Tuesday, March 27, 2012

Tips Mindset untuk Bekerja dari Rumah

Saya percaya ramai di antara kita yang bercita2 untuk bekerja/berniaga dari rumah kan? Seronok sebenarnya kalau bekerja dari rumah. Tidak ada kod pakaian, tidak perlu meredah kesesakan lalulintas, boleh kawal masa sendiri merupakan antara kelebihan bekerja dari rumah.

Namun ianya tidak semudah yang disangka. Bekerja dari rumah juga memerlukan tahap disiplin yang tinggi dan komitmen yang lebih tinggi berbanding kerja di pejabat. Sebab kalau kerja dari rumah, tiada siapa yang akan monitor progress kerja kita. Kita yang perlu set target dan memastikan target tersebut dicapai. Kalau tidak ada disiplin, memang huru hara la jawabnya.

Saya ingin berkongsi satu artikel menarik yang saya terima dari mailing list Irfan Khairi. Harap kita semua dapat menambah ilmu.

Artikel pilihan:
Mindset Berniaga Dari Rumah
Oleh: Irfan Khairi


Memulakan perniagaan bagi mereka yang belum berpengalaman berniaga merupakan satu langkah yang besar. Walaupun perniagaan bermula dari rumah, untuk berjaya, seseorang itu perlu benar-benar serius dan memberi dedikasi sepenuhnya kepada perniagaan yag dijalankan.


Sebelum memulakan perniagaan, bukan sekadar kita perlu melengkapkan peralatan dan strategi untuk berniaga, kita juga turut perlu melengkapkan mindset kita untuk berjaya. Berikut adalah antara Mindset yang perlu ada untuk berniaga dari rumah.


  1. Ketahui dan fahami sebab musabab anda ingin memulakan perniagaan. Pastinya menjalankan perniagaan, tujuannya adalah untuk mendapatkan keuntungan membantu diri, keluarga dan juga agama. Mungkin bunyinya agak mementingkan diri, tetapi tidak boleh dinafikan bahawa, memulakan perniagaan perlu bermatlamatkan keuntungan!

    Untuk mendapatkan untung dalam perniagaan, bukanlah perkara yang mudah. Untuk berjaya, memerlukan strategi yang terbaik. 90% perniagaan gagal dalam tahun pertama sahaja beroperasi. Selebihnya, akan memasuki tahun kedua. Dalam jumlah itu pula, separuh akan bungkus dan gulung tikar.

    Sebabnya? Tidak mendapat keuntungan! Fahami bahawa, tujuan anda berniaga adalah untuk menapat keuntungan, dan keuntungan hanya akan datang apabila anda mengaplikasikan ilmu dan strategi perniagaan dengan betul. Lengkapkan minda anda dengan ilmu perniagaan ini.

  2. Menjalankan perniagaan daru rumah, ada juga dugaannya. Katil sedang memanggil, sofa sedang memujuk dan TV mengsajikan rancangan-rancangan menarik!

    Memulakan perniagaan akan menjadikan anda majikan atau boss! Anda adalah majikan anda. Dan ini memerlukan disiplin yang amat tinggi. Tanpa disiplin, pastinya kita akan terleka dengan kemudahan yang ada di rumah.

    Kini anda tidak lagi bekerja 9 hingga 5 petang. Oleh itu, waktu tersebut sudah menjadi waktu kerja baru anda. Walaupun dari rumah, hasilkan jadual yang terperinci dan tepat untuk anda ikuti- tetapkan masa rehat, makan, minum, solat seperti mana anda lakukan di tempat kerja. Hasilkan jadual seperti di sekolah dulu, di mana waktu tertentu digunakan untuk melakukan aktiviti perniagaan tertentu.

    Tanpa disiplin yang tegar, pastinya bekerja dari rumah hanya menjadi mimpi- terutamanya bila katil memanggil! ;)

  3. Ketahui kekuatan dan KELEMAHAN anda! Memang sering saya menyebut, memulakan perniagaan, perlu mengikut minat, kebolehan dan kekuatan kita. Namun, jangan lupa pula dengan KELEMAHAN kita. Pandai bermain gitar, tidak bermakna pandai berniaga gitar. Pandai memasak, tidak bermakna pandai berniaga masakan. Pandai berfesyen, tidak bermakna pandai menjual pakaian.

    Dalam apa yang kita lakukan, fikirkan juga kelemahan yang ada pada kita. Berniaga dari rumah, sering kali dilakukan seorang diri. Tiada orang akan menganggu kita. Dalam waktu yang sama juga, tiada siapa yang akan menegur kita tentang kelemahan yang ada.

    Oleh itu, mindset yang kita perlu adalah lebih kritikal untuk melihat kelemahan diri sendiri. Dalam mencapai apa sahaja matlamat, kelemahan kita akan melambatkan kita mencapainya. Jangan sahaja melihat kekuatan, tetapi, lihat juga kelemahan.

Memulakan perniagaan dari rumah, adalah perkara yang amat saya syorkan kepada anda. Bukan sahaja peluang pulanganya kalau betul caranya, adalah lumayan. Tetapi, berniaga dari rumah dapat merapatkan hubungan kekeluargaan oleh kerana masa kita lebih banyak di rumah bersama keluarga tercinta!



No comments: