Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun Baru!!!

Hi All!

Esok kita akan sambut tahun 2010. Maka berakhir la tahun 2009 yang penuh dengan kenangan2 pahit dan manis. Bagi aku, tahun ni merupakan antara tahun yang paling aktif dalam hidup aku. Banyak perkara2 besar berlaku dalam tahun ni. Ada yang aku ingat, ada juga yang dah mula luput dalam ingatan.

Salah satu perkara terbesar yang berlaku kat atas diri aku pada tahun 2009 ialah kejayaan aku untuk melangkah keluar dari comfort zone dunia makan gaji bersama satu syarikat GLC yang sangat kukuh. Bukan mudah untuk aku melakukan perkara tersebut. Berbulan2 aku mencari ilham, bertanya pendapat, muhasabah diri, mencari restu orang2 tersayang dan membuat persiapan. Keinginan aku untuk keluar dan mengorak kehidupan sendiri sebenarnya telah bermula dari tahun 2004 lagi. Pada ketika itu, perasaan ingin berdikari masih dalam fasa tenggelam timbul. Kejap ada kejap hilang. Cuma pada tahun ini, perasaan tersebut timbul tanpa dapat ditahan2. Ditambah pula dengan galakan dari mentor aku, keberanian yang ada akhirnya cukup untuk aku mengambil tindakan untuk bekerja sendiri.

Selain dari tu, tahun 2009 juga merupakan tahun aktif bagi dunia pelaburan hartanah aku. Banyak betul rumah lelong yang aku turut serta membida. Ada yang menang, banyak yang kalah. Di situ aku belajar erti tidak mengenal putus asa. Kadang2 tuhan sengaja menguji kita untuk menilai sejauh mana kita inginkan sesuatu perkara tersebut. Semakin susah kita berusaha untuk mendapatkan apa yang kita nak, semakin manis perasaan gembira yang akan kita rasai bila kita berjaya.

Untuk tahun 2010, aku baru sahaja mengemaskini resolusi aku. Tak banyak yang aku buat cuma mengemaskini resolusi tahun 2009. Ada yang dah tercapai, ada yang masih dalam proses.Pada yang belum buat sebarang resolusi tahun baru, better buat segera dan berusaha ke arah resolusi2 tersebut. Jangan pula lepas buat resolusi tu, simpan bawah katil. Sesia je. Tentang bagaimana nak buat resolusi yang bagus, rasanya tak perlulah aku olah disini. Dah banyak panduan di luar sana tentang bagaimana nak buat resolusi yang baik. Aku boleh bagi hint. Resolusi yang bagus mesti boleh dikira/dinilai, praktikal, ada jangka masa dan boleh dicapai.

Pada yang mengikuti blog aku, aku ucapkan terima kasih banyak2. Semoga korang sedikit sebanyak mendapat manfaat dari apa yang aku tulis disini. Aku harap aku mampu berkongsi lebih banyak ilmu dan manfaat pada korang sumer untuk tahun hadapan.

Selamat Tahun Baru!!!

Tuesday, December 29, 2009

Pentingnya Networking

Semalam hari yang cukup best untuk aku. Mula2 starting tak berapa bagus. Sepatutnya sebelah pagi aku ada appointment dengan satu jabatan ni. Dah set since last week. Malangnya officer yang aku patut jumpa tu ada masalah lain pula, terpaksa EL. So aku cuma boleh tinggalkan profile dan set appointment lain. Tape la ni sumer dugaan nak berniaga. Ni orang kata baru halangan kecik anak je ni hehe..

Sebelum ni aku ada sebut pasal The Secret. Antara point penting dalam The Secret tu, kita kena sentiasa dalam keadaan minda yang positif walaupun keadaan yang terjadi tidak seperti yang kita rancang. Kena sentiasa anggap setiap yang berlaku ada hikmahnya. Dan ia betul2 terjadi! Selepas meeting pagi tu dibatalkan, aku memang ada tendency nak feel down. Ye la parking dah la susah, menapak jauh, pakai suit plak tu. Sekali kensel plak. Tapi dalam keadaan macam tu, aku tetap berusaha untuk fikir positif. Kekalkan semangat motivasi yang tinggi dan sentiasa beranggapan baik.

Sebelah petangnye, aku ada set nak jumpa dengan juruukur. Memang untung sungguh dapat jumpa. Dapat jumpa dengan Saiful sekali. Tu sume kawan2 kita tu. Masing2 ada citer masing2. Dengan juruukur, macam2 hal pasal tanah aku belajar. Tu sumer bahasa2 yang asing untuk aku tapi sangat berbaloi dapat tahu. Ultimately, sebagai pelabur hartanah, aku memang dah target one fine day aku dapat terlibat dengan pelaburan tanah. Sekarang aku dah ada kawan yang mahir dalam bidang tersebut. Kadang2 ilmu sebegini tak boleh diperolehi dengan membaca sahaja, kena ada guru. Saiful pula banyak juga cerita pasal town planning dan kursus kawin.
Yang menjadi hikmahnyer untuk peristiwa pagi tadi, Juruukur terus tolong set kan satu appointment jumpa kawan die untuk tunjuk pasal profile design aku. Alhamdulillah, sapa sangka kan? ni la namanya rezeki.

Sebenarnya, banyak peluang bisnes ada di luar sana. Tinggal nak buat atau tak je. Pokok pangkalnye, sumer terletak atas diri kita sendiri. Kalau kita rajin berusaha, rajin berkawan, iallah peluang rezeki tu ada je kat mana2. Kalau malas, memang takleh nak tolong la. Tu sendiri punya penyakit.

Harap lepas ni kita dapat selalu berjumpa dan update each other. Kuatkan ukhwah sesama kita. Tolong bisnes kawan2. Baru la kita akan kuat. Bila dah kuat, tade la kita diperkotak katikkan oleh pihak luar. Pada golongan2 graduan yang masih menganggur kat luar sana, cuba bukak mata besar2, tengok peluang2 yang ada disekeliling korang.Bumi malaysia ni sebenarnya bumi yang subur. Rezeki ada di mana2. Kalau korang bagi alasan takde keje untuk justify kenapa korang menganggur, sesia la korang belajar tinggi2 sampai universiti. Tapi bila berada di dunia luar, takleh berdiri atas kaki sendiri. Nak kata tak pandai, belajar sampai universiti...hmmm ntah la..


Friday, December 25, 2009

Up - The saturdays

(Lagu ni berkumandang masa aku tengah dalam dilemma persimpangan hidup antara nak terus makan gaji atau bekerja sendiri which is a few months back kalau tak silap. Masa first time dengar lagu ni, aku just suka pada lagu tu je. Tak perasan pun part lirik die. After dengan dua tiga kali lagu ni, baru aku mengikuti lirik die. Pada aku lirik die mengandungi mesej motivasi yang kuat dan berkesan pada aku. Just wanna share dengan u all. Harap2 kesan motivasi lagu ni pun boleh berkesan pada korang juga.Aku bold kn line2 lirik yang ada mesej yang best)




[Una]
Go, go, go,
It's time to make a move and we both know,
It's time to step it up a notch,
I'm ready to lose touch,
Baby boy,
Go, go, go.

[Vanessa]
This is the crossing at the main intersection,
Up is where we go from here,
Finest selection,
This could take us anywhere,
I don't want protection,
Life is better of the line, ine, ine...

[All]
I'm ready for the lift up,
Keep steady beat,
'Cus I'm ready for the big jump,
Keep up with me,
If you lose me then you know, you're just a bit too slow,
I only go up, up.
I'm ready to be in control and the ground isn't good enough for me,
I know where to find what I want and I'm gonna keep on,
Keep on, up, up

[Una]
No turns now,
We're going straight,
You better hold on tight,
'Cus if you fall you're on your own,
'Cus I'm gonna go on,
No, no, no turns now.

[Vanessa]
This is the final call for all destinations,
This is were you're in or out,
No hesitation, this is not the time for doubts,
Make your decision,
Are you on or off the line, ine, ine... ?

[All]
I'm ready for the lift up, keep steady beat,
'Cus I'm ready for the big jump, keep up with me,
If you lose me then you know, you're just a bit too slow,
I only go up, up.
I'm ready to be in control and the ground isn't good enough for me,
I know where to find what I want and I'm gonna keep on,
Keep on, up, up

[Vanessa]
This is the crossing at the main intersection,
Up is where we go from here,
Finest selection,
This could take us anywhere,
I don't want protection,
Life is better of the line, I, I...
(Ooh)

[All]
I'm ready for the lift up, keep steady beat,
'Cus I'm ready for the big jump, keep up with me,
If you lose me then you know, you're just a bit too slow,
I only go up, up.
I'm ready to be in control and the ground isn't good enough for me,
I know where to find what I want and I'm gonna keep on,
Keep on, up, up

Tahniah Juruukur!!

Hari ni ada berita gembira dari seorang rakan blog aku. En Hafizal aka Mr Juruukur (mindahartawan.blogspot.com) telah berjaya mencapai financial freedom beliau pada umur 34 tahun! Usia yang boleh dikatakan agak muda. Ini sudah semestinya satu pencapaian yang menakjubkan.

So lepas ni en juruukur kita dah tak perlu risau lagi pasal duit untuk survival. Masa yang ada sekrang boleh difokuskan untuk matlamat2 lain seperti mengembangkan asset, tolong orang lain, buat kerja2 amal atau bangunkan bisnes ke tahap yang lebih tinggi .Tak kisah la apa pun matlamat tu. Kalau dalam game cashflow , en juruukur dah sampai level fast track. Boleh venture into big2 investment dah. Bestnyee..

Aku sekarang dah nak masuk 30. Kalau nak sama tahap dengan en juruukur, maknanya ada dalam 3-4 tahun je lagi nak kena bina passive income supaya lebih dari monthly expenses. Cukup ke masa tu? Kalau fikir positif, cukup kot. Tambahan pula aku dah mula mengorak langkah sendiri, 100% masa aku boleh ditumpukan untuk kehidupan sendiri. Tade diversion lagi dah.

Sebenarnya tak susah nak capai financial freedom kalau kena gayanya. Antara faktor kritikal ialah disiplin dan kesanggupan untuk delay grafitication. Biasanya ramai yang tak berjaya capai financial freedom due to this 2 factor la. Income kalau banyak mana pun tapi selagi tak bijak convert income to jadi asset, pun tak guna juga. Baru2 ni aku ada dengar citer pasal seorang kawan (aku tak kenal sangat). Die keje jadi drebar kelas atasan (pilot MAS). Gaji dalam rm20k sebulan. Banyak tu kan. Tapi dari citer yang aku dengar, die ada hutang kete dalam rm200k dengan hutang rumah rm800k. Almost rm 1 million hutang. Aku harap hutang2 tu adalah good debt la. Kalau bad debt, aku harap beliau boleh manage hutang2 tersebut dan tidak terperangkap dalam rat race selama2nya. Lagi pun sapa la aku nak mengkritik. Pendapatan sekarang pun tak menentu. Aku cuma boleh mengambil iktibar.

Pada en juruukur, tahniah sekali lagi. Harap2 dalam few years ni aku boleh join ko di level fast track. Time tu kita boleh JV buat projek2 besar la. Aminnn...


Paying a high price for bad advice

(sumber : Yahoo finance --> expert advice --> Robert T Kiyosaki)


At this time of financial crisis, people are seeking good, relevant advice. But this can be hard to find.

The following is typical of a question you would see in a financial publication -- and its less-than helpful answer:

Q: What can someone whose 401(k) is down do to rebuild their retirement savings?

A: For anyone who is at least five years from retirement, there is probably time for their investments to right themselves.

Resist the urge to take money out of a 401(k) or to stop making contributions to it. Research has shown that dollar-cost averaging -- investing at given intervals -- pays off well in times of crisis.

Check whether the wild market swings have thrown off your asset allocation -- the specific mix of stocks and bonds that makes sense for an individual's financial goals and risk tolerance. If so, then rebalance it by selling shares that are overvalued and buying those that are below optimal levels. Focus on low cost....

Blah, blah, blah.

How naive do the so-called financial experts think people are? Well, obviously, many people are that naive because millions keep listening to the same old advice again and again.

The Same Old Story

So what is wrong with those giving the advice and those following it? Now that the markets have crashed and trillions have been lost, these so-called experts continue on like mindless parrots, saying over and over again, "Polly wants you to invest in a well-diversified portfolio of mutual funds."

Don't they know the market has changed? Don't they know the global economy is contracting, not expanding? Don't they know their advice is bad regardless of whether the market is expanding or contracting? Doesn't the general public realize that most financial "experts" are not professional investors? They're either sales people or journalists -- people who earn money via commissions or a paycheck. And even the people running our biggest investment banks -- or what use to be investment banks -- are compensated via commissions or a paycheck. They are not investors. They are employees working for banks.

So my advice is, be very careful whom you take financial advice from -- and that includes me. My guidance, after all, does not work for 80 percent of the people. My suggestions are not right for those who work for a paycheck or for commissions, nor do they work for those who save money in the bank or a retirement account.

The Right Advice for the Right Audience

My advice is for people who are entrepreneurs or professional investors. I have had a "real" job for only four years of my life, which means I only collected a traditional paycheck for that very short period of time. I do not have a retirement account. If my businesses or my investments are not profitable, then I don't eat. And I like to eat.

I chose to live my life this way because this financial lifestyle keeps me honest. It also keeps me wary and very suspicious of financial experts who offer inane advice. I personally cannot live on such advice. My businesses and investments need to be profitable monthly and pay me monthly, regardless of whether the economy is expanding or contracting.

I don't live in some fairytale world with the hope that the markets will right themselves in five years. I don't keep putting money into a losing venture such as a retirement plan filled with stocks, bonds, and mutual funds. I do not live on false promises. I cannot afford to live on bad advice.

Some Serious Questions

My questions to financial journalists and others who are doling out poor counsel: "What if your advice is wrong in five years? What happens if the markets don't come back? What happens if the markets just stay flat or crash even further? What happens if the markets recover and then crash when the person following your advice is in their late eighties?"

My advice for those seeking financial advice: Look for investments that pay you monthly or quarterly, regardless of whether the markets are up or down or whether the economy is expanding or contracting. Stop listening to those pseudo financial experts with crystal balls and journalism degrees.

The following are tidbits of information to keep in mind as you consider your financial options:

1. I learned my investment philosophy at the age of nine by playing Monopoly. In the game, if I had one green house, I was paid $8. If I had two green houses, then I was paid $16.

I began playing Monopoly for real when I was 26 years old. Today my wife and I have approximately 1,400 little green houses -- each paying us monthly. You do not have to be a rocket scientist or have a Harvard degree to play Monopoly for real. Today's depressed real estate market is the best time to start buying little green houses, even if credit is tight.

In 1987 the stock market crashed. That crash was followed by the crash of the Savings and Loan industry. Those two crashes led to the crash of the real estate market. The economy stayed down from 1987 to 1995. Even though my wife and I were strapped for cash and bankers did not want to lend to small investors, we found ways of putting deals together by using seller financing and creative financing, or simply taking over properties that the bank did not want on its books.

Most financial experts discourage people from doing what I do. They often say that it is risky -- and it certainly can be. But, in my opinion, following their advice of putting money into a savings account and investing in a 401(K) is even riskier in this volatile economy.

2. Today, as the economy is contracting, cash is king. Yet because the Federal Reserve is printing trillions of Monopoly dollars in order to stop deflation, in a few years we could see a hyperinflationary period. Hyperinflation will wipe out the value of a saver's holdings and eventually destroy most mutual funds as the government begins to raise interest rates in an attempt to stem inflation. In a hyperinflationary period, gold and silver will be king.

3. I am not actually recommending gold, silver, or real estate. Assets do not make you rich. Assets can make you poor if you are not careful. In 1980 gold and silver hit all-time highs, gold hitting $800 an ounce and silver $50 an ounce. So the suckers jumped in and were slaughtered. The same thing happened with real estate in 2004.

If you do not know what you are doing, no asset can make you rich. Ultimately, what makes you rich is your financial intelligence. Your greatest asset is your brain -- so take care of it and protect it from bad advice.


Thursday, December 24, 2009

Nostalgikyee

Semalam aku allocate the whole day untuk aktiviti mengemas meja kat pejabat lama. Sedey juga rasanya bila dah sampai opis lama hari tu. Aku saja allocate the whole day sebab nak spend time dengan kawan2 lama. Lepak2 dengan diorang, tanya2 perkembangan semasa. Lepas ni bukan senang aku nak datang opis lama aku tu lagi. Dah la parking mahal. Kalau tade sebab yang kukuh, memang la aku tak datang.

Selain dari kemas meja, aku pun kena setelkan beberapa urusan lain macam pulangkan balik laptop kompeni dengan selesaikan urusan HR tentang gaji terakhir aku. Part gaji ni, aku baru tahu kompeni takleh releasekan gaji aku untuk bulan ni sebab aku kena setelkan part tax declaration dengan LHDN. Leceh juga rupanya. Terpaksa la gaji aku bulan ni di tahan dulu. Nasib baik masih ada saving, setakat gaji lewat sebulan tu aku boleh cool lagi la.

Masa kat opis hari tu, tak ramai pulak kawan2 yang aku jumpa. Ramai yang tade either pergi meeting, atau bercuti, atau menghilangkan diri. Ye la nama pun dah hujung tahun. Ada department yang kena kerja giler2 macam department akaun etc. But most department dah rileks dah. Banyak keje dah diselesaikan sblm hujung tahun. So time2 macam ni, sumer dah mood cuti. Nasib baik la kawan2 rapat aku ada hari tu. Sempat la kitorang turun minum sekali. Tade la terkilan sangat. Lama gak kitorang borak. Ada la lebih 2 jam. Haha aku dengan selambanye mencuri masa pekerja kompeni lama aku tanpa rasa bersalah.

So lepas aku dah pack2 sumer, aku terus gerak ke LHDN kg attap pasal akaun cukai aku kat situ. Tak ramai orang hari tu. Cepat je giliran aku sampai. Tapi turn aku tu la lama. Dekat sejam. Ada borang yang aku kena isi. Sistem cakap aku tak declare income tahun 2004. Perghh cerita lama tu. Mana la aku ingat. Tak kisah la tu. Apa yang diorang soh wat, aku wat. Tup2 aku kena bayar cukai rm200 lebih. Hampeh tul. Ingatkan dapat rebate hehe. Tape la janji gaji aku lepas. Cukai tu nanti tolak dari gaji terakhir aku.

So lepas ni officially aku akan terus mara dengan kerjaya baru aku. Tade lagi nak toleh2 belakang dah. No more turning back option. Jalan yang ada hanya ke hadapan. Pada rakan2 kompeni lama aku, aku ucapkan selamat maju jaya pada korang sumer. Lepas ni kita akan melalui laluan kerjaya yang berlainan. Kalau ada rezeki, kita jumpa lagi di masa depan.


Penenang jiwa bila aku dilanda tekanan...

my little cheeky princess

Wednesday, December 16, 2009

Oh Bangsaku...

(sumber : www.tazilan.com)

Salam, harapnya anda semua dalam keadaan baik-baik sahaja.

Sebenarnya akhir-akhir ini saya berasa agak sesak dada melihatkan perkembangan politik negara terutama sekali apabila ia melibatkan Perlembagaan Negara dan kepentingan orang Melayu. Namun saya tak berminat nak membincangkan tuntutan kaum bukan Melayu terutamanya yang dibangkitkan oleh wakil rakyat DAP.

Saya boleh faham dan terima tindakan mereka itu kerana ia menunjukkan mereka memiliki keazaman dan kesungguhan untuk membela kepentingan bangsa sendiri. Dah namanya wakil rakyat, maka apa yang mereka suarakan itu juga adalah tugas mereka. Kalaulah kita dilahirkan sebagai bukan Melayu, nescaya kita juga mahukan kesaksamaan dari segala segi.

Soalnya mengapa hanya sekarang begitu berani dan lantang? Dah lama kita dengar slogan menuntut kesamarataan ini iaitu ‘Malaysian Malaysia’ yang dicipta oleh Lim Kit Siang tetapi impaknya tak menggegarkan. Mengapa pula desakan kali ini dirasakan begitu ampuh sekali?

Sebabnya orang Melayu berpecah dan tak mahu bersatu. Hanya disebabkan dendam, gila kuasa dan politiking yang keterlaluan, bangsa Melayu semakin lemah dan relai…. mudah sekali digoyang dan diancam.

Dahlah ketinggalan dari segi ekonomi dan akademik, kekuatan politik yang menjadi tunjang bangsa Melayu di tanah Melayu selama ini juga kian terhakis. Lepas ni apa yang tinggal?

Saya lihat bukan Melayu terutamanya orang Cina tetap teguh bersatu walaupun berlainan ideologi politik. Biarpun mereka terdiri daripada MCA, DAP, ataupun Gerakan… bahkan ramai antara mereka berlainan pegangan agama (Buddha, Hindu atau Kristian), namun perihal kepentingan bangsa mereka tidak sesekali dikompromikan. Mereka sekata dan sehati!

Saya teringat peristiwa 16 tahun lalu (1993). Ketika itu saya merupakan seorang ’salesman’ dan berjaya membuat temujanji dengan salah seorang Pengarah syarikat kumpulan Pasaraya Fajar. Pengarah tersebut tentunya seorang Cina bergelar Datuk (dah lupa namanya) melayan saya dengan baik. Sebenarnya dia terkejut kerana itulah kali pertama beliau bertemu seorang salesman berbangsa Melayu.

Selesai urusan kami (saya berjaya dapatkan kontrak besar!), Datuk tersebut mempelawa saya berbual sambil dihidangkan teh cina. Perkara yang takkan saya lupakan daripada perbualan tersebut ialah tentang kekuatan orang Cina dalam bisnes disebabkan kerjasama, kesepakatan dan jaringan (networking). Bahkan beliau mendedahkan walaupun beliau seorang jutawan, beliau berkongsi modal dengan tiga lagi jutawan Cina lain demi mewujudkan bisnes pasaraya tersebut.

Beliau mempersoalkan mengapa tak ada satupun pasaraya besar milik bangsa Melayu sedangkan ramai juga jutawan Melayu dan pengguna terbesar adalah orang Melayu?

Beliau jawab sendiri persoalan tersebut… sebabnya jutawan Melayu tak mahu bersatu. Kalau boleh semua mahu makan seorang, kaya seorang. Sedangkan hakikatnya kekuatan atau kemampuan kita amat terbatas jika kita berseorangan berbanding bekerja dalam satu kumpulan!

Beliau tanya lagi… ada butut (betul) ka saya cakap? Saya hanya tersenyum pahit… sepahit teh cina yang dihidangkan. Dalam hati… memang betul katanya itu.

Jadi jangan salahkan DAP dengan kerenah mereka. Orang Melayu sendiri yang membuka peluang keemasan ini, takkan mereka nak lepaskan. Pintu pagar dah kopak dan terbuka sedikit, tentulah mereka cuba nak masuk.

Jangan salahkan kaum lain kalau kita sendiri yang lemah… Kita Melayu, tak kira PKR, PAS atau UMNO… semuanya beragama Islam, susah sangatkah nak berpakat? Orang takkan perlekehkan kita kalau kita KUAT!

Kita dok kelahi, depa pakat ketawa kat kita.

(walaupun artikel ni tak berkaitan dengan finance dan property, aku terpanggil nak sebarkan sebab aku rasa bangsa melayu kita dah makin lemah dan goyah. Masing2 sibuk mempertahankan ideologi masing2 sampai hilang perpaduan bangsa melayu tu sendiri. Sedey2. Kalau kuasa politik melayu pon dah boleh diperkotak katikkan oleh bangsa lain, apa lagi yang ada untuk kita?Takkan nak sampai dihalau dari bumi sendiri baru nak cakap " oooo...KALAU lah dulu kita bersatu padu...")

Saturday, December 12, 2009

i know...THE SECRET

I know now...

"Man becomes what he thinks about"

"Whatever it is you are FEELING, is a perfect reflection of what is in the process of BECOMING"

Maybe ada di antara kita yang baca wording kat atas dengan rasa kagum, ada yang rasa biasa2 dan ada yang rasa skeptikal.

Dalam kes aku, aku rasa kata2 di atas sangat2 powerful. If kita really2 understand dan menjiwai ayat2 tu, kita akan ada satu senjata yang sangat berkuasa.

It is THE LAW OF ATTRACTION

Aku percaya ramai yang mungkin dah tahu tentang perkara ni. Aku plak baru je tahu. Selama ni aku tak tahu menahu pun pasal law of attraction ni. Just aku buat apa yang aku rasa betul. Selama aku hidup ni, aku terasa dalam diri, apa sahaja yang aku nak, iallah aku akan dapat. Tak tahu macam mana aku dapat, dan bila aku dapat. Cuma yang aku tau, aku dapat.

Susah aku nak elaborate tentang benda ni. Taktau nak karang ayat macam mana.

The bottom line is, if u keep FEELING GOOD, good things will come/happen to u. If u keep FEELING BAD, bad things will come/happen to u.

Be positive, visualize what u wants with FEELING, dan yakin dengan rezeki ALLAH.

The way will be shown to u...

When the way is presented to u, take the ACTION.

And you will get there...

Wednesday, December 9, 2009

Rindu kat aktiviti auction

Bila aku browse blog faridz semalam, tetiba rasa rindu plak dengan aktiviti lelongan awam. Terasa macam agak lama tak ambil tahu tentang senario lelongan awam sekarang. Dari apa yang aku baca, persaingan masih amat sengit macam dulu. Mungkin lebih sengit lagi. Kalau nak dapat rumah kat area2 hot dan terkenal, kena bersedia la lawan sampai harga yang tinggi. Jangan sampai lebih dari market value dah le. Kalau dah lebih dari market value, buat apa la susah2 buat bank draft pastu kena spend time pergi auction, pastu kena spare plak duit untuk repair apa2 yang patut. Baik la beli subsale je. Boleh negotioate, rumah dah konpem cantik, pastu takyah bayar apa2 tunggakan.

Dah 2 bulan rasanya aku dok diam2. Tak amik tau pon listing2 terbaru. Kalau ada pun, setakat browse2 macam tu je. Tade la nak pusing2 tengok rumah etc. Saje aku tanak amik tau. Sebab nanti geram je. Bukan boleh participate pon. Lagi pun banyak benda lain yang perlu aku setelkan sekarang. Duit yang ada ni pun kena berjimat cermat tak boleh guna sesuka hati. Aku dah la tade gaji tetap sekarang. Segala perbelanjaan rumah kena guna duit simpanan. Kalau tak berhati2, duit simpanan aku boleh habis sebelum aku mula dapat income, time tu memang pengsan la. Selain tu aku pun dah tak boleh nak apply loan sebab tade pendapatan tetap. Paling awal aku boleh apply loan balik pon maybe after 1 year from now. Tu pon kalau segalanya berjalan dengan lancar. Kalau ada hiccup, lagi lewat la kot.

Walaubagaimanapun, aku takkan tinggalkan dunia lelongan ni. Antara tujuan utama aku beralih angin (tukar keje) ni pun sebab aku nak increase income pastu rempit buat asset dengan hartanah. Kalau aku masih kat tempat lama, progress aku untuk tingkatkan asset teramat perlahan. Ye la, gaji bukan banyak, cukup2 untuk belanja rumah. Kalau dapat menyimpan rm1k pun dah kira cemerlang tahap dewa. Bayangkan, kalau berjaya simpan rm1k secara konsisten, baru dapat rm12k setahun. rm12k setahun tu cukup setakat nak beli rumah low cost je. Takkan selama2 nak beli lowcost kan? Aku teringin gak nak beli shoplot2 dan tanah yang harga rm500k ke atas. Masalahnya kalau makan gaji, income terhad. Ada limit walau seteruk mana pun kita kerja. Bonus plak bergantung pada majikan. Setakat aku pernah bekerja dulu, ada la purata dalam rm5k setahun. Setahun tu nak tunggu rm 5k!!!! Tu pun kalau nasib baik. Kalau nasib tak baik, habuk pun tak dapat. Fleksibiliti tu takde. Keje teruk gak, balik lewat malam gak. Kepala serabut gak. Tapi income takat tu je. Kalau nak naik gaji, kena jadi manager. Ada la naik setakat rm1-2k sebulan. Tapi beban kerja jadi double. Isk mengikut kiraan aku yang tak seberapa ni, rasa macam tak logik je untuk aku stay.

So harap2 ada la rezeki aku kat tempat baru ni. Walaupun sesetengah orang kata apa yang aku buat ni berisiko, ( takde gaji tetap etc), sekurangnya2 aku pilih sendiri apa yang aku nak buat. Kalau aku kerja keras, iallah rezeki yang aku terima setimpal. Kalau aku malas, padan muka sendiri la hehe. Kat tempat lama pun aku boleh kerja keras, kenapa aku tak boleh keje keras untuk diri sendiri kan?

Pada rakan2 seperjuangan lelongan, good luck to u all. Aku akan memerhati dari jauh. Once aku dah ready nak berkecimpung balik, kita jumpa kat medan perjuangan k!

Adioss....

Sunday, December 6, 2009

The Book of Excuses

(sumber : newsletter azizi ali)

The Book Of Excuses

One of the funny things (at least it’s funny to me) is hearing the excuses people give to justify why they are not rich. What’s ever funnier is that the people call them “reasons”; I call them excuses.

Throughout the years, I’ve heard excuses such as “I don’t want the responsibility” to “people would come to rob me” to “I’m too young” to “I’m too old”! I’ve heard the works and now would like to share them with you.

Enjoy!

  • It’s too much work.
  • It’s too difficult.
  • I’m not greedy.
  • If I’m rich, people would come to rob me.
  • If I’m rich, people would come to borrow money from me.
  • If I’m rich, people would kidnap my children.
  • If I become rich, people would hate me.
  • I have to learn about stocks, properties, investments, tax, estate planning, running businesses and all. It’s too much hassle.
  • I’m too young.
  • I’m too old.
  • I’m not smart enough.
  • I’m not intelligent enough.
  • I didn’t go the right school.
  • I don’t have the right contacts.
  • I don’t have enough knowledge.
  • I don’t have enough capital.
  • I’m not lucky enough.
  • What if I make it and then lose it all? Then it’ll all be a waste of time.
  • I’ll be paying even more tax. And God knows I’m paying a lot of tax as it is already.
  • I’ll never know if people like me for what I am or because of my money.
  • It might take me away from doing the things that I like to do.
  • What will my colleagues/friends/family say?
  • Who me? Rich? No, I don’t think so.
  • I never even thought about it.
  • People may criticize me behind my back.
  • People may laugh at me.
  • I’m happy where I am.
  • What if I failed? Then I’ll really look stupid.
  • It’s too risky.
  • It’s too dangerous.
  • My religion forbids the accumulation of wealth.
  • I’d rather be doing more important things (such as watching TV).
  • In my world, the pursuit of academic excellence is more important than the pursuit of wealth.
  • It’s so unrefined – all this talk about wealth and money.
  • How much more money do you want?
  • I wouldn’t know what to do with all that money.
  • I’d prefer to do charity work instead of mindlessly chasing after money.
  • Too much wealth is not good. Moderation is the way to everything.
  • My husband will start thinking about having a second wife
  • What’s the point? My wife and/or children will just spend it all.
  • What’s the point? It’ll only last three generations.
  • What’s the point? I do the work; other people get to enjoy the money.
  • My children will just be fighting one another for the inheritance when I die.
  • I don’t want the responsibility.
  • I don’t want to cheat or take advantage of people.
  • Money is the root of all evil.
  • Money is not important.
  • God don’t like rich people.
  • There are more important things in life than money, you know.
  • Happiness is more important than money. If I become rich, I cannot be happy.
  • Health is more important than money. If I become rich, I may lose my health.
  • You can’t have your cake and eat it too. If I become rich, something else will have to give. And I don’t want to give anything up.
  • What’s the point? When you die, you’ll die alone like everyone else.
  • If I’m rich, it means less for other people.
  • It’s difficult to become rich in this country.
  • I’m waiting for the right time.
  • The opportunity has not presented itself yet.
  • My horoscope says not to start any new business this year.
  • My Feng Shui master said it’s not the right time.
  • It’s all up to God. I leave everything to God.
  • I want to enjoy life first. You’re only young once.
  • I have too much responsibility to think about anything else at this point in time.
  • I’m already drowning in work as it is. You want me to do more work?
  • That’s my husband’s job.

So there you go, folks, a partial (!) list of excuses people give why they are not rich.

That’s the problem with the world today. Everyone is too gung-ho about money. All they think about is money, money
and more money.

(Moral of the story : Kalau nak ubah taraf hidup, jangan bagi banyak alasan. Terus buat je. Take Action! Jangan sambil lewa nanti jadi 'lemau'. Aku sendiri pon hampir jadi lemau jugak sebab dah bertahun2 berada dalam suasana 'comfort zone'. Nasib baik aku masih ada kekuatan untuk berubah.Kalau aku tidak bertindak sekarang, agak2 nyer sampai akhir hayat kot aku akan berada dalam comfort zone tu.)


Saturday, December 5, 2009

Update on apartment bukit subang

Hari ni aku kena pergi pejabat maintanence rumah aku kat bukit subang. Penyewa mintak tolong dapatkan stiker parking. Kesian diorang takleh nak bawak masuk kete. So sebagai tuan rumah yang baik, aku dengan rela hati pon nak tolong lah. Lagi pun memang part aku nak setelkan duit maintanence.

Rumah ini dah diambil alih pengurusannya oleh penduduk. Dah ada JMB sendiri. Aku memang suka betul kalau JMB dah amik alih sebab lebih dipercayai berbanding kalau developer pegang lagi. Banyak kes kalau developer masih jaga building, diorang tak berapa efisyen. Duit nak, tapi hasil tak seberapa. Kalau JMB pegang, diorang tend to be more responsible sebab wakil2 JMB pon penghuni kat situ jugak. Diorang pon mesti nak area rumah diorang terjaga rapi.

Berbalik kepada rumah bukit subang ni, JMB dah take over pengurusan dari Sime since ogos 2009. So sepatutnya aku kena bayar tunggakan maintanence dari ogos sampai disember. Banyak gak tu. 5 bulan. Maintanence kat sini pon agak mahal la. Rm95 sebulan. Rumah yang aku duduk pon baru RM77. Siap ada lif lagi. Tak paham sangat la macam mana diorang decide rate maintanence. Adakah main letak je sesuka hati? Atau harga tu dah ditetapkan dari zaman developer? Tape la. Sapa la aku nak pertikaikan benda ni. Bayar je la.

Memandangkan aku baru je beli rumah ni hujung september 2009, aku negotiate dengan JMB. Aku cakap aku baru je beli rumah ni. So pihak bank akan cover tunggakan sehingga tarikh pembelian. So maknanya aku kena bayar tunggakan dari october sampai disember je la. The rest kena tunggu duit bank. Aku siap tunjuk clause kat dalam proclamation of sale. JMB pon setuju la dengan cadangan aku tu. Haha jimat duit aku. Padahal aku bayar ni pun pakai duit deposit yang penyewa aku bagi sebelum ni.

So lepas dah setel sumer, dah dapat parking stiker etc, aku pon chow la. Selesa gak aku dengan JMB ni. Agak helpful dan ceria. Senang nak borak. Harap2 rumah sewa aku ni tak banyak la masalah in the future. Aku pon masih tak decide nak wat apa dengan rumah ni. Nak keep buat rental income atau nak flip je. Sekarang masih serabut nak adjust dengan life baru. Banyak sangat masalah2 merepek yang perlu aku selesaikan dulu. Isk isk....

Friday, December 4, 2009

Pengalaman bersama Bank Negara

Hari ni aku kena pergi bank negara. Ada isu sikit pasal application loan aku baru2 ni. Bank tak dapat nak retrieve ccris record aku due to some unknown reason. Nak tanak, terpaksa aku pergi bank negara untuk dapatkan rekod aku tu directly.

Leceh memang leceh. Tak pasal2 kena masuk kl semata2 nak amik 2 keping kertas. Tapi aku anggap benda ni sebagai pengalaman. Bila lagi nak pergi bank negara kan? aku pon tak pernah pergi seumur hidup. So kira ok la ni ada sebab nak kena pergi.

Aku pergi masa lunch hour. Sebelah pagi aku ada meeting lain dengan prospect client. Harap2 ada la rezeki tu nanti. Back to bank negara, parking ada problem skit. Tempat parking terhad tapi kete banyak. Aku terpaksa tunggu kat tepi dulu. Nasib baik tak lama sangat. Ada orang nak kuar.

Bila aku masuk lobi bank negara ni ( kat tempat nak amik rekod ccris), kagum jugak la. Memang cantik diorang buat lobi ni. Tempat duduk pon selesa. Bukan macam tempat menunggu biasa, tapi lebih kepada suasana ruang tamu rumah yang besar. Pastu ada sistem kiosk, takyah beratur lama2. Just dapatkan rekod ccris guna mykad je. Siap boleh print lagi tu.

Malangnya aku punye rekod plak ada masalah. Tak leh guna kiosk, terpaksa guna cara manual. Isi borang pastu tunggu nombor giliran. Ada la dekat 30 minit aku tunggu. Rupa2nya ntah macam mana, rekod aku ada 2 akaun tapi satu ic number. Ada masalah dengan sistem. Sapa punya fault aku taktau la. Yang penting rekod aku clean. Setakat 3 bulan lepas, sumer 0.

Yang aku puji bank negara ni, staff2 diorang frendly2. Approachable. Selesa aku nak dealing dengan bank negara. Cuma yang kurengnye, bank negara ni terletak kat kl, so kena redah jem kalau nasib malang. Pastu parking sikit. Yang lain2 aku puas hati.

Keep up da good work bank negara! jangan upkan interest rate sudah. hehe...

Tuesday, December 1, 2009

Skim Cepat Kaya

(sumber : newsletter azizi ali)

OPEN LETTER TO AZIZI ALI


Assalamualaikum Saudara Azizi,

Buat pertama kali setelah beberapa lama saya mengikuti
tip-tip dan nasihat berguna daripada saudara, tiba-tiba
terdetik rasa kurang hormat kepada saudara. Ini hanya kerana
pendapat saudara tentang swisscash yang terlalu dangkal.
Sebagai seorang yang menganggap diri sebagai seorang
pakar/profesional dalam memberi pandangan, sepatutnya
pandangan dan nasihat tersebut datangnya daripada ilmu
pengetahuan dan pengalaman mendalam saudara sendiri.

Dalam kes swisscash ini, tidak wajar jika saudara katakan
bahawa daripada nama swisscash adalah bertujuan untuk
menarik perhatian pelabur dengan nama switzerland sedangkan
kebenarannya swisscash tidak pernah pun mengatakan bahawa
mereka dari switzerland dalam website mereka. Swisscash
adalah produk pelaburan oleh Swiss Mutual Fund (1948). Base
mereka ialah di Republik Dominican dan pejabat operasi
mereka juga di New York.

Lagi satu dakwaan saudara bahawa skim ini akan recycle duit
adalah tidak tepat dan dakwaan bahawa jenis perniagaan atau
pelaburan yang mereka jalankan tidak boleh diketahui oleh
umum adalah tidak tepat kerana saudara boleh mendapat
maklumat tersebut melalui website mereka.

Saya nasihatkan saudara cuba dulu melabur sedikit contoh
usd100 atau jika tidak berminat silalah layari website grup
kami untuk mendapat maklumat lanjut.

Untuk makluman saudara, saya baru saja melabur sebulan
tetapi income dah lebih 40%. Jangan hilangkan rasa hormat
orang lain terhadap saudara hanya kerana pandangan saudara
sesekali dangkal. TQ.

tuandean@mail.com


ANSWER FROM AZIZI ALI


Wa'alaikumsalam Tuan Mohd Fakaruddin,

If I say that Swisscash is the best investment in the world,
would it make everything alright?

But how can I say such a thing when all the signs are
showing that it is a Ponzi scheme? How can I say it when all
the alarm bells are ringing and red flags are showing that
it is a Ponzi scheme? So I cannot and will not say it
because I know Get-Rich-Quick (GRQ)/Ponzi schemes will not
do anyone good.

Here, you are either part of the problem or you are part of
the solution. If you 'invest' in Ponzi schemes (even though
the money may be just a token amount), then you are part of
the problem. By staying out, then you are part of the
solution.

In many ways, the GRQ schemes operating on the Internet are
pretty much like the Superman movies. Everyone - except the
actors in the movie - knows that Clark Kent is Superman.
The signs are obvious: Kent and Superman are the same height,
same size and heck, they even look the same. What's more,
every time Kent is missing, Superman shows up. And every
time Superman is around, Kent is not there. So the signs are
obvious to everyone, except to the actors in the movie. They
do not, cannot and will not see the signs.

Similarly, the signs showing that the GRQ schemes operating
on the Internet (and off it as well) are scams are obvious
to everyone, except to the voluntary victims. Just as the
actors are blind to the fact that Clark Kent is Superman,
the voluntary victims are blind to the fact that the GRQ
schemes are scams. They do not, cannot and will not see the
signs.

1. Semua skim Ponzi akan menggalakkan 'pelaburnya' merekrut
'pelabur' baru, kerana itulah cara utama mereka mendapatkan
wang baru. (Itulah yang saudara sedang lakukan sekarang
dengan meminta saya melabur diskim ini.) Tanpa 'pelabur-
pelabur' baru, skim tersebut akan berkubur dengan cepat.

2. Pulangan yang dijanjikan adalah 20% (atau lebih) sebulan,
yang bermakna 240% setahun! Pelabur-pelabur world class
seperti Warren Buffett dan George Soros pun 'hanya' memberi
pulangan 20 - 34% setahun! Adakah masuk akal orang yang
tidak pernah dikenali dapat memberikan pulangan yang
sebegitu tinggi? Kalau betul pula, sudah tentu semua media
di dunia termasuk CNN, Fortune dan Forbes akan memberi
liputan yang menyeluruh kepada pengurus dana tersebut.
Kenapa tak ada? Takkanlah media dunia (yang tahu semua
pelaburan lain) begitu buta dan tidak pernah mendengar
pulangan yang sebegitu hebat?

3. Adakah masuk akal yang pelaburan yang baru dibuat satu
bulan sudah boleh mendapat pulangan 20% bulan berikutnya?
Semua pelaburan, termasuk yang paling untung sekalipun,
memerlukan masa. Kalaulah 'pengurus' dana itu betul
melaburkan wang dalam forex, hedge funds dan sebagainya,
pelaburan tersebut pun tidak membayar hasilnya lepas satu
atau dua bulan. Jadi kalau 'pengurus' sendiri tidak dapat
hasil pulangan, macam mana dia hendak bayar orang lain?
Dari mana datangnya wang tersebut? Jawapannya dari poin 13
di bawah.

4. 'Pengurus' dana hanya menyebut forex, hedge funds,
kommoditi dan lain-lain (to impress people who wants to be
impressed) tetapi tidak menerangkan dengan terperinci
tentang pelaburan-pelaburan tersebut. Siapa pun boleh sebut
- sebab cakap saja.

5. Sebab pelaburan itu ada di 'offshore' tidak bermakna yang
pulangannya akan menggunung. Pelaburan di 'offshore' adalah
sama sahaja dengan pelaburan di 'onshore' - mutual funds,
unit trusts, fixed deposits dan sebagainya.

6. Anda sendiri baru sebulan membuat 'pelaburan' (ehm, ehm)
dalam skim tersebut. Adakah itu bermakna anda seorang pakar
dalam pelaburan dan orang lain yang tidak melabur dangkal?

7. Pendapat dan kata-kata anda bermakna ratusan pakar
kewangan di Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti, Azizi Ali dan
juga media massa Malaysia adalah salah! Saya tidak fikir
kami salah.

8. Untuk pengetahuan anda, saya telah membuat kajian yang
terperinci tentang pelaburan ini di Malaysia dan juga di
negara-negara asing termasuk di UK, USA dan Eropah. Very,
very few people have heard of Swisscash. Isn't that strange?
Only Malaysians and Singaporeans (and a handful of others)
seem to know about them. Could the rest of the world be so
blind? Or could we be the ones who are being taken for a
ride?

9. Sebagai seorang Chartered Financial Consultant, saya
telah belajar tentang semua pelaburan di dunia. Saya juga
telah membaca lebih 700 buah buku tentang kewangan. Further,
I have studied about money and investments for the past 15
years. So I will reserve my comments about the 'dangkal'
part.

10. Tidak ada seorang Financial Consultant yang bertauliah
di dunia akan mengatakan pelaburan sebegini adalah valid
kerana mereka tahu ianya skim Ponzi.

11. Semua 'pelabur' skim Ponzi akan berkata "Cuba dulu.
Sikit saja. Belum cuba, belum tahu." Jawapan saya: Kenapa
nak cuba jika anda tahu benda itu merbahaya? Kenapa nak cuba
jika anda tahu benda itu membawa penyakit? You don't have
to try drugs to know that it will bring serious consequences
to you, your family and everybody else around you.

12. Semua jawapan yang diberikan oleh 'pelabur' Swisscash
sekarang adalah sama sahaja seperti apa yang diberikan oleh
'pelabur' skim Pak Man Telo di tahun 1980an. The exact same
answers - the local banks are jealous, the government don't
understand the investment and the non-investors are blind
for not investing in this 'golden' opportunity.

13. Anda mendapat pulangannya kerana wang itu datang
daripada pelaburan orang-orang yang baru masuk dalam skim
tersebut. The money is being recycled. Just as your
'investment' is being used to pay others before you. Situasi
ini mungkin akan bertahan satu, dua atau tiga tahun, tetapi
apa yang pasti ialah ianya akan berkubur juga apabila tiada
'pelabur' baru. Apabila ia berlaku, anda akan kehilangan
semua wang anda.

14. Jika rakan anda memberikan anda wang daripada hasil
rompakan, apakah anda akan terima wang tersebut? Jika rakan
anda memberikan anda wang hasil daripada jualan dadah,
apakah anda akan terima wang tersebut? Saya jangka anda akan
menolak wang tersebut kerana tahu ianya hasil daripada kerja
yang haram. Well, wang daripada skim Ponzi juga adalah salah
dan pada pendapat saya adalah haram.

15. Anda boleh ambil harta anak kecil yatim piatu - kerana
dia tidak berdaya untuk menghalang anda dan dia juga mungkin
tidak faham situasi sebenar - tetapi apakah tindakan anda
itu betul? Jika anda tahu benda itu tidak betul, apakah anda
akan melakukannya kerana peluangnya ada di depan mata? Wang
daripada skim-skim tersebut adalah daripada poket orang lain.
Tiada usaha, tiada kerja dan tiada apa yang di 'value-added'.
Apa yang pasti ialah semua mereka akan kehilangan wang
akhirnya. Kini anda tahu situasi sebenar, adakah anda masih
mahu melabur di skim sebegitu?

16. At the end of the day, it is your money. You do what
you want with it. Just don't drag others into it.

to be continued.....
sambungan jawapan azizi ali..

Are we men of steel and character or are we made of straws
that can be crushed by the flimsiest wind? I'd like to think
the former, where we think and act rationally, especially
when it comes to investments. Kita melabur hanya selepas
membuat kajian yang teliti tentang pelaburan tersebut dan
risiko-risikonya, dan juga mengambil kira keadaan kewangan
kita. Of course we will make mistakes along the way (I made
a few myself) but that is the very nature of investments.
They come with risks. So it is no shame to lose.

But it is another story altogether when it comes to GRQ
schemes. All the signs are there and all the alarm bells are
ringing - including warnings from Bank Negara, the
Securities Commission and now Azizi Ali.

Are we so blind not to see the obvious signs? Are we so
desperate that we are willing to lose our money and even our
dignity in the process?

Saya boleh menceritakan 1,001 sebab lagi (klik di bawah untuk
lebih informasi) mengapa pelaburan yang dibincangkan adalah
satu skim Ponzi, tetapi saya tahu ia merupakan usaha yang
sia-sia - kerana anda sudah membuat keputusannya. So I will
not confuse you with the facts further since your mind is
already made up.
"http://www.MillionairesPlanet.com/books_specialreport.htm"

As for the 'respect' bit, Tuan Mohd Fakaruddin, I have never
done anything in my life just to make people love and
respect me. I do what I love to do, give it all I've got, do
the best that I can and tell things as it is. After that,
whether people judge that I'm good or small or half good or
half small is up to them. If they like what I do, then I'm
happy. If they don't, then that's fine too. This is a free
country.

While I can warn people about the dangers, I cannot stop
anyone from throwing their money away. Again, at the end of
the day, it is your money. You can do whatever you want
with it, including giving it to con man.

I consider this matter closed.

(Mari kita bincang pasal skim cepat kaya ni. Sapa pernah kena dan rugi. Aku pun pernah try join 12dailypro kat internet. Hangus rm500. Saje gatal nak try. Time tu masih mentah lagi. Orang dok sibuk bising dapat duit, kita pun teruja la. Nasib baik rugi rm500 je. Tade la terduduk. Ada some people siap guna duit hutang lagi. Haru biru la jawabnye.

So hati2 la dengan benda2 skim cepat kaya ni. Nak tau senang je. Kalau ada pelaburan yang tak payah buat apa2, just pacak duit je, pastu return yang dijanjikan lebih dari 50% - 100% setahun, haa korang lari la jauh2.Senang kan :) )