Anda ingin menjadi orang yang berjaya? Anda ada matlamat atau impian yang ingin dicapai?
Saya ingin berkongsi satu teknik menarik yang saya jumpa semasa membaca satu mailing list yang saya langgan ( mailing list tentang hartanah). Teknik ini saya percaya boleh membantu kita dalam proses mencapai apa yang inginkan.
Merujuk kepada penulis buku " The Compound Effect" iaitu Darren Hardy, pengasas Success Magazine, untuk mencapai matlamat yang tinggi, kita harus bermula dengan perubahan-perubahan tindakan yang kecil tetapi konsisten. Perkataan konsisten merupakan kunci utama dalam proses ini.
Berikut adalah formula dari buku tersebut yang boleh kita gunapakai dalam kehidupan kita seharian :
" pilihan2 yang kecil dan bijak + konsisten + masa = Perubahan KETARA yang kita inginkan! "
Idea dari buku ini adalah kita boleh menikmati kehidupan yang hebat dengan membuat perubahan-perubahan kecil dalam aktiviti harian kita. Namun, kita perlu merancang dengan teliti apa yang ingin kita jadikan aktiviti harian agar ia menjurus kepada matlamat yang kita ingin capai. Walaupun pada awalnya mungkin ia tidak kelihatan bermakna, ia boleh menghasilkan impak yang besar jika diamalkan secara berterusan.
Untuk membantu kita membuat merancang aktiviti harian kita, beliau telah menyediakan satu worksheet yang kita boleh gunakan yang dipanggil "The Weekly Rhythm Register" . Untuk memuat turun borang ini, layari website www.thecompoundeffect.com dan pergi ke tab "Free Resources". Cari worksheet "The Weekly Rhythm Register" dan muat turun borang tersebut. Ianya PERCUMA!
Ini adalah contoh bagaimana untuk menggunakan borang tersebut :
Saya sendiri sudah mula untuk mengaplikasikan worksheet ini dalam perancangan aktiviti harian saya. Setakat ini, boleh dikatakan agak membantu. Di harap anda juga dapat menfaat dari perkongsian ini.
(kredit gambar dari http://scienceofblogging.com/what-factors-make-a-blog-successful/)
6 comments:
terima kasih bro di atas perkongsian yang menarik..boleh try apply lepas ni..
nice.. thank you for sharing
perkongsian yang menarik...boleh dipraktikkan...
- www.faridadam.com -
Benda yang baik memang patut kita hebah2kan...
Good luck ye semua...part nak konsisten sampai jadi habit tu yang agak mencabar :D
Good job bro.
Sila share weekly rhythm anda! Hehe.
weekly rhythm saya adalah rahsia haha!
Post a Comment