akademik, saya cuma mahu cuba menulis dalam bahasa mudah tentang situasi ekonomi yang cold, warm, hot, bubbles dan rain. Sekiranya ada istilah yang lebih tepat dalam Bahasa Melayu, sila perbetulkan saya.

Keadaan dan perkembangan ekonomi adalah sama seperti tajuk di atas. Baik dulu, kini dan selamanya, ia pasti dan akan berlaku sebegitu jua. Cuma yang berbeza adalah watak-watak di dalam situasi ekonomi tersebut.

Ekonomi yang sejuk adalah ekonomi yang tidak baik. Anda bayangkan musim winter. Ia menyukarkan pergerakan. Binatang berhibernasi.

Ekonomi yang hangat adalah ekonomi yang paling baik. Ia tidak berapa sejuk. Ia juga tidak berapa panas. Semua orang seronok. Angin sepoi-sepoi bahasa. Hawa yang selesa.

Ekonomi yang panas pula adalah ekonomi yang kurang baik. Walaupun cuaca panas, tetapi proses hidrasi juga berlalu dengan pantas. Nak bersukan pun tidak selesa. Siapa suka main bola sepak tengah hari buta?

Ekonomi yang meluwap pula adalah ekonomi yang sudah ke penghujung. Bahaya sudah menanti. Ini kes hidrasi yang tidak terkawal. Orang jadi tidak tentu arah. Panasnya sudah maksimum sehingga air membentuk buih wap.

Ekonomi yang hujan adalah yang . Semua orang mahu berlindung. Bayangkan dalam satu padang bola terbuka, hanya VVIP dan beberapa kerat yang lain sahaja yang dapat menyelit dalam khemah utama apabila hujan turun dengan tiba-tiba.

Analoginya begini. Kita ambil buah kelapa sebagai contoh. Perniagaan kelapa di daerah Semua Boleh.

Satu hari, bekalan buah kelapa terlalu banyak. Tetapi tiada permintaan. Permintaan yang biasa adalah datang dari penggemar masak lomak pedas cili api dan gulai utara. Pembekal kelapa pening kepala. Peladang kelapa pun pening kepala. Peraih kelapa pun pening kepala. Apa la nak jadi dengan perniagaan kelapa. Akhirnya, ramai bungkus, kena saman hutang dan buka perniagaan lain. [Cold]

Pada saat orang tidak mahukan kelapa, tiba-tiba ada yang mula memborong kelapa secara senyap. Dia beli kelapa sikit-sikit. Tak naik lori. Tapi naik van buruk. Justeru, tidak ada siapa yang tahu lambakan kelapa itu sudah pun dibeli. Pembekal, peraih dan peladang yang masih kekal dalam perniagaan mula tersenyum. Mereka tahu ada beberapa orang mula membeli sikit-sikit tetapi konsisten. Mereka tidak tahu kenapa tetapi apa mereka peduli, yang penting kelapa mereka terjual walaupun dengan harga murah. [Cold reduce]

Tidak lama kemudian, kelapa semakin mempunyai permintaan. Oh, musim kahwin sudah sampai. Kerisik banyak nak guna, nak buat rendang. Pembekal, peraih dan peladang kelapa mula naikkan harga. Permintaan sudah ada. Beberapa orang yang membeli kelapa sedikit dan konsisten itu tadi pun mula menjual kelapa kepada orang ramai. Pelaburannya mula menampakkan hasil. [Warm]

Harga kelapa semakin mahal. Pelabur kelapa pula sudah mula beli beberapa lori 3 tan dan sudah pakai Mercedes baru. Ramai pula yang bekerja dengan pelabur kelapa. Dan semakin ramai berminat untuk membuka perniagaan kelapa. Santan Kelapa Enterprise. Kelapa Muda & Kawan-Kawan. Kelapa Emas Sdn Bhd. Koperasi Kelapa Hijau. DeCoco Network. Semua Kelapa Bhd. Mana tidaknya, bulan puasa sudah hampir. [Hot]

Abu, seorang pengusaha nenas cemburu melihat kawan-kawan yang berniaga kelapa mula bertukar kereta baru. Dia pun mahu join sekali. Harga kelapa parut sudah berharga RM 2.50 sebiji. Raya pun sudah dekat. Siapa mahu makan nenas waktu raya? Dia pun mula tanam kelapa, daftar syarikat kelapa, pinjam duit sana sini untuk bukak kedai, tanam kelapa, beli kelapa dan sebagainya. Kini, Abu Kelapa sudah datang. Lupakan Abu Nenas yang lama. [Bubble]

Rupanya bukan Abu sahaja yang sebegitu. Mereka yang tidak pernah tahu menahu pasal kelapa pun mula minat nak berbisnes kelapa. Minah, Sally, Samad, Raju, Chin, Chau, Sam, Dol semuanya berminat nak berbisnes kelapa. Siapa tidak meleleh tengok Din Loklak sudah kaya raya dengan jual kelapa sahaja. Harga kelapa parut mencecah RM 4.00 sebiji pun mereka yakin ada pembeli. [Bubble]

Lantas mereka mula memborong kelapa sebanyak mungkin. Duit Tabung Haji keluar. Duit bawah bantal keluar. Duit dalam bank keluar. Pinjam duit lagi. Yang penting mereka semua mahu jadi penjual kelapa! Kalau Din LokLak boleh kaya raya kenapa tidak mereka? Mereka pun nak jadi pembekal, peraih dan pelabur kelapa. [Bubble]

Hari ini dilaporkan RM 5 sebiji kelapa parut! Mereka mula mencongak keuntungan. “Kalau boleh naik RM 10 sebiji ni.” “Kalau naik sampai RM 15 sebiji …” Pakcik Kayo! [Bubble]

Mereka dengar pula cerita orang kampung yang Penghulu Daerah Semua Boleh akan mewajibkan semua rumah masak rendang, bubur, masak lomak pedas dan gulai utara dan air kelapa segar sahaja untuk hidangan hari Raya. Wow! Ini sudah bagus. [Bubble]

Nak dijadikan cerita, pegawai kesihatan datang ke daerah mereka dan memberitahu jangan makan santan banyak sangat. Berminyak. Berlemak. Ada Kolestrol. Nanti sakit. Jagalah kesihatan. [Black Cloud]

Busted! Harga kelapa turun mendadak. Semua orang mahu jual kelapa yang mereka miliki. Tetapi pada waktu itu semua orang memiliki kelapa dengan harga yang tinggi. Lalu harga semakin rendah. RM 4. RM 2.50. RM 1.70. RM 1.20. RM 0.70 RM 0.35 … ! Ramai orang bankrap sebab berhutang. Syarikat terpaksa buang pekerja. Ramai orang mula menganggur. [Rain]

Tapi Din LokLak selamat. Sebab dia mula memborong kelapa dari RM 0.05 sebiji dan mula berhenti memborong apabila harga mencecah RM 2.00 sebiji. Dan dia menjual dan menghabiskan semua stok kelapa semasa harga kelapa mencecah RM 5.70 beberapa hari lepas.

… Tiada siapa peduli kelapa … … … Bekalan kelapa semakin banyak … Syarikat Kelapa Din LokLak mula mencari bekalan semula .[Cold]

Inilah yang telah berlaku dan akan terus berlaku dalam dunia perniagaan dan pelaburan.

Tulip Dutchmania Craze [1634-1637]
South Sea Bubble [1711]
Florida Real Estate Craze [1926]
Great Depression [1929]
Black Monday [19 Oct. 1987]
Asian Crisis [1997]
Dot com Bubble [2000-2002]

(a very nice article by pakdi. Sekarang ni aku perati ada beberapa jenis pelaburan yang mula mendapat perhatian ramai. Harga yang semakin melambung membuatkan ramai yang mula berminat untuk turut serta melabur. Bagus tu! Sekurang2nya ada kesedaran tentang pentingnya pelaburan. Cuma aku just nak advice, kalau melabur tu, melaburlah dengan ilmu. Mesti ada strategy, tahu sekurang2nya apa itu fundamental analysis dan technical analysis. Ada entry, hold and exit strategy. Bukan sekadar ikut cakap orang time harga naik beli, time harga rendah pun beli. Kalau betul dah wat reseach and masa tu sesuai untuk beli/jual, buat lah. Kalau setakat dengar kata2 orang, renung2kan la balik tindakan kita tu. Sebab semua pelaburan dalam dunia ni ada pasang surutnya.Macam cerita kelapa di atas...)