Seminar ni memang superb. Kalau dari segi investment term, ROI aku boleh kata infinity! Sebab aku tak perlu bayar apa2, tapi at the end of the day aku gain a lot. Best kan?
Banyak perkara yang aku belajar dari seminar tu. Cuma untuk posting kali ni, aku share satu part dulu. Nanti kalau aku rajin, aku share lagi info lain.
Dalam seminar tu, ada satu game menarik yang melibatkan teamwork. Aku tak boleh cerita cemana game tu berjalan, sebab disuruh pegang rahsia hehe. Cuma point penting dalam game tu ialah bagaimana kita react bila dalam keadaan kompetitif. Secara semulajadi, ramai di antara participant game tu akan fikir untuk menang, at all cost. Ramai yang fikir macam tu. Kalau kalah pula, kita make sure sumer orang kalah. At the end of the game, (kitorang kalah-kalah dalam game tu), baru kitorang sedar kat mana kesilapan kitorang.
Sebenarnya outcome dalam game tu ada 4 senario.
1. Win - win ( sama ada sama2 menang besar, atau satu team menang besar, lagi satu menang kecil)
2. Lose - Win (Kita kalah, team lain menang)
3. Win - Lose (Kita menang, team lain kalah)
4. Lose - lose (both team kalah)
Daripada empat senario tersebut, mesti ramai yang fikir mesti la kita sumer pilih win - win senario. Haha! Rupanya cakap lebih senang berbanding buat. Bila time dalam game tu, tade dah fikir win-win. Ramai yang fikir senario 3 atau 4. Dalam seminar tu, seeloknya kita pilih senario 1 atau 2. Yes senario 2 pun elok juga.
Senario 1 semestinya the best senario. Cuma dalam senario 2, its ok kalau kita kalah dan team lain menang. Macam contoh dalam kes kita dengan client, tidak mengapa kita kalah dahulu (mungkin kita turunkan harga atau beri perkhidmatan lebih dari yang sepatutnya). Sebab in the future, client tu mungkin akan bawa lebih ramai pelanggan kepada kita.
Berbeza pula dengan senario 3 dan 4. Kalau kita berada dalam senario ni, adalah lebih baik kita WALK AWAY from that deal. Sebab tade sapa yang untung. Kalau kita menang pun, dan team lain kalah, it wont benefit anybody. Kita menang sementara sahaja. Kalau kalah-kalah, lagi la teruk. Seeloknya dua2 team boleh collaborate untuk sama2 menang ( tak kisah la sapa yang menang skit atau besar), the bottom line is dua2 untung. Kalau dua2 kalah, baik tak yah deal langsung.
Well, it easier said than done. Cuba korang reflect balik dalam kehidupan kita seharian, adakah kita buat deal dengan senario 1 dan 2 punya mindset, atau kita buat deal dengan senario 3 dan 4 punya mindset tanpa kita sedari?
No comments:
Post a Comment