Friday, January 31, 2014

5 Tanda Mengenalpasti Penyewa Bermasalah

Hoho...bersawang lagi blog ini...

Ini lah dilemma saya...disebabkan ada facebook page yang perlu diurus, blog pula terabai...

Kali ini saya ingin berkongsi tips biasa namun amat penting bagi pelabur hartanah yang fokus pada pendapatan sewa. 

Tips ini hanya sekadar panduan dan tidak menjamin anda boleh mendapat penyewa yang baik sepanjang masa. At least ada la juga some sort of filtering dan bukan main hentam keromo je...



Tanda 1 : Bakal Penyewa tidak menepati masa

Janji jumpa kol 10am. Dia sampai kol 11am. Bila call tanya kat mana, asyik cakap 'on da way'. Tade courtesy pun nak inform landlord yang dia akan lambat. Kalau saya jumpa penyewa macam ni, memang saya terus blah je. Tade nya nak tunggu2. Banyak lagi benda lain kita nak buat. 

Tanda 2 : Kelihatan tidak jujur

Bila borak dengan penyewa tu, susah nak dapat eye contact. Bila kita bertanya pasal background dia, ada cubaan mengelak atau tidak bercerita penuh dengan yakin. Seolah2 ada benda yang hendak disorok. Bila tanya name card tempat kerja, asyik tertinggal. 

Tanda 3 : Tergesa2 ingin memasuki rumah

Penyewa macam ni jenis yang terus nak masuk rumah lepas tengok kali pertama. Kalau boleh nak masuk terus. Tak perlu nak sign2 apa2. Tergesa2 nak mintak kunci. Pastu keluar la macam2 cerita kata owner lama nak amik rumah kasi notis 24 jam la. Gaduh dengan housemate la etc etc. Kalau dengan saya, selagi tak bayar full deposit, maaf la ya. No key for u...

Tanda 4 : Tidak mampu membayar duit deposit secara menyeluruh

Part ni tricky juga. Ada juga penyewa yang bagus tapi tidak mampu bayar deposit secara terus. Maybe nak buat bayaran secara berkala. Tapi as rules of thumb, kalau dia tak mampu nak bayar deposit penuh, cuba elak kan. Atau beri dia masa untuk sediakan deposit sebelum kasi kunci. 

Tanda 5 : Cerewet tak kena tempat

Hoho...pernah jumpa bakal penyewa macam ni. Saya panggil penyewa macam ni 'banyak cekadak'. Kalau boleh semua terma dalam tenancy agreement dia nak question. Macam dia pulak yang bos. Itu tak betul, ini tak boleh. Pastu demand macam2. Lampu gelap skit pun komplen. Rumah rasa berhabuk skit pun komplen. Kalau rumah high end tu kita faham la. Tapi kalau setakat rumah flat nak demand macam2, maaf la ya. Pergi kaco landlord lain. Haha...



Tanda2 yang saya kongsikan di atas hanya sebagai panduan. Tidak bermakna jika bakal tenant kita tu ada tanda2 di atas, dia tidak boleh jadi tenant yang bagus. Begitu juga sebaliknya. 

Apa yang kita boleh buat, usaha sahaja. Kemudian kena tawakal. Kalau terkena juga dapat tenant yang bermasalah, jangan putus asa. Cepat2 amik tindakan yang sewajarnya. 

Nak tanak, inilah antara cabaran menjadi tuan rumah yang berjaya...


No comments: