Alo? Alo? Senyap sunyi je kan blog ni. Lama betul tade update. Silap2 labah2 pun dah mula datang nak buat sawang hahaha...
Ok kali ni nak bercerita lagi pasal kisah rumah sewa kat Pantai Dalam. Sebelum ni dah cerita kat sini. Time tu cerita pasal mengecat rumah. So sekarang ni alhamdulillah rumah ni dah selamat disewakan.
Kadar sewa? Rasanya ada yang dah tahu kot. Pernah sebut di facebook. Lebih Rm 1k untuk unit fully furnish. Rumah low medium cost apartment. 710sf. Takde parking. Tinggi ke kadar sewa tu? Boleh la. Ramai yang suka bila dengar dapat duit ni.
Akan tetapi tak ramai yang tahu macam mana kesukaran nak dapatkan penyewa yang sanggup bayar sewa sebanyak tu. Bukan senang nak menguruskan rumah sewa. Saya terpaksa menunggu sehingga sebulan setengah untuk mendapatkan penyewa yang saya berkenan dan mampu untuk membayar kadar sewa yang saya inginkan. Rasanya ada dekat 20 orang yang tengok kot. Ulang alik ke rumah sewa ni pun rasanya dah lebih 8 kali. Memang hati kena cekal. Kalau tak cekal, awal2 dah fed up.
Proses memilih penyewa ni bukan benda yang remeh. Kena buat betul2. Masa sessi tunjuk rumah tu, ada penyewa yang kita suka, dia tak suka pulak kat rumah tu. Kalau suka kat rumah tu pun, budget pula tade. Ada yang boleh bayar, tapi kita pulak yang tak berkenan. So terpaksa la tunggu sampai sebulan setengah padahal rekod area tu pernah dapat penyewa dalam masa tak sampai satu hari.
Kepada rakan2 tuan rumah sekalian, kalau anda ada rumah sewa, pastikan pulangan rumah sewa anda betul2 berbaloi dengan usaha yang anda curahkan. Kalau setakat break even, susah la. Nak menguruskan rumah sewa bukan senang. Alang2 buat, biar lah benar2 menguntungkan.
Lagi teruk kalau ada rumah sewa, tapi tiap2 bulan kita pula yang nak kena top up sebab installment bulanan lagi tinggi dari sewa. Kalau anda di posisi sedemikian, cepat2 lah jual rumah sewa tu. Itu bukan lagi asset anda tetapi dah jadi liabiliti.
Ingat ya! Kalau nak jadi kaya, beli dan simpan asset, bukan beli dan simpan liabiliti...
4 comments:
manyak untung laa, dpt 1k. mmg betul, alang2 buat biar beruntungan.
Apartment pantai dalam kat mane ni..taman bukit angkasa ke?
bukan senang nak manage rumah sewa matjoe...kalau tak untung, baik buat benda lain..simpan kat asb lagi bagus...
abah cute: haah kat taman bukit angkasa
All the best Bro. Gua cuma boleh doakan dari jauh je..
Post a Comment