Alkisah di satu hari, aku menerima satu panggilan dari maybank yang mengatakan aku telah dipilih untuk pre aproval kad kredit platinum Maybankard 2 Cards. Mula2 aku malas nak layan sebab aku dah ada 2 kad kredit dah pun. Itu pun jarang sangat utilize. Hanya guna untuk bayar minyak n groceries je. Kat sini aku nak puji la staff maybank yang call aku tu sebab berjaya juga buat aku tergerak nak terima offer diorang ni. Lagi pun aku pernah dengar2 juga orang kata kad kredit maybank ni ada banyak benefit cuma part support je hampeh. Ye ke? Aku tak pernah ada kad kredit maybank so taktau la plak. Memandangkan staff tu bersungguh2 kata benda ni free n tak payah bayar apa2 kecuali cukai tahunan rm50 tu je, walau pun tak guna langsung, aku pun setuju la nak terima. Busuk2 pun aku simpan je la dalam laci. Bukan rugi apa pun.
So hari ni aku dah dapat la kad kredit maybank tu. Cantik jugak design dia. Exclusive. Platinum la katakan. Sekarang ni senang ek nak dapat CC platinum. Dulu kena gaji banyak tak hingat baru layak nak apply. Sekarang ni, orang keje tak tetap macam aku pun boleh dapat. Kredit limit pun RM 10k je untuk dua2 kad. Bukan banyak mana pun. Tape la janji bergaya haha.
Bila belek2 brouchure yang datang sekali dengan kad ni, menarik gak benda2 yang dia offer. First of all, mesti la treats point maybank yang terkenal tu. Everytime ada pesta treatpoint kat midvalley, konpem parking sesak tak hingat. Selain dari tu, ada gak Weekend cash back sebanyak 5 % dan juga finance charge yang rendah hanya 8.88% setahun. Seingat aku biasanya CC ni interest dia 18% setahun. Ke sekarang dah berubah? aku tak follow sangat dah sebab biasanya aku bayar habis baki cc bulan2 so kadar interest cc tu tak main peranan sangat dalam calculation aku.
Well, memandangkan aku dah ada extra lagi dua kad (total dah ada 4 kad), aku terpaksa la simpan dulu 2 cc aku yang lama dalam laci sebab malas nak bawak cc banyak2. wallet aku bukan banyak sangat ruang pun. Planning pun nak terminate satu kad sebab kredit limit rendah sangat ( dulu aku gatal nak kurangkan, bila nak apply utk increase, dia tak kasi plak). So kiranya maintain 2 provider je la berbanding 3 sekarang ni. Nak tengok cemana support maybank ni plak. Bagus ke lembab. Kalau lembab, memang aku akan terminate terus je la. Buat nyemak wallet je.
Apa2 pun, nasihat aku ada pengguna2 cc di luar sana, jumlah kad yang anda ada tidak begitu penting. Yang penting ialah kena bijak menggunakan cc yang ada. Utilize OPM (other people money) sebaik mungkin dan ride the interest free period every month. Anggap CC ni sebagai satu kemudahan untuk kita dan jangan terjebak dengan nafsu berbelanja menggunakan cc sehingga menyesakkan hidup anda bulan2. Kalau tengok statistik AKPK, ngeri gak sebab ramai orang muda bankrap disebabkan salah guna cc.
PS : kalau diberi offer, aku lebih prefer kemudahan OD berbanding CC. Interest jauh lagi rendah.
3 comments:
maybank yg best point banyak terkumpul.. and tak expire points sampai bila2.. sy punya few years points dah 70K.. walhal rasa takde le mewah berbelanja sangat.. hehehe tu yg berebut org ramai time nak redeem point tu kut hehe :)
aku mmg terigin tul kad nie...ko suruh lah awek tuh call aku plak...
aisey tuah, aku dah tak ingat la nama awek tu...sorry bro...hehe
Post a Comment