Wednesday, March 2, 2011

5 Tips Mendapatkan Sewa Rumah Tepat Pada Masanya...


Pada tuan2 rumah sekalian, antara perkara yang menggembirakan bila datang awal bulan ialah menerima sms dari penyewa2 anda memberitahu sewa rumah telah dimasukkan dalam akaun anda. Betul kan? Kita kalau boleh tanak terima banyak sangat sms/panggilan dari penyewa sebab kebanyakan yang lain biasanya tak menyeronokkan kita.. (lampu rosak la, air tade la etc). Cukup la sekadar 1 sms sebulan untuk notify sewa dah masuk hehe...

Di sini aku nak share some tips macam mana nak kasi penyewa kita masukkan sewa tepat pada masanya sebab ramai gak orang mengeluh bila nak handle part kutip sewa ni. Kadang2 penyewa bayar sewa lambat, kadang2 bayar tak penuh...lagi haru tak bayar langsung berbulan2...haa tu memang sakit jiwa la dibuatnya...

Apa yang aku share ni pun bukannya rahsia yang hebat pun..benda basic je..malah aku yakin ramai di antara kita yang dah apply pun..so mungkin info ni berguna untuk tuan2 rumah yang di level beginner atau baru nak start dalam pelaburan hartanah..tapi tips ni pun tidak menjanjikan yang kita tidak akan menghadapi masalah mengutip sewa di kemudian hari, ianya hanya sekadar untuk mengurangkan risiko untuk berdepan dengan masalah sedemikian..

Tips 1 : Tapis bakal penyewa dengan melihat dari segi kekuatan kewangan mereka

Benda ni kita buat sebelum kita terima sebarang tenant la. Kalau boleh kita nak penyewa yang ada pendapatan tetap dan bekerja di syarikat2 besar yang stabil. Golongan2 penyewa macam ni biasanya menerima gaji yang tetap setiap bulan pada tarikh yang tetap juga. So bila tiba masa nak bayar sewa, diorang ni memang ada duit nak bayar. Melainkan diorang ni mmg hantu ngelat bayar sewa, memang nasib kita tak baik la. Selain dari tu, pastikan kita enforce konsep deposit 2+1 tu. Sebab itu juga satu cara kita nak nilai kekuatan kewangan bakal penyewa kita.

Tips 2 : Kalau boleh, buat autodebit akaun gaji penyewa ke akaun kita.

Ni pon satu cara yang bagus juga. Kita mintak penyewa kita buat auto debit duit sewa terus masuk akaun kita. Takyah tenant tu pening2 nak buat online banking atau cash deposit. Tepat pada masanya, duit sewa masuk secara automatik dengan syarat dalam akaun penyewa kita tu ada duit la :)

Tips 3 : Kalau cara atas tak dapat dibuat atas sebarang sebab, galakkan penyewa guna online banking

Kadang2 tenant kita ni bukan tanak bayar sewa tepat pada masa. Nama pun manusia, senang nak terlupa. Duit ada tapi terlepas pandang tarikh bayar sewa. Kena pula penyewa kita tu selalu outstation. So satu cara yang mudah ialah dengan minta penyewa kita guna online banking. Sekurang2nya dah mengurangkan kepayahan penyewa kita tu untuk ke bank dan buat cash deposit. Online banking ni sangat convenience. Cepat dan mudah. Takyah parking, takyah beratur. ( aku mmg suka cara ni )

Tips 4 : Guna post dated check

Cara ni untuk penyewa yang ada buku cek la. Terus mintak penyewa issue 12 keping cek untuk pembayaran sewa. Satu cek untuk setiap bulan. Bila dah ada 12 keping cek ni, keje kita ialah tunaikan cek2 tersebut bila tiba masanya. Jangan salah timing plak, nanti cek kena tendang!

Tips 5 : Bagi diskaun kalau penyewa bayar sewa tepat pada masanya

Manusia ni, suka dengar perkataan diskaun.Kalau tak caya, cuba la pergi shopping time ada mega sale, pergh nak dapat parking pun sengsara beb! Sama la juga dengan penyewa kita. So apa kita buat, tulis dalam tenancy agreement tu, yang mengatakan kalau penyewa bayar sewa pada atau sebelum tarikh yang ditetapkan setiap bulan, kita akan kasi diskaun untuk sewa pada bulan tersebut. Di sini terpulang la korang nak bagi bape diskaun tu. Lagi satu cara, kalau tanak kasi diskaun on the spot, kita boleh kasi hadiah di akhir tempoh sewaan.

Aku rasa ada banyak lagi teknik yang boleh digunakan untuk dapatkan sewa on time. Terpulang pada kreativiti masing2. Tak salah juga untuk kita explore teknik baru. Kalau tak menjadi pun, sekurang2nya kita dapat belajar. Setakat ni alhamdulillah aku tidak menghadapi masalah yang besar untuk mengutip sewa rumah bila apply tips2 di atas. Semoga korang pun dapat mengaplikasikannya dan mendapat hasil seperti yang diharapkan.


No comments: