Apa korang buat masa sambutan Tahun baru 2011 ek? Pergi jalan2? Lepak kat dataran merdeka? Ke duduk kat rumah je?
Kes aku, seperti biasa aku sambut kat rumah je la. Malas nk bersesak2 dengan orang ramai kat tempat2 umum. Sakit otak n sakit badan. Maybe sebab aku dah tua kot? hehe..So tahun baru ni aku sambut kat rumah parent aku. Bertemankan tv. Time tu keluar citer kartun the Simpson. Kena plak kol 12am 1 Jan 2011 tu, si Bart buat lawak punggung. Dem haha. Memang permulaan tahun baru yang klasik.
Semalam pula, hari minggu yang agak sibuk. Banyak benda yang aku perlu selesaikan terutamanya urusan2 rumah. Mula2 sekali, aku kena view rumah yang baru aku beli kat seksyen 13 Shah Alam. Beli lelong 2 bulan lepas. Aku dah kawtim ngan owner. Owner memang nak keluar rumah so siap pass kan kat aku kunci rumah lagi. Bagus betul. Tak payah aku nak pecah2 rumah. Pastu ada masa untuk furbishkan rumah tu n kasi sewa sebelum loan start jalan. Yang tak bestnye, rumah tu macam tongkang pecah la plak. Banyak benda nk kena buat. Grill pn tade! Aku pun heran macam mana owner tu duduk situ dengan tenang. Padahal ada family tu. So semalam aku siap2 panggil orang buat grill, kasi ukur n kasi quot. Harga dia pun berpatutan so aku terus je kasi deposit n mintak dia setelkan. Lepas grill, nak kena cari orang clearkan rumah tu plak. Kasi cuci etc. Ada minor2 repair sana sini. Pastu nak kasi cat. Seb baik area tu sewa bagus. Tade la aku terkilan sangat beli rumah ni.
So lepas aku dah setelkan urusan kat rumah seksyen 13 tu, aku kena uruskan rumah aku kat pantai dalam pula. Tenant lama dah nak keluar n tenant baru pun dah bergegas2 nak masuk rumah. Aku gak yang terkejar2.Tape la rezeki. Kira tade vacant period langsung la. Tenant lama aku budak2 student UM (perempuan). Tenant baru aku ni plak expate yang bekerja di bangunan sebelah. Sungguh berbeza. Tenant baru aku ni plak nak rumah tu fully furnish. Menggagau la aku bershopping perabut dan barangan elektrik (dibuat beberapa hari lepas). So semalam cuma setelkan house cleaning (aku hire orang. Bagus kakak2 ni keje. Bersih yang amat.Kalau korang nak carik cleaner,aku boleh rekomen). Lepas dah setel housecleaning, tenant baru ni terus masuk rumah. Bawak bag2 sumer. Memang sehelai sepinggang sebab sebelum ni dia duduk hotel je company bayar. Tu yg rushing carik rumah sewa tu.
Banyak gak deposit yang aku amik. Saje nak test market. Sekali tenant baru aku ni boleh bayar plak. Wah ini sudah bagus. Cover jugak la duit beli barang2 rumah tu. Aku kira2, dengan kadar sewa baru tu, aku boleh break even kos furnishkan rumah tu dalam masa setahun. Macam agak lama tapi aku rasa ok la untuk permulaan. Barang2 tu sepatutnya boleh bertahan at least 2-3 tahun. So masuk tahun ke dua dan seterusnya, kira aku collect untung je la untuk barang2 rumah tu. Harap2 la tenant baru aku ni stay lebih dari setahun. Aminn...
Gambar2 rumah seksyen 13
Gambar Ferrari yang aku sempat snap
time tengah stop kat redlight haha (selingan)
5 comments:
siapa target group utk tenant kau di PP sekskyen 13 tu?
belum decide lagi sama ada nak kasi family atau singles..
ada recommendation bro? berdasarkan pengalaman ko? type yang mana lebih senang nak handle...
environment kat situ lebih sesuai utk singles...
bab kesenangan nak handle - mmg laaa mudah utk aku sbb agent yg handle :)
haha menarik gak idea tu...sewa tak pernah ada masalah ? ko sewakan ikut kepala ke?
aku x kira kepala
agent ikat 2 thn sewa kat aku
dia up 2 ratus sewa ke bebudak politeknik...
setakat ni takdek prob
Post a Comment