Kelmarin saya menerima panggilan dari lawyer saya untuk satu rumah JV. Panggilan keramat la kot. Sebab lawyer call nak mintak payment. Kerja dah hampir selesai. So duit mesti mau bayar. Baru boleh complete kan job hehe.
Dengan hati yang berat, saya bergerak ke Jalan Tun HS Lee. Adeh..malas betul kena masuk KL. Hujan renyai2 pulak tu...Namun apabila terkenang akan kos penalti yang perlu dibayar sekiranya ada kelewatan, saya gagahkan juga.
Dalam masa yang sama, saya memang teringin nak borak dengan lawyer pasal isu besar baru2 ni dalam dunia hartanah iaitu kenaikan kadar RPGT. RPGT ni stands for Real Property Gain Tax atau dikenali juga Cukai ke atas keuntungan jualan hartanah. Bukan Roti pisang goreng telur ya! Nanti silap2 pergi kat mamak... "Boss! RPGT satu! "...melopong mamak tu karang hehe...
Sebelum 2014, cukai RPGT untuk perjualan hartanah yang dipegang dalam tempoh kurang 2 tahun adalah sebanyak 15%. Lepas 2014, cukai tu dinaikkan kepada 30% bagi hartanah yang dijual dalam tempoh pegangan kurang 3 tahun. Banyak tu! Sedikit sebanyak mengganggu proses pelaburan hartanah saya. So suka tak suka, saya kena amik tahu.
Ada beberapa unit yang saya jaga sekarang ni memang plan untuk dijual dalam tempoh kurang 3 tahun. Saya perlukan keuntungan yang dijana tersebut untuk membeli asset lain pula. So dengan kenaikan RPGT tersebut, ini bermakna keuntungan saya akan berkurangan. Sakit hati la juga sebab kita penat2 buat kerja, keuntungan yang diperolehi kurang dari yang diharapkan. Tapi apa mau buat, undang2 dah tulis macam tu. Ikutkan je la. Kalau dilawan karang, masuk mahkamah pula. Lagi susah.
So macam mana nak kira RPGT ni? saya bukan contoh mudah je la ya. Malas nak tulis teknikal panjang2.
Harga beli ikut SNP (dibeli pada 2011) : RM 250k
Harga jual ikut SNP (dijual pada 2013) : RM 350k
Tempoh pegangan : 2 tahun
Kadar RPGT yang dikenakan : 30%
Untung kasar atas jualan : RM 350k - RM250k = RM 100k
Cukai kasar RPGT = RM 100k x 30% = RM 30k
Pergh! RM 30k tu! bukan nya skit...tu baru citer pasal hartanah harga rm350k...kalau citer pasal hartanah juta2? tak ke pening dibuatnya haha...
Namun lepas slow talk dengan lawyer saya tu, dia kata ada beberapa perbelanjaan yang kita boleh tunjukkan pada Mr Lembaga Hasil untuk claim tax deduction.
Antara perkara yang kita boleh claim ( mesti mau ada resit) :
- Kos legal ( SPA dan LOAN) untuk pembelian hartanah tersebut
- Kos renovation untuk baik pulih atau peningkatan nilai hartanah
- Kos marketing untuk penjualan hartanah ( agent fee, paper advertisement etc)
- valuation fee
- stamp duty, tansfer cost etc
At least ada la juga harapan nak kurangkan cukai yang dikenakan atas keuntungan kita tu. Tade la bulat2 diserahkan pada pihak lembaga hasil.
By the way, saya bukan anti cukai ya! . Cukai penting untuk pembangunan negara ( dan juga poket sesetengah individu...ehem ehem)
Kalau kita nak jadi pelabur hartanah yang berjaya, benda2 macam ni kita mesti tahu sedikit sebanyak. Sekurang2nya bila kita mintak pandangan pakar cukai aka tax consultant, kita tahu apa yang diterangkan.
No comments:
Post a Comment