Actually aku pon secara tak sengaja main badminton ni. Ada member ajak pastu aku plak free, apa salahnya join kan. Tak reti main pon takpe la. Dah la tak reti main, bertahun plak tu tak pegang raket. Tapi memandangkan pagi sabtu ni aku tade apa nak buat, baik aku join member2 aku tu. Sekurang2nya dapat gak update2 khabar dan cerita masing2. Dan sememangnya tak rugi aku join diorang.
Ada satu benda baru aku belajar hari ni. Pasal pelaburan tanah tapi konsep lain. Ada member aku yang sorang ni, dah beli tanah kat area klang valley ni. Lot banglo. Die dapat dengan harga yang agak ok. Murah skit dari market. Die plan nak buat rumah pastu nak duduk sementara. Bila ada offer yang menarik, die nak jual. Kira macam teknik small developer la ni. Menarik gak citer die tu. Ada peluang dapat pulangan yang bagus. Menurut member aku ni, die dah plan lama nak carik tanak area klang valley sebab nak buat dream house. Die ni boleh kata quite stable la. Sebelum ni die dah pernah beli jual 1 apartment dengan 1 kondo. So sekarang die nak try tanah plak. Bila dapat peluang untuk beli tanah murah, die pon sambar. Murah tu tade la jugak. Beratus K jugak la. Kalau kategori orang macam aku ni belum mampu la nak main game macam ni.
So plan die, mula beli tanah dulu. Pastu tengok modal, kalau boleh pergi, die nak buat rumah banglo plak. Once dah complete sumer, die nak duduk dulu n sambil2 tu buat offer to sell. Estimated boleh untung dalam 30-40% berbanding harga kos beli tanah + buat rumah + misc items (legal, arkitek etc etc). 30-40% utk benda beratus ribu, banyak jugak tu! Sekali dapat close deal, memang masyukk....
Aku sendiri pon tak terpikir pelaburan tanah cara macam ni. Kalau sapa2 yang berduit tu, maybe boleh consider teknik ni. Kalau teknik Juruukur plak lain tapi tu takleh citer sebab aku sendiri pon tak berapa paham lagi. Salah citer kang, bahaya. Lain plak jadi nya karang. Sekarang aku cuma tau lelong lelong lelong. Tak berkembang lagi ilmu aku. Banyak lagi nak kena belajar rupanya. Tu baru bidang hartanah! Tak campur lagi ilmu stock, forex, emas, bisnes etc. Perghh tak tercover dibuatnya.
So kesimpulannya, nak tere sumer benda dalam dunia ni agak mustahil. Seeloknya kita mahir dalam 1-2 bidang je pun cukup. Kalau ada bidang lain yang kita tak mahir, kita carik kawan2 yang mahir pastu buat JV. Die pon bole guna skill kita, kita boleh guna skill die. Sama2 untung. Baru la seronok.
(teringat sessi main cashflow tempoh hari...)
No comments:
Post a Comment