Sebenarnya aku tade apa sangat nak dikongsi kebelakangan ni. Bukannya tade benda menarik yang berlaku, its just benda tu aku tak boleh nak cerita dalam blog. Dalam blog ni, ada benda yang kita boleh kongsi, dan ada juga yang kita kena simpan rahsia sebab melibatkan sensitivity orang lain. Tu kita kena jaga. Mesti bertanggungjawab dengan apa yang kita tulis sebab ramai orang baca tulisan kita. Kalau apa yang kita cerita tu tidak tepat atau berunsur fitnah, dosa tu kita yang tanggung. Tu pasal ada pepatah kata " hujung pena (dalam kes ni blog la) lebih tajam dari mata pedang".
So untuk post kali ni, aku nak share pasal ada sales MPH. Aku baru perasan iklan dia. So pada sapa2 yang suka membaca tu, dun miss this oppoturnity. Bukan senang MPH nak wat sale besar2an.
Tarikh : 27/1/2010 - 31/1/2010 (kalau tak silap)
Masa : 10am - 10pm
Tempat : Stadium melawati, Seksyen 13, Shah Alam
Aku plan nak pergi esok. Nak tengok kot2 ada buku2 lama yang aku teringin nak baca tapi tak beli lagi. Lately aku pun dah mula jarang baca buku. Tak sure la sebab tade masa ke, atau mood tu tade. Masa tu sebenarnya boleh je carik. Instead of main game atau berfacebook, better baca buku kan hehe. Cakap senang la. Try buat tengok :P
Selain dari tu, aku pun ada khabar gembira nak kongsi. Sekarang aku dah jadi ayah sedara untuk sepasang kembar. Anak abang ipar. Belum jumpa lagi. Hari ni baru nak jumpa sebab family sekarang ada di johor. Balik hari ni. Cant wait to see the babies. Yang aku tahu setakat ni ema dah start cemburu2. Haha sangat cute...
Afiq & Afif
2 comments:
comelnye... kembar seiraskan?
haah kembar seiras, sampai sekarang masih susah nak bezakan yang mana abang ngan adik
Post a Comment