Thursday, January 21, 2010

Update2 sehingga kini

Hari ni aku rileks skit. Sekarang ada kat McD ss14 tengah lepak2 sambil tengok2 gelagat orang. Sebelah pagi tadi aku ada presentation meeting dekat Institut Sosial Negara. Alhamdulillah client suka dengan profile company yang aku present. Cuma part rezeki je di luar kawalan aku. Kalau ada rezeki, ada la job. Lepas ni cuma boleh tawakal dan followup sahaja.

Actually lepas habis presentation tu, aku memang nak carik optical mouse. Mouse yang aku pakai sebelum ni wifey punya. So kena la pulangkan balik. Dalam otak cuma terpikir digital mall ss14 je. Malas nak masuk KL semata2 nak carik mouse. Leceh dan parking susah. Digital Mall ss14 kira ok la skit. Parking pon senang cuma kena bayar je la. Tu pun tade la mahal sangat rate die. So lepas dah jumpa mouse tu, aku blank taktau nak gi mana, so secara spontan aku lepak kat McD sbb kat sini ada wifi.

Sementara aku melepak2 kat sini, aku mula menilai balik perkembangan aku since mula berdikari sampai la ke hari ni. Sedar tak sedar, dah nak masuk dua bulan aku bekerja sendiri. Aku ingatkan macam dah berbulan2. Sebab banyak benda aku buat. Aktiviti aku penuh. Meeting sana meeting sini. Call2 client set appointment. Actually kalau difikirkan dari satu segi, rezeki aku murah juga sebenarnya. Ramai potential client yang sudi luangkan masa untuk berjumpa dan dengar presentation aku. Part nak dapat job tu cerita lain la. Tu bergantung kepada banyak faktor luaran seperti budget dan keperluan. Part tu memang kena banyak doa je la. Tapi kalau orang tak kenal kita, lagi la jauh harapan nak dapat job.

Sebenarnya, dalam dua bulan pertama ni, otak aku weng. Kira macam culture shock jugak la. Ye la dah 7 tahun aku kerja dengan orang. Ada supervisor monitor kerja2 aku, ada KPI yang ditetapkan, ada bos yang mengarah2. Sekarang ni sumer tu hilang. Aku yang kena jaga KPI aku sendiri. Sendiri yang set, sendiri yang buat. Pening ooo. Pening yang seronok hehe...

Nasib baik la tempoh hari aku dapat berjumpa dengan juruukur dan pie. Mintak pendapat dan nasihat. Apa yang aku alami sekarang kira normal sebenarnya. Ikut cerita juruukur, keadaan culture shock aku ni maybe akan ada sehingga 2-3 bulan sebelum aku boleh rasa normal dengan kehidupan aku sekarang. Lebih2 lagi aku dah bertahun2 makan gaji. Nak adapt dengan perubahan tu semestinya mengambil masa. As long aku maintain dengan perancangan aku yang aku dah set sebelum ni, there is nothing to be worry about. Just fokus pada usaha yang kuat, doa yang banyak dan tawakal.Iallah rezeki tu ada.

Cuma perasaan ada flexibility of being here at McD pukul 11.30am pada hari bekerja tanpa perlu report pada sesiapa, PRICELESS.....

For everything else, there is visa/mastercard

eh apa aku merepek ni..isk isk

11 comments:

juruukur said...

bestkan kerja sendiri.. bole lepak2 kat McD lagi.. he he he

mula-mula memang cam tuu.. hantar profile company.. ke sana sini.. pastu buat presentian.. penat sikit laa

tapi lepas 6 bulan.. projek slowly mula masukkk.. waktu tuu.. tenang sudah..

lama tak jumpa ko.. bila nak minum?

PG said...

Salam Bro..
Teruskan semangat juang..insyaAllah..
Tuan akan berjaya satu hari nanti.
Bro cuba banyakan solat dhuha..insyaAllah murah rezki..
Take care.Best of luck.

Admin said...

wah macam menarik je pengalaman ni, bilakah agaknya aku akan mengikut jejak2 langkah ini...huhu. Apapun good luck izwan & juruukur & pie juga. InshaAllah jejak-jejak businessman ini akan dijejaki, cumanya kena settlekan 2-3 benda dulu baru boleh masuk fastlane..goodluck2 & all the best

mdizone said...

uish seronoknyer ada rakan2 yang mendoakan kejayaan. Bagus la kita semua macam ni. wish yang terbaik untuk perjuangan rakan2 kita. Jangan ada mentaliti menjatuhkan bangsa sendiri. Tu sumer mentaliti lapuk. Dah usang. Sekarang ni kita sama2 naikkan semangat rakan2 kita supaya kita maju bersama2.

Juruukur, aku free je sekarang ni. nak lepak esok malam pn ok. nanti roger2

PG said...

Salam Bro..
Kita kena ada banyak networking dan kawan2 yang boleh dipercayai.
Kena ada satu team yang kuat.
Kita tak leh kerja sorang2 dalam dunia ni..:)
Terus maju bro..selamatttt

peruzz said...

bro... aku nk cakap lebey2 pun..aku makan gaji lagik.. lgpun budak2 lagii..br keje..takkan nk kasik nasihat kt org lama kan.. hehehe
apepun.. gud luck bro... keje sendirik gak beshhh..

rumet said...

best aku ada kawan yang dah kerja sendiri... kalau lepak minum mesti die belanja :)

mdizone said...

peruz, makan gaji pun tade salahnya. Yang penting hati gembira bila bekerja. Jangan rasa terpaksa atau ada perasaan 'victim' of situation. cth macam " aku terpaksa keje sb nak sara keluarga" , " kalau aku tak de gaji bulan2, cemana aku nak bayr hutang rumah hutang kete etc" . Kalau makan gaji, kita mesti berusaha untuk alignkan matlamat syarikat dengan matlamat kita supaya selari. Baru la synergy.

Aku bekerja sendiri pun sbb aku dah berusaha untuk alignkan goal aku dgn syarikat tapi tak berjaya. Boleh kata bercanggah la. So dalam kes ini,aku dah jadi liabiliti pada syarikat aku dan ini tidak adil sbb aku amik gaji dari syarikat. Ramai lagi orang lain di luar sana yang boleh mengambil alih tempat aku dan bagi yang terbaik. So aku kena gentleman dan beri ruang pada orang lain. Ada juga yang tetap bekerja walaupun rasa dreadful sb tak suka dengan keje diorang. Golongan macam ni patut ubah mentaliti.

Aku teringat satu kata2 hikmah dari sorang pakar motivasi yang syarikat aku hantar satu masa dulu.

" if u are not happy with ur company, try ur best to move up and do changes, if cannot, u move sideway. If that also cannot, u move out"

so basically aku chose the third option la ehhe..

Rumet: weh lepas ni ko banja aku plak hahaha..dem la badminton kensel. cis cis

engkubujal2211 said...

ko punya ayat power lah bro,..cuma korang hot banding dgn sifu pie.....

mbakar org2 mkn gaji mcm aku dgn cara perlahan....
hahaha

apa pun,tahniah atas kejayaan kuar dr ratrace... power lah

mdizone said...

uish jangan la compare aku ngan sifu pie, die tahap otai tu. Aku ni baru je nak bertatih. Cuma sekadar berkongsi pendapat.

btw aku belum kuar dari ratrace lagi. Perjalanan aku baru je nak bermula. Tapi aku target kuar dari ratrace before 40. Insyallah.

Intan Alias said...

hai izwan,

hehe, masa awak dlm ofis annexe dulu even duk depan2 pun tak pernah nak bercakap. tiba2 ter-cakap plak dlm alam siber ni. hehe..

apa2 pun, kite dengar skang awak lebih happy, kite pun tumpang happy juga. at least awak dah dapat apa yg awak nak kan. well maybe perjalanan masih panjang tapi at least awak dah lakukan langkah yang pertama.

teruskan usaha n harap awak berjaya ye. good luck my friend :)

p/s: kalau terserempak kat mana2, jerit je nama kite k. jgn malu jgn segan ek. hikhik. see you around :))