Tuesday, September 15, 2009

Test Drive Honda Civic 2.0

Ahad lepas aku pergi honda centre kat kg penchala. Milik Mofaz. Saje je nak riki2 harga kete baru ngan rasa bawak kete honda tu. Asyik dok tgk orang bawak je. teringin gak aku nak drive. Nak beli belum decide lagi so belasah kete test drive je la dulu.

Masa sampai kat centre tu, tade sorang pun customer. Belum masuk pintu lagi sorang sales girl ni dah terpa pintu tolong bukak kan. Bagus betul respon. So start dari pintu masuk die dah tanya aku carik kete apa. model apa etc. Bagus PR die. Aku ngan wifey selesa la dengan layanan yang diberikan. Aku cakap aku nak tengok honda civic 2.0. Nak survey kete ngan harga.

Kitorang di bawa ke bilik pameran kat situ. Ada 2 tingkat. Tingkat 1 sumer kete honda civic. Kat tingkat bawah ada honda city baru ngan crv. Kat showroom tu takde plak honda civic 1.8 so takleh nak buat comparision. Aku tak kisah sangat pun sbb memang dah target nak civic 2.0.

Perghh bestnyer masa 1st time dapat duduk kat tempat driver. Hitech sungguh interior die. (jakun la skit. Selama ni naik kete nasional je). Display board, stereng, gearbox sumer cun. Memang tangkap cintan la hehe. Leather seat plak tu. Banyak gak function2 kete ni. Boleh auto cruise, boleh tukar manual gear, radio 6 cd changer etc. Tapi ikutkan bukan aku kisah sangat pun sumer benda tu. Saje je syiok2 hehe

So lepas tu sales girl tu bawak la kitorang utk test drive. Cantik kete test drive tu. Dah siap dengan body kit modulo. Cantik. Nampak sporty. Kitorang pusing2 area penchala je. 2 round. Handling kete ni mmg superb. Enjin pun senyap je. Macam rasa merayap je kat atas jalan. Cuma aku pun tak bawak laju. Tak cecah 100kmph pun. Sales girl tu siap sound aku cermat bawak kete. La memang la cermat bukan kete aku. Dibuatnyer bergesel ngan divider, pengsan aku nak bayar. Lepas dia tgk pemanduan aku, dia kata aku sesuai gak kalau amik 1.8 sebab aku bukan jenis performance driver lebih kepada family driver. Hmm tapi 1.8 tade spec macam 2.0. Tak syiok aaa. hehe. Nafsu2. Masa test drive tu siap test guna gear manual lagi. Honda ni die punya style gear tak macam kete biasa. Gear tukar kat stereng. Ala macam stereng F1 tu. Boleh la berangan skit.

So lepas test drive, kitorang discus plak pasal payment plan. Beza harga antara 1.8 ngan 2.0 cuma dalam 15k. So bila convert masuk loan, beza dalam rm100 plus. Tak terasa sangat. So aku pikir better aku amik 2.0 terus kot. Cuma bulan2 die tu rm1400 la. Hehe. Mana la aku nak cekau rm1400 utk kete ni. Ding dong ding dong cecah rm2000 sebulan untuk kete ni aje (campur minyak , maintanence etc) . Part ni la yang mentor aku sound. Kita kena letak kan diri kita dalam keadaan tak selesa baru kita akan ada drive untuk maju ke depan. rm2000 extra sebulan tu beb! Otak mesti mau ligat pk ni.

Teringat petikan kata2 dalam buku richdad

" When poor minded people want something he cant afford, he said ' i cant afford that'. When rich minded people want something he cant afford, he said ' how can i afford that' "

5 comments:

Grizzly snowy panda bear said...

eezone, gudluck!
mmg layan la itu civic..

www.tuanbri.com said...

tuan tanah,

minta tolong tukar
http://tuanbri.blogspot.com
kepada
http://www.tuanbri.com

tq.

pokli said...

nanti jumpa pokli nak kasi bakar naik civic 2.0 pokli yg warna hitam...dah pakai sejak tahun 2007 lagi......byr sebulan rm1248.....masa tu harga pun murah RM124,800....skrg dah naik ...tapi takper....kadang2 kena letak diri kita di luar zon selesa baru la kita berusaha untuk maju.....ke hadapan....lebih kuat akal kita berusaha.....anyway pokli ucapkan good luck sbb nak beli honda....walaupun mmg best pemanduannyaa......mileage pokli dah 102K km...dah abis warranty....huhuhuuhuhu

mdizone said...

Pokli, setakat ni ada apa2 masalah yang pelik tak? aku ada baca dalam forum honda, ada yang complaint ada bunyi tok tok etc. ko ada experience any problem? masih tgh survey lagi ni.

pokli said...

honda...power of dream
insya allah takde masalah
saya punya pon dah abis warranty
alhamdulillah